Kesultanan Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia yang
mengelilingi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Selangor
merupakan bagian dari wilayah persekutuan Malaysia. Menteri Besar
Selangor pernah menetapkan negeri ini sebagai negeri termaju di Malaysia
pada tanggal 27 Agustus 2005. Hal itu didasarkan pada perkembangan
ekonomi Selangor yang kian maju.
Kesultanan Selangor didirikan oleh Raja Lumu bin Daeng Celak atau Sultan
Salehuddin Shah ibni al-Marhum Yamtuan Muda Daeng Celak pada tahun 1756
M. Ia merupakan keturunan Bugis. Sebelum berdiri (pada abad ke-15),
Selangor telah berada di bawah kekuasaan Malaka. Setelah Malaka
mengalami masa kehancurannya, Selangor kemudian menjadi rebutan kerajaan
Johor, Aceh, Siam, dan juga Portugis. Sultan Salehuddin Shah berperan
besar melepaskan Selangor dari kekuasaan Johor, sehingga kemudian dapat
berdiri sendiri.
Sejarah Kesultanan Melayu Selangor bermula di Kuala Selangor. Ketiadaan
ketua kaum di Kuala Selangor pada ketika itu telah menimbulkan keinginan
orang Perak dan Kedah untuk menjadi Penghulu di kawasan itu. Malangnya
tiada seorang pun daripada mereka telah diterima baik oleh penduduk
tempatan. Keadaan ini sangat berbeza daripada kedatangan Raja Lumu yang
telah disambut baik dan diiktiraf menjadi yang Di Pertua Negeri Selangor
yang pertama.
Mereka yang datang ke kawasan itu hanya dibenarkan untuk meneroka tanah
baru dan membuat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor. Sehingga
kini masih lagi terdapat beberapa buah kampung mengikut nama negeri
atau tempat asal peneroka ini. Umpamanya Kampung Kedah, Kampung Siam,
Kampung Asahan, dan Kampung Kuantan.
SEJARAH AWAL KESULTANAN SELANGOR
Peranan orang Bugis di dalam sejarah Malaysia cukup penting sekali. Hal
ini bermula daripada perbalahan dalaman Kesultanan Johor Riau Lingga.
Pada waktu itu, Raja Kechil memerintah Johor Riau-Lingga. Baginda
mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatra. Ini menyebabkan Daeng
Loklok, iaitu orang Bugis, bergelar Bendahara Husain, ingin mengambil
alih tampuk pemerintahan Johor tetapi hasratnya tidak dipersetujui oleh
Raja Kechil. Untuk mendapatkan sokongan bagi menjayakan hasratnya itu,
Daeng Loklok kemudiannya menemui Raja Sulaiman untuk menggunakan
pengaruh baginda bagi mendapatkan bantuan daripada lima adik-beradik
Raja Bugis, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng
Chelak, dan Daeng Kemasi.
Sebaik-baik sahaja Raja Bugis menerima utusan daripada Raja Sulaiman,
tujuh buah armada perang Bugis terus menuju Riauuntuk menyerang Raja
Kechil. Dalam serangan itu, Raja Kechil telah ditumpaskan dan baginda
melarikan diri ke Lingga pada tahun 1728 bersamaan tahun 1134H. Sebagai
balasan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik Raja-raja Bugis menjadi
Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda bagi memerintah Johor, Riau,
dan Lingga.
Selepas mendapat tahu yang Riau jatuh ke tangan Raja Kechil semula, Raja
Bugis telah datang ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dengan
tujuan untuk menyerang Raja Kechil. Raja Bugis dengan 30 buah armada
perangnya menuju Riauuntuk menawannya kembali. Dalam perjalanan ke Riau,
mereka telah menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang
pada ketika itu dikuasai Raja Kechil. Apabila mendapat tahu tentang
penaklukan itu, Raja Kechil segera ke Linggi untuk menyerang balas.
Angkatan tentera Bugis telah berpecah dengan 20 buah daripada kapal
perangnya meneruskan perjalanan ke Riau dan diketuai oleh tiga orang
daripada lima adik-beradik Raja Bugis.Raja Sulaiman dari Pahang turut
datang memberikan bantuan untuk menawan Riau semula. Dalam peperangan
ini mereka telah berjaya menawan Riau semula. Raja Sulaiman dan Raja
Bugis kemudiannya telah mendirikan kerajaan bersama.
Kegagalan mempertahankan Riau dan menawan Linggi semula daripada tangan
Bugis menyebabkan Raja Kechil kembali ke Siak. Pada tahun 1729, Bugis
sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak semasa Raja Kechil ingin
memindahkan alat kebesaran Diraja Johor, iaitu sebuah meriam, ke Siak.
Setelah berjaya mengambil alat kebesaran tersebut semula, Raja Sulaiman
kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau,
dan Linggi.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau.
Kemudian adik perempuan baginda, Tengku Tengah, dikahwinkan dengan Daeng
Parani yang mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil di sana.
Seorang lagi adik Sultan Sulaiman, Tengku Mandak, dikahwinkan dengan
Daeng Chelak (1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau pada
tahun 1730-an. Kemudian anak Daeng Parani, iaitu Daeng Kemboja,
dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di
Negeri Sembilan).
Anak Daeng Chelak, Raja Haji, telah dilantik sebagai Yamtuan Muda IV
Riau. Baginda yang hampir dapat menawan Melaka daripada Belanda pada
tahun 1784 mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di
Telok Ketapang, Melaka. Baginda dikenali sebagai Almarhum Telok
Ketapang.
Pada tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik-baik
dengan Raja Siak mengganggu ketenteraman Selangor. Ini menyebabkan
Daeng Chelak dengan angkatan perang dari Riau datang ke Kuala Selangor
untuk menangani keadaan ini. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan beliau
kemudiannya melarikan diri ke Siak. Semenjak itu Daeng Chelak sentiasa
berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.
Pada tahun 1742 Daeng Chelak ke Kuala Selangor dan beliau bersama-sama
dengan orang Bugis melancarkan serangan ke atas Perak. Beliau tinggal
beberapa lama di Perak sebelum berpindah ke Selangor semula. Semasa
berada di Kuala Selangor, Daeng Chelak telah diminta oleh penduduk
setempat supaya terus menetap di situ sahaja. Pada ketika inilah
rombongan daripada Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau. Walau
bagaimanapun, Daeng Chelak telah meminta salah seorang puteranya, iaitu
Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Daeng Chelak akhirnya mangkat pada
tahun 1745.
Ketika Sultan Salehuddin Shah mangkat pada tahun 1778 M, putranya yang
bernama Raja Ibrahim Marhum Saleh diangkat sebagai Sultan II Selangor
dengan gelar Sultan Ibrahim Shah (1778-1826 M). Semasa pemerintahannya,
Selangor pernah mengalami sejumlah peristiwa penting. Tepatnya pada
tanggal 13 Juli 1784 M, bala tentara Belanda menyerang Selangor hingga
dapat menguasai Kota Kuala Selangor. Di samping itu, Selangor pernah
diintervensi oleh Inggris. Hal ini bermula dari kesepakatan kerja sama
antara Selangor dengan Perak yang berujung pada perselisihan
utang-piutang. Robert Fullerton, Gubernur Inggris di Pulau Pinang,
melakukan intervensi dengan cara ikut serta menyelesaikan perselisihan
di antara mereka.
Meski demikian, Sultan Ibrahim Shah pernah berperan besar dalam
mengharmoniskan hubungan antara Belanda dan Sultan Mahmud Johor, serta
antara Sultan Mahmud dan Raja Ali (Yamtuan Muda Riau yang menggantikan
Raja Haji).
Sultan Ibrahim Shah mangkat pada tanggal 27 Oktober 1826 M, putranya,
Raja Muda Selangor diangkat sebagai Sultan Selangor III dengan gelar
Sultan Muhammad Shah (1826-1857 M). Ketika memerintah, Sultan Muhammad
Shah pernah mengalami masalah internal kesultanan. Sejumlah daerah di
Selangor, seperti Kuala Selangor, Kelang, Bernam, Langat, dan Lakut
memisahkan diri. Hal itu terjadi karena Sultan, dianggap oleh sebagian
peneliti sejarah, tidak mampu menguasai sultan-sultan dan
pembesar-pembesar di daerah-derah tersebut. Meski demikian, selama 31
tahun memerintah, Sultan telah mengembangkan perekonomian kesultanan,
salah satunya mendirikan pabrik biji timah di Ampang.
Sultan Muhammad Shah meninggal pada tahun 1857 M. Sepeninggalan Sultan,
Selangor sempat mengalami masa perpecahan di antara para pembesar
kesultanan dalam soal memilih pemimpin yang baru. Setelah melalui
perdebatan panjang, akhirnya terpilih Raja Abdul Samad Raja Abdullah
sebagai Sultan Selangor IV dengan gelar Sultan Abdul Samad (1857-1898
M). Ia merupakan anak dari saudara (keponakan) Sultan Muhammad Shah.
Pada masa Sultan Abdul Samad, pabrik biji timah telah beroperasi, bahkan
sudah mulai dipasarkan ke negeri-negeri Selat dan China.
Pada tahun 1868 M, Sultan Abdul Samad mengangkat menantunya, Tengku
Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin), sebagai
Wakil Yamtuan Selangor. Tidak hanya itu, Sultan Abdul Samad juga
menyerahkan Langat menjadi milik menantunya itu.
Kemajuan perekonomian yang dialami Selangor menyebabkan negeri ini
diminati oleh bangsa China. Sejumlah pedagang asal China ada yang
melakukan “kerja sama gelap” dengan beberapa pembesar Selangor untuk
mengakses kekayaan perekomian negeri ini (belum ditemukan data waktu
kejadian ini). Akibat dari siasat negatif ini, Selangor mengalami
suasana penuh pertikaian dan peperangan. Pada tahun 1874 M, pihak
Inggris memaksa Sultan Abdul Samad untuk menerima Residen Inggris di
Klang, Selangor. Dengan cara ini, Inggris dengan leluasa dapat
mengintervensi kepentingan dalam negeri Selangor.
Sultan Abdul Samad mangkat pada tanggal 6 Februari 1898 M, dalam usia 93
tahun. Ia dimakamkan di Jugra. Ia kemudian digantikan oleh cucunya,
Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa. Pada tanggal 17
Februari 1898 M, Raja Muda Sulaiman dilantik sebagai Sultan Selangor V
dengan gelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (18981938) M. Pada masa
pemerintahannya, Selangor mengalami kemajuan cukup pesat yang ditandai
dengan pembangunan fisik berupa jalan raya dan landasan kereta api.
Ketika itu, program pembangunan rumah ditingkatkan, terutama di daerah
Klang. Ia dikenal bijaksana dalam memimpin Selangor. Ketika usia
pemerintahannya genap 40 tahun, ia diberi sambutan yang sangat hangat
dari seluruh rakyatnya berupa upacara Jubli Emas di Klang. Pada tanggal
30 Maret 1938 M, ia mangkat dan dimakamkan di Klang dengan gelar “Marhum
Atiqullah”.
Pada tanggal 4 April 1938 M, putra Sultan Alauddin Sulaiman Shah
kemudian dilantik sebagai Sultan Selangor VI dengan gelar Sultan
Hisamuddin Alam Shah(1938-1942 M). Masa pemerintahan Sultan Hisamuddin
Alam Shah tidak begitu lama, hanya empat tahun. Hal itu disebabkan
karena pada tahun 1942, ia dipaksa turun oleh tentara Jepang yang
sebelumnya mampu menguasai seluruh kerajaan Melayu, termasuk Selangor.
Pemerintah Jepang kemudian melantik kakak Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Tengku Musauddin sebagai Sultan Selangor VII dengan gelar Sultan Musa
Ghiatuddin Riayat Shah (19421945 M). Pihak Jepang memberikan syarat agar
Sultan Hisamuddin Alam Shah mau membantu kakaknya dalam tata kelola
pemerintahan.
Pada tahun 1945 M, terjadi perubahan struktur pemerintahan Selangor.
Ketika itu, Inggris menguasai kerajaan-kerajaan di Semenanjung Malaya,
termasuk Selangor. Salah satu bentuk penguasaan Inggris adalah menuntut
agar Sultan Hisamuddin Alam Shah kembali memimpin di Selangor. Pada
tanggal 31 Agustus 1957 M, Sultan Hisamuddin dilantik sebagai Timbalan
Yang Dipertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara itu
jabatan Yang Dipertuan Agong pertama kali dipegang oleh Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku
Muhammad. Ketika Tuanku Abdul Rahman mangkat pada tanggal 1 April 1960
M, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong
yang kedua. Lima bulan kemudian Sultan Hisamuddin mangkat, tepatnya pada
tanggal 1 September 1960 M.
Tahta kekuasaan kemudian dipegang oleh putra sulung Sultan Hisamuddin,
Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor IX dengan gelar Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (1960-2001 M). Ketika berkuasa, ia telah
banyak melakukan perubahan dan memberikan kemajuan yang sangat besar
bagi rakyat Selangor. Pada masa pemerintahannya, Inggris masih melakukan
sejumlah intervensi kebijakan dalam negeri dan luar negeri Selangor.
Pada tahun 1986 M, Residen Frank Swettenham berusaha menyatukan Selangor
bersama dengan Negeri Sembilan, Pahang, dan Perak ke dalam
Negeri-negeri Melayu Bersatu dengan pusat ibu kotanya di Selangor.
Ternyata, persatuan ini terus berkembang. Pada tahun 1948 M, persatuan
ini berubah nama menjadi Persekutuan Malaya. Dan, pada tahun 1963 M,
berubah lagi menjadi Persekutuan Malaysia. Selangor kemudian merelakan
status ibu kotanya berpindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1974 M.
Pada tanggal 22 November 2001 M, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
meninggal. Putranya yang bernama Tengku Idris Shah kemudian diangkat
sebagai Sultan Selangor X dengan gelar Sultan Sharafuddin Idris Shah
(2001 M–sekarang).
Silsilah Para Sultan
Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah keturunan suku Bugis,
yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu diSulawesi Selatan. Bangsawan
dari keturunan ini terlibat dalam perselisihanKesultanan Johor-Riau pada
awal abad ke-18, akhirnya mendukung penuh kepada Sultan Abdul Jalil
dari dinasti Bendaharaterhadap penuntut yang mengaku ahli waris dari
keturunan Malaka-Johor, yaituRaja Kecil. Untuk alasan ini, parapenguasa
Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis,
memberikan mereka gelar dan kawalan ke banyak daerah di dalam kerajaan
Johor, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di
Selangor dan mendirikan kerajaan baru di Kuala Selangor pada tahun 1766.
Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan
menjadi Sultan pertama dari Selangor.
Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu
dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok
dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun
menyambut utusan dari Daeng Lumu diKuala Bernam sebagai pertemuan dengan
baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja.
Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap
Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan
perlantikan tersebut; setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan
Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja
Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam
tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala
Selangor.
Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang
dikenal dengan nama "Bukit Malawati". MenurutTuffatul al Nafis karangan
Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor
(Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang
DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang
ke Kuala Selangor.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim,
Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik
seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain.
Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin
dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.
Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan
"Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca
kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang
DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja
Lela.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim,
Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik
seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela
Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah
berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor
kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan
dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756)
hingga 1778.
Berikut ini adalah daftar sultan yang pernah berkuasa di Kesultanan Selangor:
Sultan Salehuddin Shah ibni al-Marhum Yamtuan Muda Daeng Celak atau namanya aslinya Raja Lumu bin Daeng Celak (1756-1778 M)
Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Shah (1778-1826 M)
Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah (1826-1857 M)
Sultan Abdul Samad ibni al-Marhum Raja Abdullah (1857-1898 M)
Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa (1898-1938M)
Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (19381942 M)
Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (19421945 M)
Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (19451960 M)
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Hisamuddin Alam Shah (1960-2001 M)
Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (2001 M-…)
Periode Pemerintahan
Sejak tahun 1756 M hingga sekarang, Kesultanan Selangor telah berdiri
selama sekitar dua setengah abad. Dalam rentang waktu yang demikian
panjang, Selangor pernah mengalami masa-sama kejayaannya, terutama pada
masa pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah (18981938) M. Selangor
juga pernah mengalami masa suramnya, terutama ketika diintervensi oleh
Inggris.
Wilayah Kekuasaan
Secara keseluruhan, luas Selangor adalah 7,956 km2 yang terbagi ke dalam sembilan wilayah kekuasaan, yaitu:
1. Hulu Selangor, yang diperintah oleh Majlis Daerah Hulu Selangor.
2. Hulu Langat, terbagi ke dalam:
Majlis Perbandaran Kajang, yang memerintah seluruh wilayah Langat dan Kajang.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya, yang memerintah seluruh Ampang dan Hulu Klang.
3. Gombak, yang diperintah oleh Majlis Perbendaran Selayang.
4. Kuala Selangor, yang diperintah oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.
5. Kuala Langat, yang diperintah oleh Majlis Daerah Kuala Langat.
6. Klang, yang diperintah oleh Majlis Perbendaran Klang.
7. Petaling, terbagi ke dalam:
Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang memerintah Petaling Jaya.
Majlis Bandaraya Subang Jaya, yang memerintah seluruh wilayah Subang Jaya, Puchong, Serdang, USJ, dan Seri Kembangan.
Majlis Bandaraya Shah Alam, yang memerintah Shah Alam dan Sungai Buloh.
8. Sabak Bernam, yang diperintah oleh Majlis Daerah Sabak Bernam.
9. Sepang, yang diperintah oleh Majlis Perbendaran Sepang.
Struktur Pemerintahan
Kesultanan Selangor memiliki prinsip pemerintahan “demokrasi
berparlemen”. Prinsip ini sebenarnya juga dianut oleh wilayah-wilayah
persekutuan dalam negara Malaysia. Dalam struktur pemerintahan Selangor,
sultan tetap merupakan pemimpin tertinggi di kesultanan. Ia dibantu
oleh seorang Yang Dipertuan Besar/Agong. Sementara itu, seseorang yang
bakal menggantikan posisi sultan bergelar Raja, yang biasanya berasa
dari keturunan sultan.
Sejak tahun 1967 M, Selangor memiliki lagu kebangsaan sendiri yang
berjudul “Duli Yang Maha Mulia”. Pencipta lagu ini tidak diketahui
identitasnya. Lagu ini digubah oleh Syaiful Bahri. Berikut ini adalah
syair lagu tersebut:
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia