Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di
Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di
selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu.
Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand.
Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan
sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah.
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan
yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan
perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan
kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh
menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai
darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu
Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau
Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada
di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.
Sejarah pendirian Kesultanan Kedah belum diketahui secara pasti.
Deskripsi sejarah tentang kesultanan ini yang baru dapat dilakukan
adalah sebatas pada spekulasi tentang asal usulnya. Namun, yang pasti
bahwa sejarah kesultanan ini bermula dari eksistensi Negeri Kedah yang
telah lama berdiri sebelumnya. Berikut ini akan dibahas sejarah
pembentukan Negeri Kedah terlebih dahulu sebelum masuk pada masa
pendirian Kesultanan Kedah.
1. Masa Pembentukan Negeri Kedah
Diperkirakan, Negeri Kedah yang merupakan cikal bakal terbentuknya
Kesultanan Kedah bermula dari pembentukan pelabuhan pada abad ke-5.
Ketika pelabuhan maritim ini berkembang pesat, kawasan ini menjadi ramai
karena letaknya yang strategis berada di tengah-tengah antara India dan
negara-negara Arab di sebelah barat dan China di sebelah timur. Negeri
Kedah kemudian menjadi kota pelabuhan yang berkembang pesat, yang
dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, China, Eropa, dan India.
Di wilayah ini terdapat sejumlah peninggalan prasejarah yang dapat
dijadikan bukti adanya Negeri Kedah, yaitu berupa gua-gua batu kapur
yang merupakan tempat tinggal nenek moyang prasejarah, seperti di Kubang
Pasu, Kota Star, dan Baling. Di wilayah ini terdapat sebuah gunung yang
sangat indah di pesisir pantai, yang dapat dilihat oleh para pelaut
yang kebetulan menyusuri Laut Hindia.
Pada masa awal pembentukannya, Negeri Kedah banyak dipengaruhi oleh
negeri serantau, seperti Negeri Funan dan juga kerajaan lainnya, seperti
Kerajaan Sriwijaya. Institusi politik dan pemerintahan negeri ini
pernah dipengaruhi oleh warisan agama Hindu dan Buddha dari India.
Pengaruh dua agama tersebut sangat penting dalam awal mula pembentukan
Negeri Kedah. Banyak masyarakat di negeri ini yang memeluk agama Hindu
dan Buddha.
Masuknya Islam ke Negeri Kedah kemudian mempengaruhi institusi politik
dan pemerintahan yang sudah mapan itu. Banyak penduduk di negeri ini
yang telah memeluk Islam sejak abad pertama Hijriah. Bukti sejarahnya
adalah banyaknya pedagang dari negeri Arab yang datang ke negeri ini.
Pada abad ke-9 dan 10, banyak orang Islam di China yang melarikan diri
ke Negeri Kedah untuk mencari perlindungan. Hal itu disebabkan karena
adanya pemberontakan di Canton pada tahun 878 yang melibatkan para
pedagang dari Arab. Bukti sejarah lain adalah ditemukannya batu nisan di
Tanjung Inggris, Langgar, pada tahun 1962. Di nisan ini tercatat nama
Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam (Aliran), tanggal 29 Hijriah (651
Masehi) atau 290 H (920 M).
Sejak masuknya Islam ke Negeri Kedah terjadi pula proses Islamisasi
terhadap sejumlah raja. Penulis-penulis istana pada saat itu banyak yang
mencatat bagaimana proses pengislaman raja pertama di Negeri Kedah
sebagai peristiwa yang sangat penting karena sebagai zaman baru Negeri
Kedah. Dalam hal ini, ada dua versi yang berbeda tentang siapakah yang
mengislaman Raja Kedah I. Menurut catatan al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah, raja pertama di Negeri Kedah, Seri Paduka Maharaja Durbar Raja,
telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad al-Qaumiri pada
tahun 531 H (1136 M). Setelah memeluk Islam ia diberi nama baru, Sultan
Muzaffar shah, dan Negeri Kedah dikenal sebagai Darul Aman. Sedangkan
menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Syeikh Abdullah al-Yamani pernah
ditugaskan oleh gurunya Syeikh Abdullah Baghdad untuk mengislamkan Raja
Kedah pada saat itu, Raja Phra Ong Mahwangsa. Menurut cerita dalam
hikayat ini, Syeikh Abdullah al-Yamani pernah tergoda oleh iblis selama
dalam pengembaraannya. Iblis juga menggoda Raja Phra Ong Mahwangsa agar
meminum arak. Syeikh Abdullah al-Yamani kemudian dapat mengatasi godaan
iblis tersebut dan secara tiba-tiba ia berada di hadapan Raja Phra Ong
Mahwangsa dan memintanya agar mau memeluk Islam. Setelah memeluk Islam,
Raja Phra Ong Mahwangsa bertukar nama menjadi Sultan Muzaffar Shah.
2. Masa Pembentukan Kesultanan Kedah
Tidak ada bukti jelas yang mengungkap fakta awal mula terbentuknya
Kesultanan Kedah. Berdasarkan sumber-sumber sejarah tradisional Negeri
Kedah yang ditulis pada masa Islam, kesultanan ini berdiri sebagai
bentuk akulturasi budaya dalam negeri dengan pengaruh luar. Bentuk
akulturasi yang sangat kentara adalah pertemuan budaya Arab-Islam dengan
budaya masyarakat Melayu. Penulis-penulis istana cenderung memutus
hubungan kebudayaan Hindu-Buddha yang datang dari India dengan langsung
menarik garis akulturasi Arab-Islam dan Negeri Kedah. Namun demikian,
pengaruh Hindu-Buddha tetap dianggap penting, terutama pada masa awal
pembentukan Negeri Kedah.
Dalam sumber-sumber sejarah tradisional, disebutkan bahwa pembentukan
Kesultanan Kedah tidak terlepas dari fenomena “manusia agung”, yang
dianggap sebagai penggagas awal kesultanan ini. Hanya keturunan dari
penggagas ini saja yang berhak menjadi sultan. Meski demikian, dalam
proses suksesi kepemimpinan sering terjadi konflik dan perebutan
kekuasaan karena berbagai faktor.
Ada dua versi perihal keturunan sultan Kedah, yaitu versi al-Tarikh
Salasilah Negeri Kedah (ASNK) yang disusun pada tahun 1928 dan versi
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Dato‘ Hj. Wan Shamsudin Mohd. Yusuf
mengatakan bahwa ASNK merupakan satu-satunya sumber buku yang memuat
fakta sejarah Kesultanan Kedah dan dapat dipertanggungjawabkan. Apalagi,
ASNK ditulis oleh anak negeri sendiri, yaitu Muhammad Hassan bin Dato‘
Kerani Muhammad Arshad. Menurut Dato‘ Hj. Wan Shamsudin Mohd. Yusof, HMM
tidak bisa dijadikan sebagai sumber silsilah Kesultanan Kedah yang
lengkap karena beberapa sebab. Sebab yang paling utama adalah bahwa HMM
merupakan karya “historiografi” (sastra sejarah) yang sifatnya sama
seperti karya-karya yang sejenis, seperti Hikayat Raja-raja Pasai,
Sulalatus-Salatin atau Sejarah Melayu. Karya-karya semacam itu tidak
mementingkan pentarikhan atau tahun berlakunya suatu peristiwa. Meski
adanya perbedaan dua sumber tersebut, di bawah ini akan dibahas
bagaimana sejarah silsilah Kesultanan Kedah.
Pertama, menurut Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan sultan Kedah
dihubungkan dengan bangsa Rom. Penggagas kesultanan ini adalah Merong
Mahawangsa yang pernah menaklukkan Maharaja Rom dan kemudian
melangsungkan perkawinan dengan Puteri Maharaja dari China. Rombongan
Merong Mahawangsa suatu ketika pernah diserang oleh sekelompok penjahat
di perairan Kedah, sehingga menyebabkan dirinya terdampar di pantai.
Dalam perkembangan selanjutnya, ia diangkat oleh masyarakat Negeri Kedah
sebagai raja mereka.
Kedua, menurut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kesultanan Kedah
memiliki hubungan dengan sebuah kerajaan di Parsi yang dikenal sebagai
Kerajaan Gumarun. Penggagas pendirian Kesultanan Kedah adalah Maharaja
Durbar Raja. Ceritanya, ia beserta sejumlah pengikutnya pernah melarikan
diri dari Kerajaan Gumarun. Mereka melakukan pengembaraan melalui laut
hingga tiba di Kedah. Rakyat Kedah kemudian mengangkat Maharaja Durbar
sebagai raja mereka.
Di samping dua versi utama di atas, ternyata ada versi lain yang
menghubungkan fenomena “manusia agung” ini dengan berdirinya Kesultanan
Kedah. Mustafa Tam (1962), misalnya, menghubungkan Kesultanan Kedah
dengan dinasti Maurya di India. Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana
asal-usul silsilah Kesultanan Kedah dengan dinasti Maurya tersebut.
Silsilah
Sebelum membahas tentang silsilah sultan-sultan pada masa Kesultanan
Kedah, perlu dikemukakan terlebih dahulu silsilah para penguasa di
Negeri Kedah, yang menjadi cikal bakal kesultanan nantinya.
1. Raja-raja pada Masa Negeri Kedah
Berikut ini akan dikemukakan daftar raja-raja yang pernah berkuasa di
Negeri Kedah, meski belum ditemukan data tahun kekuasannya. Ada dua
sumber yang berbeda tentang silsilah raja-raja di Negeri Kedah, yaitu,
al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa.
A. Berdasarkan al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, daftar silsilah raja Negeri Kedah adalah sebagai berikut:
1- Maharaja Durbar Raja
2- Maharaja Druja Raja
3- Maharaja Maha Dewa
4- Maharaja Kerna Durja
5- Seri Paduka Maharaja Kerna
6- Seri Paduka Maharaja Dewa
7- Seri Paduka Maharaja Derma Raja
8- Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa
9- Seri Paduka Maharaja Durbar Raja
B. Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa, daftar silsilah raja Negeri Kedah adalah sebagai berikut:
1- Raja Merong Mahawangsa
2- Raja Merong Mahapudisat
3- Raja Seri Mahawangsa
4- Raja Seri Maha Inderawangsa
5- Raja Ong Maha Perita Deria
6- Raja Phra Ong Mahaputisat
7- Raja Phra Ong Mahawangsa
2. Sultan-sultan pada Masa Kesultanan Kedah
Berdasarkan silsilah sultan-sultan Kedah yang disusun oleh Tunku
Fariddin Haji bin Tungku Mansor (1957), terdapat 27 sultan yang pernah
berkuasa di Kesultanan Kedah. Namun menurut Dato‘ Wan Shamsudin Mohd.
Yusuf, justru terdapat 28 sultan karena ia memasukkan nama Tunku
Dhiauddin Raja Muda Kayang sebagai sultan (yang dalam catatan Tunku
Fariddin hanya dimasukkan sebagai pemangku raja).
Berikut ini adalah 28 sultan Kedah yang dimaksud, yaitu sebagai berikut:
1- Sultan al-Mudzaffar Shah I (1136-1179)
2- Sultan Mu‘adzam Shah (1179-1201)
3- Sultan Muhammad Shah (1204-1236)
4- Sultan Mazzil Shah (1236-1280)
5- Sultan Mahmud Shah I (1280-1321)
6- Sultan Ibrahim Shah (1321-1373)
7- Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
8- Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1422-1472)
9- Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I (1472-1506)
10- Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
11- Sultan Mudzaffar Shah II (1546-1602)
12- Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
13- Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1625-1651)
14- Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1651-1661)
15- Sultan Dziauddin Mukarram Shah (1661-1687)
16- Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1687-1687)
17- Sultan Abdullah al-Mu‘adzam Shah I (1698-1706)
18- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I. Raja Bendahara sebagai Pemangku Sultan (1706-1709)
19- Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu‘adzam Shah II (1710-1778)
20- Sultan Abdullah Mukarran Shah II (1778-1797)
21- Sultan Dziauddin (1797-1803)
22- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843)
23- Sultan Zainal Rashid al-Mu‘adzam Shah (1843-1854)
24- Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879)
25- Sultan Zainal Rashid al-Mu‘adzam Shah (1879-1881)
26- Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
27- Sultan Badlishah (1943-1958)
28- Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah (1958-Kini)
Periode Pemerintahan
Kesultanan Kedah berdiri sejak tahun 1136 dan masih eksis hingga kini.
Kesultanan ini mampu bertahan hampir sembilan abad. Pada masa
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879), Kesultanan
Kedah tercatat memasuki era pembangunan modern. Era ini masih berlanjut
hingga kini. Salah satu sultan di Kesultanan Kedah ini yang pernah
melakukan manuver unik adalah Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943).
Di awal pemerintahannya, ia melakukan lawatan ke sejumlah negeri,
seperti Thailand, India, Burma, dan Eropa. Tujuannya, tiada lain untuk
memperluas cakrawala pengetahuannya tentang bagaimana membangun
pemerintahan yang kuat dan maju.
Wilayah Kekuasaan
Belum ditemukan data yang menyebutkan bagaimana wilayah Kesultanan Kedah
pada masa lampau. Data yang baru dapat diperoleh adalah data Kesultanan
Kedah pada masa modern. Total luas wilayah Kesultanan Kedah pada masa
modern adalah 9,425 km2 . Luas ini terbagi ke dalam 11 daerah, yaitu:
Baling (1529 km2), Bandar Bahru (269 km2), Kota Setar (665 km2), Kuala
Muda (923 km2), Kubang Pasu (948 km2), Kulim (765 km2), Langkawi (467
km2), Padang Terap (1357 km2), Pendang (626 km2), Sik (1635 km2), dan
Yan (242 km2).
Struktur Pemerintahan
Dalam struktur pemerintahan Kesultanan Kedah, sultan mempunyai kekuasaan
yang mutlak. Sultan memerintah berdasarkan Adat Temenggung dan hukum
Islam. Kesultanan Kedah mempunyai empat kanun yang dijadikan sumber
rujukan penting dalam pemerintahan kesultanan. Oleh R. O. Winstedt
manuskrip empat kanun itu dikumpulkan dan dinamakan sebagai:
Undang-Undang Pelabuhan 1650, Kanun Tambera Dato‘ Paduka Tuan, Hukum
Kanun Dato Kota Star, dan satu lagi qanun(hukum) tentang adat kerajaan
dalam hal pelantikan para pembesar dan adat meminang.
Ketika memerintah, sultan dibantu oleh para pembesar tradisional. Wakil
sultan dalam pemerintahan adalah Raja Muda. Ia tidak harus berasal dari
putra sultan. Meski Raja Muda tidak bakal jadi sultan, namun dalam tata
kelola pemerintahan ia mempunyai kekuasaan yang agak luas. Para pembesar
(elit) tradisional yang membantu pekerjaan sultan adalah pembesar di
tingkat pusat dan tingkat daerah.
Di tingkat pusat, pembesar yang dimaksud memegang jabatan-jabatan
sebagai bendahara, pembesar empat, pembesar lapan, pembesar enam belas,
dan pahlawan hulubalang. Pembesar empat adalah Tumenggung (yang
mengurusi urusan-urusan dalam negeri), laksamana (urusan keselamatan di
laut), penghulu bendahari (urusan keuangan), dan syahbandar (urusan
pelabuhan). Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III
(1853-1879), banyak jabatan yang kemudian dihapuskan karena sultan itu
hendak memusatkan kekuasaannya hanya di kalangan kerabat sultan saja.
Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamis, jabatan bendahara, menteri,
temenggung, dan lain-lain ditiadakan.
Sedangkan di tingkat daerah, sultan melantik pembesar yang bertanggung
jawab dalam mengurus kawasan lembah sungai. Pembesar daerah diberikan
otonomi sendiri, yaitu membentuk pemerintahannya sendiri dengan dibantu
oleh sejumlah aparat daerah, termasuk pihak masyarakat. Pada tahun 1905,
pemerintahan daerah telah dimodernkan. Pemerintah daerah kemudian lebih
dikenal dengan sebutan pembesar jajahan, sebelum kemudian dikenal
dengan istilah pegawai negeri.
Kehidupan Sosial-Budaya
Kehidupan sosial-budaya yang tercatat di bawah ini merupakan kehidupan
masyarakat masa modern karena kehidupan sosial-budaya masa lampau tidak
ditemukan datanya.
Mayoritas penduduk Kedah adalah etnik Melayu, dan sebagian di antaranya
merupakan etnik Cina dan India. Berdasarkan data statistik terkini
populasi Negeri Kedah pada tahun 2003 adalah: Melayu (1,336,352), Cina
(252,987), India (122,911), bukan warganegara (35,293), dan lain-lain
(27,532). Mata pencaharian mayoritas penduduk Kedah berasal dari
pertanian, perindustrian, dan perkhidmatan.
Sejarah Perkembangan Islam Di Kedah
Zaman Pasca Islam
Merong Mahawangsa
Angkatan Wakil kerajaan Rom yang diketuai Merong Mahawangsa belayar dari
Rom ke China dalam misi meminang puteri Maharaja China dan mereka
singgah di Goa untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pelayaran .
Dalam pelayaran itu mereka diserang oleh pasukan Garuda (orang laut dari
Koh Adang, Thailand) dan melarikan diri ke sebuah pulau dan mendirikan
penempatan sementara di sini .Pulau ini diberi nama Langkapuri (
Langkawi). Mereka seterusnya belayar menyeberang ke daratan Semenanjung
Emas (Malaya) menyusuri Kuala Sungai Baboor (Sekarang dikenali sebagai
Sungai Merbok) dan mendirikan penempatan tetap di Lembah Bujang melalui
panduan dari Gunung Jerai dan bertapaklah kerajaan Kedah Tua dengan nama
Langkasuka.
Merong Mahawangsa adalah dari susur galur keturunan Iskandar Zulqarnain
bercantum dengan cucunda Rasullullah SAW iaitu Imam Hassan bin Ali bin
Abi Thalib. Ini dipercayai perkahwinan Iskandar Zulqarnain dengan anak
Raja Kida Hindi iaitu Puteri Shahrul-Bariah ketika baginda sampai ke
Utara India dalam misi meluaskan pengaruh Empayar Rom. hasil perkahwinan
itu mereka beroleh anak lelaki diberi nama Aristun Shah dan kemudiannya
berkahwin dengan anak raja Turkistan dan memperoleh anak lelaki (cucu
Zulqarnain) bernama Raja Aftus dan seterusnya galur itu sampailah kepada
Merong Mahawangsa.
.
Siapa Raja Iskandar Zulqarnain???
Iskandar Zulkarnain seorang pemerintah agung dari Kerajaan Mecodenia(
Romani) adalah datang dari galur keturunan Nabi Sulaiman A.S ( juga
dipanggil Solomon dlm kitab Bible) mengamalkan agama dari ajaran Nabi
Ibrahim AS dan Nabi Khidir AS (Nabi Khidir masih hidup hingga kini sama
seperti Nabi Allah Illiyas, wallahualam) adalah gurunya yang mashyur.
Baginda pernah "dimikrajkan" oleh Allah SWT melalui malaikat ketika
berada di kota Iskandariah ketika baginda buntu tentang haluan arah
barat dan timur dalam misi memperluaskan empayar Rom ketika itu. Baginda
juga bertanggungjawab dalam pembinaan tembok penghalang bagi
memenjarakan makhluk ganas Yakjut & Makjut sebagaimana yang
diceritakan dalam Al-Quran dalam surah ke 18 iaitu surah Al-Kahfi.
Merong Mahawangsa pulang kembali ke Rom setelah menabalkan putera
sulungnya Raja Merong Mahapudisat yang menjadi Raja Siam yang pertama
dan Negeri Langkasuka ditukar kepada Kedah Zamin Turan (Negeri Kalaha).
Putera kedua iaitu Raja Ganjil Sarjuna ditabal sebagai Raja Perak
(Gangga Negara yang berpusat di Bruas) dan puteri bungsu ditabal sebagai
Raja Patani yang pertama.
Putera bongsu iaitu Raja Seri Mahawangsamenggantikan tempatnya sebagai
Raja Kedah Yang Kedua dan bermulalah tradisi menghantar bunga emas dan
perak setiap kali Raja Siam mendapat putera sebagai tanda hormat kepada
kekanda sulung baginda.
2-Sejarah Islam Di Kedah Darulaman & Keturunan Raja Bersiong
Sejarah kemasukan dan penyebaran agama Islam di Kedah bermula pada tahun
1136M ( pendapat sahih menyatakan tahun 1236M) apabila seorang
pendakwah Arab iaitu Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar
Kumiri sampai di Kedah melalui Sungai Merbuk. Beliau berasal dari negeri
Shahir di bawah pemerintahan Yaman.
>Raja Kedah ketiga iaitu Sri Paduka Maharaja Durbar Raja yang
memerintah pada 1130M ( pendapat sahih mengesahkan baginda ditabal pada 3
Rabiulawal 627H hari Isnin bersamaan 1 Januari 1230M) adalah Raja Kedah
yang pertama memeluk Islam pada tahun 1136M (pendapat sahih menyataka
pada tahun 1236M @ 633H) melalui Sheikh Abdullah dan negeri Kalaha
digantikan kepada Kedah Darulaman. nama baginda ditukar kepada Sultan
Sulaiman Saidin iaitu nenda kepada Raja Bersiong.
Sultan Sulaiman Saidin memerintahkan Sheikh Abdullah membina masjid dan
menara azan di puncak Gunung Jerai iaitu puncak tertinggi di negeri
Kedah bagaimanapun beliau meninggal dunia sebelum menara itu disiapkan
dan jasadnya disemadikan di sana dikenali sebagai Padang Tok Sheikh.
>Raja/Sultan Kedah keempat adalah putera sulung Sultan Sulaiman
Saidin iaitu Raja Syahibul Khalid Abdullah (ayahanda kepada Raja
Bersiong) mempunyai dua isteri yang salah seorang darinya adalah
sepupunya dan beroleh 5 cahayamata iaitu 2 putera dan 3 puteri dari
isteri pertama.Raja Bersiong adalah putera sulung dan adinda lelakinya
bernama Raja Zulkarnain.
>Adik lelaki kepada Raja Syahibul Khalid Abdullah ( bapa saudara Raja
Bersiong) iaitu Sultan Muhammad ibni Sultan Sulaiman Saidin membuka
penempatan baru diLukut dan dilantik menjadi Raja Lukut yang pertama -
dalam Negeri Sembilan sekarang.
>Raja Bersiong iaitu Raja/Sultan Kedah yang Kelima(Gelaran Raja Ong
Maha Perita Deria @ Raja seri Maha Inderawangsa @ RJS ibni Almarhum Raja
Syahibul Khalid Abdullah ) dilahirkan oleh bondanya Raja Alawiyah pada
petang Jumaat tahun 642H/1244Mdengan penuh adat istiadat keislaman dan
mula memerintah pada tahun 660H/1262M ketika berusia 18 tahun dan
berkahwin dengan Tuan Puteri Kesuma Bidasari dan dikurniakan cahayamata
seramai 13 orang tetapi 2 puteranya yang sulung dan kedua meninggal
ketika berusia 10 tahun (Raja Kamarul Bahrin Hisyam Hudin - lemas dalam
kolam mandi dalam istana) dan 4 tahun (Raja Kamaruzaman Hafidz -
meninggal akibat penyakit ketumbuhan dalam badan-barah). Puteri
bungsunya bernama iaitu Puteri Bongsu Haidatul Hidayah adalah puteri
kesayangan baginda yang mempunyai rupa paras yang sangat rupawan tetapi
ada sedikit kecacatan pada fizikalnya (berjalan agak tempang sedikit).
Raja Bersiong adalah seorang pemerintah yang warak dan ia ghaib sebaik
sahaja melepaskan tahta kepada putera sulungnya pada tahun 1321M
dipercayai sebagai Wali Allah berdasarkan kesungguhannya dan jasanya
dalam mengembangkan agama Islam kepada rakyat jelata yang pada masa itu
masih berpegang pada ajaran Hindu/Buddha.
Istana rasmi baginda terletak di Kota Mengkuangdalam Daerah Kubang Pasu.
Baginda juga mempunyai istana hinggap di Pulau Ukup atau Pulau Jemur
(sekarang dipanggil Tukun Perak atau Pulau Kedah) terletak di antara
Pulau Langkawi dan Pulau Pinang berhampiran perairan Indonesia.
>Raja/Sultan Kedah keenam adalah Putera ketiga Raja Bersiong iaitu
Raja Phra Ong Mahapudisat (yang kelima dalam keluarga selepas dua orang
kakaknya) dengan Nama Rasmi Islam sebagai Tengku Raja Hisyam Badrol
Halim (TRHBH). Adinda saudara lelakinya bernama Raja Shuib Halim Shah
(anak keenam dalam keluarga)
Baginda berkahwin dengan puteri kerabat Sultan Kelantan iaitu Wan
Kesumatul Bariah Hidayah (ibunya bernama Hala Ayu Ana Malina atau
terkenal dengan namaWan Empok adalah berasal dari kesultanan Kelantan
yang lama)
Kelansungan galur pemerintahan Raja Bersiong tamat pada tahta yang
keenam iaitu anaknya (Phra Ong Maha Mahapudisat - Gelaran nama Siam @
TRHBH) apabilaPatih Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit mengusirnya dari
tahta kerana khuatir dengan pengaruh kerajaan Siam dan digantikan oleh
putera sulung Raja Bharubhasa iaitu Raja Ibrahim (dengan gelaran Phra
Ong Mahawangsa- gelaran dalam bahasa Siam) ditabalkan sebagai
Raja/Sultan Kedah yang ketujuh bergelar Sultan Ibrahim Shah pada
tahun1321M dan kelansungan sistem beraja Islam berjalan sehingga ke abad
20 Masehi.
Selepas berlakunya rampasan kuasa tersebut keluarga Tengku Raja Hisyam
Badrol Halim dan adinda lelakinya Raja Shuib Halim Shah serta kaum
keluarganya merantau ke Lukut dan Pulau Jawa di Bukit Ambun berhampiran
Tasik Pawajanggi (sekarang dipanggil Purbakarta terletak di timur
bandaraya Jakarta). Anak bungsu Raja Bersiong iaitu Puteri Bongsu
Haidatul Hidayah mengikut bapa saudara Raja bersiong iaituSultan
Muhammad ibni Sulaiman Saidin (Pemerintah kerajaan Lukut yang pertama)
tinggal di Lukut . Raja Long Alwi ibni Almarhum Raja Zulkarnain iaitu
anak saudara Raja Bersiong yang masih bujang ketika itu juga mengikut
sepupunya iaitu putera Raja Bersiong berhijrah ke Tanah Jawa.
Semasa tinggal di Tanah Jawa, Tengku Raja Hisyam Badrol Halim (putera
ketiga Raja Bersiong) dan isterinya Wan Kesumatul Bariah Hidayah beroleh
3 orang cahayamata iaitu
1- Tunku Pengiran Shukri Shah - putera sulung
2- Tunku Pegiran Adnan Shah - keturunannya memerintah kerajaan berdaulat Brunei Darussalam sehingga sekarang
3- Tunku Melewar Malini - berkait rapat dengan kerajaan Lukut lama
Raja Long Alwi berkahwin dengan puteri raja dari Pulau Jambi iaitu Raja
Halimah Saadiah binti Raja Baharuddin Iskandar dan dikurniakan 3
cahayamata iaitu Long Jamian, Long Hamidi dan Puteri Halifah Aizah. Raja
Baharuddin Iskandar sebenarnya berasal dari Kedah sebelum berhijrah ke
Pulau Jambi. Sepupu kepada Raja Halimah Saadiah iaiti Raja Maznun Mazni
yang menjadi isteri pertama Hang Tuah masih tinggal di Kedah hingga ke
akhir hayatnya.
Jasa Hang Tuah kepada Raja Bersiong
Dengan pertolongan Hang Tuah (nama sebenarnya A. S ) dan Panglima Hitam (
nama sebenarnya A J berasal dari Perak dan merupakan orang terawal
membuka penempatan di Langkawi ) maka tiga batang siong yang tumbuh dari
rahang Raja bersiong berjaya dibuang di suatu tempat bernama Singgora
(sekarang dikenali sebagai Songkla, Thailand) dan hingga kini nama
Gerbang Hang Tuah tercatat di pintu masuk Masjid Kresek di selatan
Thailand sebagai tanda bukti kehadirannya di sana. Siong yang yang
tumbuh itu adalah kerana baginda melanggar pantang larang atau sumpah
janji yang terpatri dengan seorang Wali Songo yang memperturunkan ilmu
kebatinan namun hasrat itu dibantah oleh ayahandanya kerana ilmu yang
diperturunkan sangat tinggi dan tidak mampu dibawa oleh Raja bersiong
lalu ditinggalkan amalan kebatinan itu pada peringkat separuh jalan
sahaja dan disebabkan itu 3 batang siong tumbuh pada rahangnya ( 2
batang di atas dan satu batang di bahagian bawah).