Ummu Waraqah bintu Abdillah bin al-Harits bin ‘Uwaimir bin Naufal
al-Anshariyah atau yang lebih dikenal dengan nama Ummu Waraqah bintu
Naufal yaitu dinasabkan kepada moyangnya yang bernama Naufal. Beliau
termasuk golongan pertama masuk Islam, ia masuk Islam saat pertama
mendengarnya dengan ikhlas dan tanpa ragu-ragu. Selama hidupnya Beliau
turut mengumpulkan Alquran al-Karim, banyak meriwayatkan hadits-hadits.
Waraqah pandai membaca, memahami, dan menghafal Al-Qur'an dengan baik
sehingga menjadi imam bagi muslimah dirumahnya yang sekaligus dijadikan
sebagai masjid. Ummu Waraqah binti Abdillah adalah Syahidah yang dibunuh
oleh dua budaknya di dalam Rumahnya sendiri.
Tidak diketahui tahun kelahiran dan kewafatannya secara tepat, namun
ahli sejarah telah bersependapat bahawa beliau meninggal dunia pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin al-Khattab. Justeru, dapat
diketahui bahawa beliau hidup pada zaman Rasulullah, zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar, dan zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Telah
dinyatakan dalam kitab al-Tabaqat al-Kubra bahawa beliau telah syahid
pada tahun 22 Hijrah.
Ummu Waraqah merupakan seorang wanita di kalangan Ansar. Beliau
merupakan antara wanita Ansar terawal yang beriman dengan risalah yang
dibawa oleh Rasulullah saw dan berbai'ah dengan nabi ketika nabi
berhijrah ke Madinah. Apabila memeluk Islam, beliau berpegang
bersungguh-sungguh dengan agama Islam serta mendalami ilmu agama. Bukan
sekadar itu sahaja, bahkan beliau juga merupakan seorang wanita yang
banyak menghafaz ayat-ayat al-Quran.
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ جُمَيْعٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَلَّادٍ
الْأَنْصَارِيُّ وَجَدَّتِي عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ الْحَارِثِ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يَزُورُهَا كُلَّ جُمُعَةٍ وَأَنَّهَا قَالَتْ يَا نَبِيَّ اللَّهِ
يَوْمَ بَدْرٍ أَتَأْذَنُ فَأَخْرُجُ مَعَكَ أُمَرِّضُ مَرْضَاكُمْ
وَأُدَاوِي جَرْحَاكُمْ لَعَلَّ اللَّهَ يُهْدِي لِي شَهَادَةً قَالَ
قَرِّي فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُهْدِي لَكِ شَهَادَةً وَكَانَتْ
أَعْتَقَتْ جَارِيَةً لَهَا وَغُلَامًا عَنْ دُبُرٍ مِنْهَا فَطَالَ
عَلَيْهِمَا فَغَمَّاهَا فِي الْقَطِيفَةِ حَتَّى مَاتَتْ وَهَرَبَا
فَأَتَى عُمَرُ فَقِيلَ لَهُ إِنَّ أُمَّ وَرَقَةَ قَدْ قَتَلَهَا
غُلَامُهَا وَجَارِيَتُهَا وَهَرَبَا فَقَامَ عُمَرُ فِي النَّاسِ فَقَالَ
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَزُورُ
أُمَّ وَرَقَةَ يَقُولُ انْطَلِقُوا نَزُورُ الشَّهِيدَةَ وَإِنَّ
فُلَانَةَ جَارِيَتَهَا وَفُلَانًا غُلَامَهَا غَمَّاهَا ثُمَّ هَرَبَا
فَلَا يُؤْوِيهِمَا أَحَدٌ وَمَنْ وَجَدَهُمَا فَلْيَأْتِ بِهِمَا فَأُتِيَ
بِهِمَا فَصُلِبَا فَكَانَا أَوَّلَ مَصْلُوبَيْنِ
[[[Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'aim] berkata, telah
menceritakan kepada kami [Al Walid bin Abdullah bin Jumai'] berkata,
telah menceritakan kepadaku [Abdurrahman bin Khallad Al Anshari], dan
[nenekku] dari [Ummu Waraqah binti Abdillah bin Al Harits] bahwa
Nabiyullah shallallahu 'alaihi wasallam mengunjunginya setiap hari
Jum'at, Ummu Waraqah berkata kepada beliau, "Wahai Nabiyullah, ini
adalah hari perang Badar, apakah tuan mengizinkan aku ikut keluar
bersamamu untuk merawat orang-orang yang sakit dan mengobati orang yang
terluka dari kalian, mudah-mudahan Allah memberikan mati syahid
kepadaku?" Kemudian Nabi menjawab: "Menetaplah kamu di rumah karena
sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla akan memberikan mati syahid kepadamu.
Sementara wanita tersebut telah memberikan janji merdeka kepada budak
wanita & budak laki-lakinya setelah ia meninggal. Kemudian Ummu
Waraqah tinggal sekian lama bersama kedua budaknya, namun kemudian,
keduanya mendekapnya dengan kain tebal hingga ia pun meninggal. Kedua
budak tersebut kemudian kabur, ketika Umar datang, diceritakanlah
kejadian tersebut kepadanya, bahwa Ummu Waraqah telah dibunuh oleh budak
laki-laki & budak perempuannya, kemudian keduanya melarikan diri.
Maka Umar pun berdiri di hadapan orang-orang & berpidato,
Sesungguhnya Rasulullah pernah mengunjungi Ummu Waraqah & bersabda:
Berangkatlah kalian, kita akan mengunjungi As Syahidah (seorang
perempuan yang mati Syahid), & sesungguhnya Fulanah & Fulan
budak miliknya telah menutupinya dengan kain tebal, kemudian keduanya
melarikan diri. Maka jangan ada satu orangpun yang melindungi mereka
berdua, barangsiapa mendapatkan keduanya hendaklah ia bawa keduanya.
Maka dibawalah keduanya & kemudian disalib, maka inilah awal mula
orang yang disalib dalam Islam. [HR. Ahmad No.26022].
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ حَدَّثَتْنِي
جَدَّتِي عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ
الْأَنْصَارِيِّ وَكَانَتْ قَدْ جَمَعَتْ الْقُرْآنَ وَكَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ
دَارِهَا وَكَانَ لَهَا مُؤَذِّنٌ وَكَانَتْ تَؤُمُّ أَهْلَ دَارِهَا
[[[Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'aim] berkata, telah
menceritakan kepada kami [Al Walid] berkata, telah menceritakan kepadaku
[nenekku] dari [Ummu Waraqah binti Abdullah Bin Al Harits Al Anshari]
dan ia pernah ikut mengumpulkan Al-Qur'an, sedangkan Nabi shallallahu
'alaihi wasallam telah memerintahkan kepadanya untuk memimpin shalat
keluarganya, ia mempunyai tukang adzan & ia menjadi imam di
rumahnya. [HR. Ahmad No.26023].
Keunggulan peribadi Ummu Waraqah dapat dilihat apabila Rasulullah SAW
sendiri pernah menziarahinya. Ziarah Rasulullah itu adalah sebagai
penghormatan kepada Ummu Waraqah yang mempunyai keimanan yang mantap
kepada Allah serta memiliki ilmu agama yang tinggi. Ummu Waraqah bukan
sahaja mempelajari ilmu secara teori semata-mata, tetapi beliau juga
berusaha mempraktikkannya sedaya mungkin sehingga beliau berusaha untuk
ke medan jihad melawan musuh dalam peristiwa Peperangan Badar, dengan
tidak mengetepikan tanggung jawab dalam rumahtangga.
Pada tahun kedua Hijrah, Ummu Waraqah telah mendengar berita bahawa akan
berlaku pertembungan di antara orang Islam dengan tentera Musyrikin.
Lalu beliau bergegas menemui Rasulullah untuk meminta keizinan untuk
turut serta dalam usaha jihad tersebut, sekurang-kurangnya sebagai orang
yang akan membantu merawat tentera yang cedera, menghulurkan bantuan
makanan dan minuman dan memberikan apa jua pertolongan kepada tentera
Islam semasa peperangan berlangsung.
Telah disebut di dalam kitab al-Isobah, bahawa Ummu Waraqah telah
berkata kepada Rasulullah: 'Wahai Rasulullah, sekiranya engkau
memberikan keizinan kepadaku untuk turut serta, nescaya aku dapat
memberikan bantuan dan rawatan kepada tentera yang cedera, dan semoga
Allah mengurniakan syahid kepadaku'. Lalu jawab Rasulullah: 'Wahai Ummu
Waraqah, duduklah di rumahmu, sesungguhnya Allah akan mengurniakan
syahid di rumahmu'. Semenjak hari itu, Rasulullah telah menggelarkan
Ummu Waraqah sebagai 'syahidah' iaitu orang yang syahid. Ketika
Rasulullah mengajak para sahabat menziarahi Ummu Waraqah, baginda
berkata, 'mari kita menziarahi al-syahidah'.
Kehebatan Ummu Waraqah juga dapat dilihat dalam beberapa perkara iaitu:
1. Beliau merupakan wanita pertama dalam Islam yang diberi keizinan untuk dilaungkan azan dari dalam rumahnya.
2. Beliau wanita pertama yang menjadi imam solat kepada wanita di Madinah.
3. Beliau wanita pertama dalam Islam yang digelar 'al-syahidah'.
Ummu Waraqah telah meminta keizinan daripada Rasulullah untuk menjadikan
rumahnya sebagai musolla, dan dilaungkan azan dari musolla di rumahnya
itu. Rasulullah telah memberikan keizinan, justeru terdapat muazzin yang
dikhususkan untuk melaungkan azan dari musolla di rumah Ummu Waraqah
pada setiap kali masuk waktu solat fardhu. Keadaan ini berterusan
sehinggalah Ummu Waraqah meninggal dunia.
Rasulullah saw mengetahui bahawa Ummu Waraqah merupakan seorang wanita
yang cerdik, banyak menghafaz ayat al-Quran dan alim dalam ilmu agama.
Justeru, Rasulullah menyuruh Ummu Waraqah untuk menjadi imam kepada ahli
keluarganya di kalangan wanita. Bukan itu sahaja, apabila muazzin
mengumandangkan azan dari musolla rumah Ummu Waraqah, wanita-wanita yang
tinggal berhampiran dan mendengar seruan azan tadi, akan datang
menunaikan solat jamaah yang diimami oleh Ummu Waraqah.
Telah timbul persoalan apakah Ummu Waraqah turut menjadi imam kepada
lelaki kerana muazzin yang melaungkan azan itu merupakan seorang lelaki.
Al-Syarbasi melalui kitabnya 'Yas'alunaka fi al-Din wa al-Hayat' telah
menyatakan bahawa muazzin tersebut hanya melaungkan azan, kemudian
beliau akan pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama-sama jamaah
lelaki. Syeikh Ahmad al-Syarbasi juga menyatakan bahawa Ummu Waraqah
mengimami solat di rumahnya yang tidak disertai oleh mana-mana lelaki
ajnabi.
Usia Ummu Waraqah semakin lanjut, dan anak-anaknya semakin meningkat
dewasa. Lalu anak-anak perempuannya berkahwin dan mengikut suami
masing-masing dan tidak tinggal lagi bersamanya. Sehubungan dengan itu,
Ummu Waraqah telah mengambil seorang hamba lelaki dan seorang hamba
wanita untuk menguruskan rumahnya. Ummu Waraqah telah menjanjikan kepada
hamba-hambanya bahawa mereka akan merdeka dan terlepas daripada
belenggu perhambaan selepas kematiannya.
Ummu Waraqah menaruh sepenuh kepercayaan kepada kedua-dua orang hamba
tersebut. Beliau tidak melayan mereka sebagai seorang hamba, sebaliknya
melayan mereka dengan penuh kebaikan. Akan tetapi hamba-hamba tersebut
agak kecewa kerana mereka mengharapkan untuk mendapatkan pembebasan
segera dengan kematian Ummu Waraqah, namun Ummu Waraqah masih lagi
bernafas dan lanjut usianya. Lalu kedua-dua orang hamba tersebut telah
merancang untuk membunuh Ummu Waraqah dengan harapan untuk mendapat
kemerdekaan daripada perhambaan dengan kadar segera. Setelah berjaya
membunuh Ummu Waraqah dengan menjerut pakaian di lehernya, kedua-dua
hamba tersebut terus melarikan diri sebagai orang yang merdeka.
Pada keesokannya harinya, Saidina 'Umar al-Khattab yang telah biasa
mendengar azan berkumandang dari rumah Ummu Waraqah telah tertanya-tanya
ke mana hilangnya suara bacaan al-Quran Ummu Waraqah yang sudah tidak
kedengaran sejak semalam. Lantas Saidina Umar mengarahkan seseorang
untuk pergi ke rumah Ummu Waraqah bertanyakan keadaannya. Utusan Saidina
Umar kembali kepadanya dengan berita bahawa rumah Ummu Waraqah berkunci
dan tiada sesiapa pun menjawab apabila dipanggil. Saidina Umar
mengesyaki sesuatu perkara buruk telah berlaku, lalu beliau sendiri
segera pergi ke rumah Ummu Waraqah untuk menyiasat apa yang berlaku.
Apabila Saidina Umar berjaya memasuki rumah Ummu Waraqah, beliau amat
terkejut kerana mendapati Ummu Waraqah telah meninggal dunia. Lalu
Saidina Umar pun berkata: 'Allahu Akbar, benarlah Rasulullah saw yang
telah menggelarkan Ummu Waraqah sebagai al-syahidah!. Kemudian Saidina
Umar pun menaiki mimbar dan mengisytiharkan tentang syahidnya Ummu
Waraqah dan memerintahkan agar dua orang hamba yang membunuh Ummu
Waraqah dicari segera untuk menerima pembalasan dan hukuman.
Gerakan memburu dua orang pembunuh tersebut dijalankan, akhirnya mereka
berdua dapat ditangkap dan dibawa ke hadapan Saidina Umar. Setelah
siasatan dijalankan, kedua-dua hamba tersebut telah membuat pengakuan
bahawa mereka telah membunuh Ummu Waraqah. Kedua-dua hamba tersebut pun
dijatuhkan hukuman di atas kesalahan dan jenayah pembunuhan itu.
Sesungguhnya pemergian Ummu Waraqah meninggalkan pengajaran dan
pengiktibaran yang banyak di sepanjang kehidupannya. Beliau menjadi
contoh kepada wanita Islam sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam agama, dan memberikan sumbangan dengan mengajarkan
ilmu kepada wanita-wanita lain selain turut menjadi imam solat kepada
wanita di Madinah. Tambahan daripada itu, beliau juga merupakan seorang
yang amat komited dengan perjuangan Islam dan sentiasa mengimpikan untuk
mendapat syahid di jalan Allah.
Semoga Allah merahmati Ummu Waraqah . Semoga Allah membalas semua
kebaikannya dengan istiqamah membaca al-Quran dan mengumpulkannya. Dia
adalah imam para wanita di zamannya yang sangat rindu untuk berjihad
dengan harapan mati jihad untuk mendapat pahala mujahidin. Akhirnya
Allah mengabulkan permohonannya dan dia mendapat kedudukan yang terbaik
di sisi Allah dan Rasul-Nya.
Penjelasan Tentang Ummu Waraqah Menjadi Imam Sholat
Hadis-hadis tentang Ummu Waraqah menjadi Imam bagi keluarganya
diriwayatkan oleh beberapa ahli hadis, yaitu Abū Dāwūd,al-Dāruquthni,
Ibn Khuzaimah, dan Ahmad.
1. Riwayat Abū Dāwūd (w.275/889)
حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ حَمَّادٍ الْحَضْرَمِىُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ فُضَيْلٍ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ جُمَيْعٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ
خَلاَّدٍ عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ
بِهَذَا الْحَدِيثِ وَالأَوَّلُ أَتَمُّ قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- يَزُورُهَا فِى بَيْتِهَا وَجَعَلَ لَهَا مُؤَذِّنًا
يُؤَذِّنُ لَهَا وَأَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا
(Abū Dāwūd berkata): telah menyampaikan kepada kami al-Hasan Ibn Hammād
al-Hadrami(yang menyatakan): telah menyampaikan kepada kami Muhammad Ibn
Fudhail dari al-Walīd Ibn Jumai’ dari ‘Abdirrahmān Ibn Khallād dari
Ummi Waraqah Binti ‘Abdillāh Ibn al-Hāris dia berkata –Rasulullah saw.
Mengunjungi rumahnya(Ummu Waraqah) dan menjadikan seorang muadzin untuk
mengumandangkan adzan dan memerintahkan ummu waraqah untuk menjadi imam
bagi keluarganya. (HR. Abū Dāwūd).
2. Riwayat al-Dāruquthni (w.385 H)
حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْر الْنَيْسَابُوْرِيْ ثَنَا أَحْمَدُ بْنُ
مَنْصُوْرٍ ثَنَا أَبُوْ أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيْ ثَنَا الْوَلِيْدُ بْنُ
جُمَيْعٍ حَدَّثَتْنِيْ جَدَّتِيْ عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ وَكَاَنَتْ تَؤُمُّ :
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ أَذِنَ لَهَا أَنْ
تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا
(al-Dāruquthni berkata): telah menceritakan kepada kami Abū Bakr
al-Naisabūri,(yang menyatakan) telah menceritakan kepada kami Ahmad Ibn
Manshūr, telah menceritakan kepada kami Abū Ahmad al-Zubairi telah
menceritakan kepada kami al-Walīd Ibn Jumai’ telah menvceritakan
kepadaku nenek ku dari Ummi Waraqah dia menjadi imam: bahwa Rasulullah
saw.mengizinkan Ummu Waraqah untuk mengimami
keluarganya.(HR.ad-Daruquthni)
3. Riwayat Ibn Khuzaimah (w.311 H)
أَخْبَرَنَا أَبُوْ طَاهِرٍ نَا أَبُوْ بَكْر ثَنَا نَصْر عَلِيٍ نَا
عَبْدُ اللهِ بْنُ دَاوُودَ عَنِ الْوَلِيْدِ بْنِ جُمَيْعٍ عَنْ لَيْلَى
بِنْتِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهَا وَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَلَّادٍ
عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ : أَنَّ نَبِيَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ
سَلَّمَ كَانَ يَقُوْلُ : اِنْطَلِقُوْا بِنَا نَزُوْرُ الشَّهِيْدَةَ وَ
أَذِنَ لَهَا أَنْ تُؤَذِّنَ لَهَا وَ أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا فِي
الْفَرِيْضَةِ وَ كَانَتْ قَدْ جَمَعَتْ الْقُرْآَنَ
(Ibnu Khuzaimah berkata): telah menceritakan kepada kami Abū Thāhir,
telah menceritakan kepada kami Abū Bakr, telah menceritakan kepada kami
Nashr ‘Ali, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullāh Ibn Dāwūd, dari
al-Walīd Ibn Jumai’ dari Laila Binti Mālik dari ayahnya, dari
‘Abdirrahmān Ibn Khallād dari Ummi Waraqah, bahwasanya Nabi
saw.bersabda: pergilah kalian bersama kami, kami akan mengunjungi
asy-Syahīdah(sebutan bagi Ummu Waraqah) dan Rasulullah saw. Mengizinkan
Ummu Waraqah untuk mengimami keluarganya dalam shalat wajib dan pada
waktu itu Ummu Waraqah membaca al-Qur’an.(HR. Ibnu Khuzaimah)
4. Riwayat Ahmad (w.241 H)
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ حَدَّثَتْنِي
جَدَّتِي عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ
الْأَنْصَارِيِّ وَكَانَتْ قَدْ جَمَعَتْ الْقُرْآنَ وَكَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ
دَارِهَا وَكَانَ لَهَا مُؤَذِّنٌ وَكَانَتْ تَؤُمُّ أَهْلَ دَارِهَا
(Imam Ahmad berkata) telah menceritakan kepada kami Abū Nu’aim, dia
berkata: telah menceritakan kepada kami al-Walīd , dia berkata: telah
menceritakan kepada ku nenek ku dari Ummi Waraqah Binti ‘ Abdillāh Ibn
al-Hāris al-Anshāri, Ummu Waraqah sedang membaca al-Qur’an dan Nabi saw.
Sungguh telah memerintahkan Ummu Waraqah untuk mengimami keluarganya,
dan dia mempunyai seorang muadzin dan dia mengimami
keluarganya.(HR.Ahmad)
Pemahaman Hadis Ummu Waraqah
Mengenai hadis Ummu Waraqah yang oleh sekelompok minoritas muslimah
sering dijadikan dasar kebolehan wanita menjadi imam shalat bagi jama’ah
laki-laki adalah hadis yang masih diperselisihkan kesahihannya. Setelah
penulis melakukan penilitian, sanad hadis Ummu Waraqah di atas dhaif,
hal ini dikarenakan ada perawi yang tidak dikenal ‘Abdurrahmān Ibn
Khallād, sedangkan dalam Syarh Abū Dāwūd yaitu ‘Aun al-Ma’būd ada dua
perawi yang tidak dikenal yaitu al-Walīd Ibn Jumai’ dan ‘Abdurrahmān
Ibn Khallād.
Tentang hadis Ummu Waraqah--yang diriwayatkan berbagai imam-imam ahli
hadis antara lain Imam Abū Dāwūd, Ahmad,Ibn Khuzaimah, Ad-Dāruquthni
dan lain-lain -- ada beberapa versi. Di dalam riwayat Abū Dāwūd
misalnya, benar Ummu Waraqah itu minta kepada Rasulullah SAW untuk
ditunjuk seorang muadzin. Nabi saw.kemudian menyuruh Ummu Waraqah untuk
menjadi imam bagi penghuni rumahnya. "Jadi, dalam hal itu adalah
antaumma ahla daariha (agar ia menjadi imam bagi para penguhuni
rumahnya-red),"
Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abū Dāwūd juga mengisahkan hal yang sama.
Hadis ini, kata Ali, sifatnya masih umum dalam artian bisa jadi
makmumnya perempuan semuanya. Bisa makmumnya laki-laki, bisa juga
makmumnya laki-laki dan perempuan. Dan di sini tidak ada kejelasan.
Jadi, kata dia, menurut kaidah fikih, memakai hadis ini ada dua
pendekatan.
Pertama, sebuah dalil kalau mengandung beberapa kemungkinan-kemungkinan
atau tidak memberikan kepastian maka tidak dapat dipakai sebagai sumber
hukum. "Nah, hadis Ummu Waraqah ini yang diriwayatkan Abū Dāwūd, Ahmad
dan sebagainya, itu masih banyak kemungkinan. Maka dari sisi ini tidak
dapat dijadikan sebagai sumber hukum,"
Kedua, dalam memahami hadis, kita harus membandingkan antara satu
riwayat dengan hadits yang lain. Karena pada prinsipnya, hadis itu
adalah satu misi satu ajaran dan satu kesatuan yang tidak dapat
dipisah-pisahkan antara yang satu dan yang lain. "Ternyata dalam hadis
Ummu Waraqah ini terdapat beberapa versi, pertama Nabi saw. menyuruh
Ummu Waraqah untuk menjadi imam bagi penghuni rumahnya. Dalam versi
lain, riwayat Ahmad, Nabi saw. dengan jelas menyuruh Ummu Waraqah untuk
menjadi imam bagi wanita-wanita penguhuni rumahnya. Perintah dari Nabi
saw. itu langsung ada kata-kata Qad amara an taumma ahla
dariha"Berdasarkan kaidah pemahaman hadis yufassiru ba'duhu ba'dhan
hadis itu menafsiri satu sama lain sebagai mana ayat Al-Quran juga
menafsirkan satu sama lain. Maka hadis riwayat Ahmad menafsirkan hadis
yang sifatnya umum yang hanya menyebutkan penghuni rumahnya saja. Atau
dengan kata lain bahwa hadis versi pertama yang menyebutkan bahwa Ummu
Waraqah diperintahkan Nabi saw. untuk menjadi imam penghuni rumahnya itu
tidak dipakai.
Dan yang dipakai sekarang adalah hadis versi yang kedua yang menyatakan
bahwa Nabi saw. menyuruh Ummu Waraqah untuk menjadi imam shalat bagi
wanita penguhuni rumahnya. "Dari sini sudah jelas bahwa hadis itu yang
dimaksud adalah Ummu Waraqah menjadi imam kaum wanita penghuni
rumahnya," pengertian yang kedua ini didukung hadis lain yang
diriwayatkan Imam Ibnu Majah. Dalam hadis itu Nabi saw. bersabda, laa
taummanna imraatun rajulan yang artinya "Sekali-kali tidaklah patut
seorang wanita menjadi imam bagi laki-laki."Hadis riwayat Ibnu Majah ini
memang dari segi sanad tidak valid. Jadi tidak shahih, tetapi
substansinya telah diterima oleh para ulama dan diamalkan sejak zaman
sahabat sampai masa sekarang. Ini penerimaan ulama menjadi unsur yang
penting tentang hadis itu dapat dipakai sebagai sumber hukum. Jadi,
hadis kendati dari segi sanad tidak shahih, apabila substansinya
diterima oleh para ulama kemudian diamalkan, maka hadis itu dapat
menjadi sumber hukum Islam. Itu kesepakatan ulama.
Dari penelitian yang penulis lakukan dapat ditarik dua kesimpulan, yaitu:
1. Seorang wanita tidak boleh menjadi imam yang makmumnya terdiri
dari laki-laki, akan tetapi wanita boleh menjadi imam yang makmumnya
perempuan. Hal ini dilakukan sebagian sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi
wa sallam, di antaranya 'Aisyah dan Ummu Salamah.
2. Hadis Ummu Waraqah tentang menjadi imam penghuni rumahnya adalah
dhāif, hal ini dikarenakan ada beberapa perawi yaitu‘Abdurrahmān Ibn
Khallād, dan Lila Binti Malik yang dinilai majhul oleh para kritikus
hadis.
Mayoritas ulama mengatakan tidak syah seorang perempuan menjadi imam laki-laki,dalilnya adalah sebagi berikut :
Dalil Pertama : Hadist Abu Hurairah yang berbunyi :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خير صفوف الرجال أولها وشرها آخرها وخير صفوف النساء آخرها وشرها أولها .
” Sebaik-baik shof laki-laki adalah paling awal, dan sejelek-jeleknya
adalah shof yang terakhir. Dan sebaik-baik shof perempuan adalah paling
terakhir , sedang sejelek-jeleknya adalah yang palin awal. ” ( HR Muslim
)
Hadist di atas menunjukkan bahwa perempuan yang menjadi imam sholat
untuk laki-laki berarti telah meletakkan dirinya pada shof yang paling
jelek, bahkan para ulama menyatakan jika shof laki-laki sejajar dengan
shof perempuan , maka tidak syah sholatnya, apalagi kalau berdiri di
depan laki-laki.
Dalil Kedua : Riwayat yang menyebutkan :
أخروهن من حيث أخرهن الله سبحانه
“ Akhirkanlah mereka ( perempuan ) dalam shof, sebagaimana Allah mengakhirkan mereka . “
Berkata Imam Mawardi : ” Jika diwajibkan untuk mengakhirkan mereka, maka haram hukumnya menjadikan mereka imam “
Dalil Ketiga : Riwayat yang menyebutkan :
لا تؤمن امرأة رجلا
“ Janganlah seorang perempuan menjadi imam sholat bagi laki-laki . “
Dalil Keempat : Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dan Qatadah bahwa
jika seorang laki-laki tidak pandai membaca Al Qur’an sedang
dibelakangnya ada seorang perempuan yang pandai membaca Al Qur’an , maka
laki-laki tersebut tetap menjadi imam, tetapi perempuannya yang
membaca. Jika laki-laki tadi ruku’ atau sujud, maka perempuan tersebut
harus mengikutinya. ( Diriwayatkan Abdur Rozaq di Al Mushonaf )
Dalil Kelima : Seandainya seorang perempuan dibolehkan menjadi imam
laki-laki , tentunya akan ada riwayat , walaupun hanya satu , yang
menyatakan hal itu, akan tetapi tidak ada satu riwayatpun yang
menceritakan bahwa perempuan pada zaman dahulu menjadi imam laki-laki
dalam sholat.
Dalil Keenam : Perempuan adalah aurat, jika ia di depan dan menjadi iman
sholat, maka akan menimbulkan fitnah dan mengganggu kekhusukan
sholatnya laki-laki. Makanya perempuan diperintahkan untuk menepuk
tangan jika menegur imam yang salah, karena khawatir suaranya akan
membuat fitnah bagi laki-laki. “
Dalil Ketujuh : Imam sholat merupakan salah satu bentuk ” wilayat ” ,
sedang perempuan bukanlah ahli dalam memegang ” wilayat ” sebagaimana
tidak diperbolehkan memegang jabatan kepala negara dan tidak boleh
menjadi wali dalam pernikahan . “
Dalil Kedelapan : Perempuan yang menjadi imam sholat laki-laki adalah
sesuatu yang menyelishi kaidah dan ajaran universial Islam. Dalam banyak
tempat Islam telah meletakkan aturan-aturan khusus untuk perempuan yang
tidak bisa diterapkan pada laki-laki, begitu juga sebaliknya. Maka
usaha untuk mencampuradukkan atau menyamaratakan hak-hak laki-laki dan
perempuan dalam segala hal merupakan usaha yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
Semoga Bermanfaat