Sejarah Digelapkan (Kejatuhan Ayuthaya , Kerajaan Siam-Islam-Melayu)
Salam dan selamat bersua kembali, sudah agak lama menyepi. Sepi bukan
bereti tidak peduli tapi memberi ruang agar sesuatu mampu terbentuk,
sesuatu yang dinamakan rindu. Kali ini dikongsi-kan mengenai mengapa
kerajaan melayu-siam diserang oleh ‘THAI” sehingga-kan dijarah tanah
bertuah ini dan dimusnahkan segala kota tingalan sejarah. Kisah kali ini
lebih berkisar daripada nukilan ana-anai yang mana banyak merujuk
undang-undang kedah walaupun banyak pertikaian berlaku sebelum ini
diantara penkaji diluar dan anai-anai namun pendapat yang berdasar satu
manuskrip penting (Undang-Undang Kedah) diambil kira oleh pihak kami.
Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming
(1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah
Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan Ayutthaya
pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad
(1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai
(yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785
pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah
berjaya menewaskan Patani. Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa
Buddha yang mana sebelum Ayutthaya dijajah Arakan telah menjadi mangsa
mereka yang pertama. Rentetan daripada kemengan pertama ini mereka
membuak2 ingin menjarah tanah Islam.
Segalanya dikatakan bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama
Khamheang Burma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan
Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah
Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa
Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayuthia Cau Pija
Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur
Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17)
sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau
Langkawi Kedah.
Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan
Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan
Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari
Burma, namun dikatakan beliau bukannya dilahirkan di Burma tetapi kesan
daripada Kerajaan Islam Toung Oo, Burma ditawan oleh Sukhothai dalam
tahun 1757/8 dan mereka bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan
berasal dari Burma. Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma
(ini bekemungkinan Arakan), mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha
Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang
Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana
termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China
Islam. Cerita yang dikongsikan oleh anai2 ini ade dirujuk silang di
wiki cume mungkin beda dari segi name tempat( beza ikut bahasa) boleh
baca disini
Di Burma ketika itu diperintah oleh anakanda Boromokot Sultan Muhiyuddin
Mansur Syah, Maharaja Ayuthia(Yg Dipertuan Agong Benua Islam Siam dr
Ayuthia ke Borneo) yakni Sharif Yang Di Pertuan (masih muda dan baginda
memerintah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari
bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’ Berikutan serangan
itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar
sebagai Boromoraja Ekataat V. Rentetan serangan diBurma ini lah yang
membawa kepada serangan di Ayuthia (memburu gologan bangsawan dari Burma
yang berundur). Baiklah kejayaan Raja Aluangphaya ini menawan Ayutthaya
sedikit sebanyak adalah dibantu dengan berpaling tadahnya General
tentera Ayutthaya yang bernama Hussein, Hussein telah dilantik oleh
menjadi pemerintah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767.
‘Phaya Tak’ adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin
adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar
Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak
menyerang Ligor dan meluaskan kuasa empayarnya kerana tahu mantan
Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan
tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.
Baiklah kembali kepada persoalan asas mengapa belakunya serangan pertama
keatas Burma atau lebih tepat kerajaan Islam Toung Oo dalam tahun
1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan
Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang
bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk
Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan
faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan
perdagangan yang lumayan. Faktor perkembangan agama disokong oleh Dr.
Jacques P. Leider seabad kemudian dalam tulisannya bertajuk Arakan
around 1830 – Social Distress and Political Instability in the Early
British, matlamat agama iaitu agenda mengintegrasikan antara
Buddha-Islam adalah antara agenda penting penjajahan Burma ke Arakan.
Malah Sami Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan semua agama
di bawah Buddha.
Rasanya akan ada pembaca yang mula pening apabila penggunaan Arakan dan
Burma digunakan disitu. Biarkan seketika perkara itu, abaikan dahulu.
Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah dikhianati dan digulingkan oleh
Generalny juga iaitu Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak
berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia
membunuh Phya Tak Sin dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam
Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I. Dari tarikh tersebut
bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali
kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk
menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup
ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan
Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti
Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah
selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot
yang tamak.
Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang
Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang
Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas
dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh
Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Bukti status
baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang
Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks
Penyenggara Mariyam Salim.
Penkhianatan sekali lagi berlaku dalam sejarah Negara Islam Siam apabila
Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dilantik menjadi
hulubalang oleh Syarif Yang Di Pertuan bagi membantu mengusir tentera
Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet),
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif
Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. dengan memberi bantuan kepada tentera
Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua
Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang.
Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan
Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang
hendap (lihat “Sejarah Kedah Sepintas Lalu”, Haji Ibrahim Ismail).
Maka berakhirlah sejarah pemerintah terakhir kerajaan Siam (Ayuthia),
Syarif Yang Di Pertuan adalah raja yang ke 33 dan. Apa yang menareknya
daripada 33 raja yang memerintah Ayuthia hanya 3 makam sahaja berada di
Ayuthia dan makam yang laen bukan dimusnahkan namun berada di negeri
mereka masing2 yang mana pada waktu ini system pengiliran raja
dijalankan sepertimna system yang sama digunpakai oleh Malaysia diwaktu
ini bagi melantik Yang Dipertuan Agung(sebenarnya model pengiliran
Sultan yang digunapakai adalah tradisis lama yang telah diterapkan oleh
pemerintahan kita sejak dahulu lagi).
Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah
puak tantera sukothai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767.
Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan
bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di
Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang
dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu
Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut
menguatkuasakan arahan ini.
Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan
kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767
Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai
Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan
ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.
Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan
Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi
kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar
negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis
pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota
ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan
kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara
negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai
yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga
adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan
Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar
yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan
yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya
ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di
utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.
Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi
dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan
raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul
Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah
semasa mahu menyerang Melaka.
Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang
Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya
juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu
Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki
kekuasaan Khmer dan Champa.
Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal
dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah
sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.
Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah
tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota
Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang
dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar
sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama
'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian
yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan
hasil kajian.
Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari
kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai
manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.
Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara
terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu
dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari
sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya
ialah:
-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan
Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan
China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama
Islam.
-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.
-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada
zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.
-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.
-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.
-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul)
Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan
Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan
dengan raja-raja Siam Ayutthaya.
-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu
dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka
memakai gelaran 'Nai'.
-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini
mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal
dengan gelaran 'Nai'.
-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga
dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah'
kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka
itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk
mengawal Selat Melaka.
-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.
-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris
menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini
ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber
Perancis).
-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.
-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang
dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi
dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun
Musuh Bisik'.
Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog
sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang
amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya
berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan
Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain
seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari
dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada
kitab Hikayat Merong Mahawangsa.
Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja
Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu
senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:
Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)
Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)
Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)
Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)
Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)
Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)
Sukhothai Dynasty (1569-1629)
Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)
Prasat Thong Dynasty (1630-1688)
Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)
Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)
Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)
Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja
Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang
mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.
Kerajaan Ayutthaya Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma
-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)
-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)
-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)
-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)
-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)
-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)
-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)
-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)
-RATSADA (1533 - 1547)
-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che
Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)
-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)
-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)
-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III
(gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN
NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)
-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)
-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)
-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)
-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)
-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)
-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)
-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)
-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)
-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)
-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)
-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)
-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)
-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)
-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN
MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran
istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah
sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir
memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)
Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI
LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan
Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?
Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini
adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun
saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti
tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu
manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH
BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI
PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.
Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan
beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan
ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita
sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa
asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI
TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu
contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar
oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang
dicuri sepanjang era penjajahan?
SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini
kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan
terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau
menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan
raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU
TURUN-TEMURUN.
Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun
Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris
seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa
balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA
DI TANGAN BANGSA ASING.
Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog
sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina
(Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya
menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu
sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui
sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari
sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar
dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai
adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem
sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan
Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham
dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman
dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah
Thailand pada hari ini?
Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan
orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti
orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di
Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas
kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu
sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja
Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi
kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat
sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada
bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda
Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari
emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman
purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi
mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang
terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN
BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil
iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN
SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa
musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA
DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.
Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting
Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu
'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana
memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang
sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan
sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana
sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu
Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah
orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah
terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak
berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang
asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
(dipetik dari Ibnu Rusydi)
Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki
orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya
wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU
TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya)
pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar
menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!
Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang
kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu
Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani
kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk
sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu
Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke
kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam
datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul
juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar
meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.
Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah
kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga
merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan
mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan
Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,
"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"
Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai
merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga
berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja
Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya
setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi
taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama
sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak
perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau'
atau 'berdarah naga' sekalipun.
Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long
Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai
melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu
semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang
hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini
mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu
The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja
diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa
dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden
bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru
menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan
berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak
seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika
itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun
dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai
yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara
dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk
menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah
Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari
Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun
sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat
dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah
dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan
menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan
Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu
semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.
Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam
ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah
diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan
Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah
keturunan Ayutthaya juga!
Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah
begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia
didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata
'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas'
(nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa
Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang
dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.
'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia
adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa
berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.
Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan
berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau
bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan
bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.
Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca
dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh
keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos
seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi
membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU
CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN
KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat
andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis
sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya
nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang
punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai
juga akan ketawakan anda.
Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut
merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya
berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan
ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga
Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag)
yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu
bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang
dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah
dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir
bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang
Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang
Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang
Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah
didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar
'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana
beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa
pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna
boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.
Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang
tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan
kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan
tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang
Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan
dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih
menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik
keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah
Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi
(Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah
terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di
dalamnya.
Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama
Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang
Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan
sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai
kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah
kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang
mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma
datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota
Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang
Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah
bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari
'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.
Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.
Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah
satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini
kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar
memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan
kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan
orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan
Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK
KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah
Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti
moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.
Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara
ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar
penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu
ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil
tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar
dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada
orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak
orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti
mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun
dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai
Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam
orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang
derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP
itu dan akhbar Tamil juga.
Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa
menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya
terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang
dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng
India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan
bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang
terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil
mereka sendiri.
Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari
dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota'
adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang
diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa
kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan
Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan
kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan
Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris
menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan
sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.
Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang
berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang
biawak dua kali.
Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung
kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu
berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk
mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang
Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.
Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang
direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang
raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar
Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini
membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah
meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan
Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga
telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di
binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti
ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi
di situ pada masa dahulu.
Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan
warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip
Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan
Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya
menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa
mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang
mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih
ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti
sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah
jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di
Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa
pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota
pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan
air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan
dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran
BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik
orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah
rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka
percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang
hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan
selekeh.
Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu
sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang
berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem
Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh
mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang
kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping
tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan
tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat
dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah
Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.
Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai
Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa
dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan
orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan
setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan
dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah
mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem
Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik
nama-nama Thai mereka?
Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung
berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini
kerja orang malas.
Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long
Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan
misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan
bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden
Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah
darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan
memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana
sejarah hitam kerajaan Ayutthaya, begitulah juga akan terjadi kepada
Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan
berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut
Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa
menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi
yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh
mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari
kubur-kubur mereka, namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang
masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab
dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja
Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.
Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang
dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan
misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para
penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....
Di manakah makam raja-raja Ayuthaya yang lain???