Dalam setiap era kemodernan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke
arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat, pengetahuan,
budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan,
undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini
tetap mengalami pasang surutnya.
Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti akan muncul
insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk
mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai
ini diserapi kembali ke dalam jiwa manusia. Perkembangan adat dan nilai
akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah s.w.t. telah
menjelaskan bahawa Nabi saw mempunyai moral yang paling sempurna . Nabi
saw.pun mengenalkan dirinya sebagai utusan yang akan menyempurnakan
keperibadian moral dan akhlak.
Justeru itu, Allah s.w.t. telah menyeru umat Islam untuk menjadikan
RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.Nabi Muhammad s.a.w.
telah berhasil membina sahabatsahabatnya menjadi manusia-manusia sufi
yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada
waktu sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di
tepi jurang neraka.
Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena bantuan Allah dan
bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya Nabi s.a.w. menyeru
dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin, berharap
penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu menjalani
kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan
sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan
seterusnya hingga kini.Perjuangan Rasulullah s.a.w. tidak berhenti
setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai
akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong
dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. sepertimana yang disifatkan
oleh Allah s.w.t. dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi :
“Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku”.
Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka
merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di
mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka
sebagaimana tercatit dalam kitabnya
Fatwa Ibnu Taimiyah :
“Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah.
Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri
mereka dan mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa
kepada Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya,
penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang
lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah
pada diri mereka sebagai hujjah dalam agama dan bagi kaum muslimin,
tetapi karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan
syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan wali hanya dapat diberikan kepada orang-orang yang telah nyata
ketaqwaannya. Sementara orang yang nyata telah melanggar syari’ah tidak
dapat diberikan kedudukan yang mulia ini. Sayangnya, di kalangan
manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan
memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari
mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil
bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang seperti ini.
Yang perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk
mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan
sihir. Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilang dirinya dari
pandangan orang lain, dan juga memberi maklumat kejadian yang akan
datang. Dan inilah yang
sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu
manusia. Maka, peri pentingnya bagi umat Islam mengetahui juga akan
perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam ini supaya dapat
membezakan antara yang hak dan yang batil. Para wali-wali Allah juga
diberi kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai Karamah.
Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya seakan-akan
dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal
yang luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya yang
dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pembentangan secebis
pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu
keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat
kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.
PENGERTIAN WALI
DARI SEGI BAHASA
Wali dari segi bahasa bererti:-
1. Dekat. Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah,
dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah
menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di
saat itu orang itu menjadi wali.
2. Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun asal perkataan wali diambil daripada perkataan al wala’ yang
bererti : hampir dan jugabantuan. Maka yang dikatakan wali Allah itu
orang yang menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan apa
yang diwajibkan keatasnya, sedangkan hatinya pula sentiasa sibuk kepada
Allah dan asyik untuk mengenal kebesaran Allah. Kalaulah dia melihat,
dilihatnya dalil-dalil kekuasaan Allah. Kalaulah dia mendengar,
didengarnya ayat-ayat atau tandatanda Allah.Kalaulah dia bercakap, maka
dia akan memanjatkan puji-pujian kepada Allah. Kalaulah dia bergerak
maka pergerakannya untuk mentaati Allah. Dan kalau dia berijtihad,
ijtihadnya pada perkara yang menghampirkan kepada Allah. Seterusnya dia
tidak jemu mengingat Allah, dan tidak melihat menerusi mata hatinya
selain kepada Allah. Maka inilah sifat wali-wali Allah. Kalau seorang
hamba demikian keadaannya, nescaya Allah menjadi pemeliharanya serta
menjadi penolong dan pembantunya.
Siapakah yang digelar wali?
1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan “
Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat”.
2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda
mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat
Allah”.
3. Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali Allah itu adalah orang yang
diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban
penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia
kepada Allah”.
PENGGUNAAN ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN.
“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman”.
“Dia menjadi wali bagi orang-orang shalih”.
“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir”.
Surah Al-Baqarah: 257
Surah Al-‘Araf: 196
Surah Al-Baqarah: 286
“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalahwali bagi orang-orang
yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka”.
“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya”.
Surah Muhammad: 11
Surah Al-Maidah: 55
Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang
mukmin disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi
dan memelihara anak kecil juga disebut wali. Demikian juga orang yang
lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara
oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali.
Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut
wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya
juga disebut wali. Lantaran itu dapatlah kita mengambail kesimpulan
makna yang luas sekali dari kalimat wali ini.
Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib), baik
kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau
kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang
karib. Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana
Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si
makhluk tadi pun wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari
Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kepadanya dia pun
hendaklah beraqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah.
Maka timbullah hubungan perwalian yang timbal balik. Segala usaha
memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah
menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya
itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah. Segala
amal salih, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha
mengangkat diri menjadi wali.
Dari Segi Penggunaan
Wali pada mafhumnya bererti :-
1. Seseorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa menodainya dengan perbuatan dosa sedikitpun.
2. Seseorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan penjagaan, sehingga
ia senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikit pun,
meskipun ia dapat melakukannya.
DALIL-DALIL WUJUDNYA WALI ALLAH DARI ALQURAN DAN AS-SUNNAH
Dari Al-quran
Pertama
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”
Surah Yunus: 62- 64
Dalam ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali Allah itu
mendapat berita gembira, baik di dunia mahu pun di akhirat. Apakah yang
dimaksudkan dengan berita gembira (Busyra) itu?
Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia adalah:
1. Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis:
“Al busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin atau yang diperlihatkan baginya”
“Mimpi yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian dari kenabiaan.”
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira
di dunia ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita gembira
kepada seseorang mukmin yang sedang sakaratul maut.
3. Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang
gembira di dunia ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin yang
sedang sakaratul maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan
baginya di dalam syurga, seperti yang disebutkan dalam firman Allah
swt.:
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini sahih
“Para malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan:
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu susah dan bergembirakah kamu dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu”
Surah Fushshilat: 62
4. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang
gembira di dunia ialah pujian dan kecintaan dari orang banyak kepada
seorang yang suka beramal saleh, seperti yang disebutkan dalam hadits
berikut:
“Abu Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah:
“Apakah pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal saleh,
sehingga ia dipuji oleh orang ramai?” Sabda beliau: “Itu adalah berita
gembira kepada seorang mukmin.”
5. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang
gembira di dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan
seorang mukmin ketika ia masih di dunia, sehingga segala keperluannya
dipenuhi oleh Allah dengan segera. Seorang ulama berkata: “Jika seorang
mukmin rajin beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran cahayanya
melimpah ke wajahnya, sehingga terlihat pada wajahnya tanda khusyu’ dan
tunduk kepada Allah, sehingga ia dicintai dan dipuji oleh banyak orang,
itulah tanda kecintaan Allah kepadanya, dan itulah berita gembira yang
didahulukan baginya ketika ia di dunia.”
Semua keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yang
sebenarnya adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada seorang
mukmin untuk rajin beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh.
Manakala, yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat ialah:
1. Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat abadi, seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang ertinya:
“Iaitu pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan,
sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka,
(dikatakan kepada mereka):
“Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah kejayaan
yang besar.”
Surah Al Hadiid: 12
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita gembira di
akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum Muslimin di
akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dengan keberhasilan,
diputihkannya wajah-wajah mereka dan diberikannya buku catatan amal-amal
mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam dari Allah kepada
mereka dan beberapa berita gembira yang lain.
TANDA-TANDA WALI ALLAH
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah saw
bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu
adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan
Akupun mengingati mereka.”
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa
wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah
orang-orang yang jika
dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:“Pada suatu kali Umar
mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis,
maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?”
Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang
suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang
mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka
adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak
ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati
Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa..
Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang
adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali
kepada Allah ketika ditimpa bencana.”
Surah Yunus: 62 – 64
Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada
orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para
syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti
kedudukan mereka di sisi Allah.”
Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal
mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih
sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta
di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka
berada di atas mimbarmimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan
susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap
mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw
bersabda:
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi
wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’
dan berbudi luhur kepada orang lain.”
“Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau
seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di
hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut.
Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan
para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun
mereka mampu.
Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka
tinggalkan rezeki yang halal kerana takut akan shubhahnya. Mereka
bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak
tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi
sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika
aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis
kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak
menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan
menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan
mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia
akan mendapati siksa yang berat.”
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
7. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang
diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika
Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya.
Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka,
seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena
sedikitpun oleh bencana yang datang.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini
tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah
dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan
punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan
dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang
mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di
sisi Allah sangat mulia.
Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat
diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan
ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan
kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya
membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di
muka bumi dan para da’I kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa
rindunya aku kepada mereka.”
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para
siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu
merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan
memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka
Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka,
maka Aku murka kepadamu. “ Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa
tanda-tanda mereka?”
Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti
seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang,
mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan
sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh
orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan
kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan
dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit,
menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’,
sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga
kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka,
sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua,
andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka,
maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu
kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan
kepada mereka?”
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw
bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di
tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis
secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka
suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah
Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka
suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka
selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia,
meskipun mereka tidak dipedulikan orang.Mereka berjalan di muka bumi
dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu
berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka
mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.
Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka
memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan
mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit.
Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia,
tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan
akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia,
tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau
menyebutkan firman Allah yang artinya:“Kedudukan yang setinggi itu
adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut
kepada ancamanKu.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:“Berapa banyak
manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia
berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah
seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai
Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’
berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.”
Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah
kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum
Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa
khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan, maka dengan
izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya
kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah:
“Aku tadi membaca firman Allah:“Afahasibtum annamaa
khalaqnakum‘abathan”sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda:
“Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada
suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH
Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-
1. Kerana Kurnia Allah
Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah
meskipun ia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid. Allah
berfirman:
“Allah menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan memberi
petunjuk kepada agamaNya orang yang suka kembali kepadaNya.”
Surah A-Syuara’ : 13
2. Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
“Allah berfirman: “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan
mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang
mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal
sunnah sehinggai Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya,
tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau
memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya
dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu
yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang
takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.”
Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?
Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka,
ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya
adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang
dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa
senang.
Tetapi, ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu bahwa dirinya
seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata: “Menurut kami, tidak semua
wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang
mengetahui bahawa ia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui
bahwa dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian
dari karamahnya yang sengaja diberikan kepadanya secara khusus.”
Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662
TINGKATAN PARA WALI ALLAH
Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan
mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi
martabat berlainan. Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya
sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 313) yang wajib
diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya
tidak wajib diketahui. Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula
lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’,
iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s.
Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun tidak ada
siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang
tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para
nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang
diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh
mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia
melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para
Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka,
kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para Aulia
tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang
lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para
Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah
mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika
terdesak. Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa
tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah
swt.
Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi
ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini, Syeikh
Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan
pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnyaFUTUHATUL
MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al
Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:
PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti
penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat
kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut
hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al
Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang
mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur
Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz
dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin.
Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al
Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya
tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu
di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak.
Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap
masanya. Kami
menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal
di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan
penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang
memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap
masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu
wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah.
Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu
meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada
seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada
seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang
dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash:
“Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan,
yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan
mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua
suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas
orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya
tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang
rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu
untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki
seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau
ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat
bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada
seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa
yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana
sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali
tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang
dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali
yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak
lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariyyang mempunyai erti
penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap
zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan
diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja
yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda
Nabi: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul
Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang
setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau sawberkata
demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali
Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani
dan pandai berhujjah.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya
hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka
itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula. Setiap
masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali
Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang
saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat
melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang
mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu
keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua
ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat
lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika
keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: “Aku lihat
kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan
membenci para sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya
oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun
kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.
Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun
menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota
tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai
pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada
orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab.
Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti
semula.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau
penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun adalah sebagai penutup para
wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak ada darjat kewalian umat
Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan
ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.
Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah
mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: “Mereka berhati seperti
hati Adam as”. Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh
Muhyidin berkata: “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang
saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain.
Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap
masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka
mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka
selalu diterima oleh Allah.
Mereka senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka
menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan
kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang
rugi”. Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as.
Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka
seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama.
Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: “TuhanKu,
ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang
beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan
Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali
kebinasaan”. Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab
ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi
Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya:
“Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas,
maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.
Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah
wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah
saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka
suka dengan doa
Nabi Ibrahim as yang ertinya: “Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan,
dan ikutkan aku kepada orang-orang salih”. Mereka diberi keistimewaan
yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan
rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung
dari sebarang perbuatan buruk. Syeikh Muhyiddin berkata: “Aku pernah
menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan
kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya,
sampai aku beranggapan bahwa kesenangan syurga telah dipercepatkan
baginya”. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat
Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap
zamannya. Rasulullah saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu
sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat
Jibril yang amat kuat.
Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril.
Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka
selalu terpimpin. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati
Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam
setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemahlembut terhadap semua
orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail. Di antaranya
pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya
ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi saw pernah menyebut
tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami,Syeikh
Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini.
Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: “Di antara
tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan
mereka sangat tinggi di sisi Allah swt”. Di antaranya pula ada yang
diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masa
hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan,
kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau
manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di
setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak
berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa
bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga
keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka
selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan
dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di
antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka
hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu
menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala
penyimpangan.
Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau
berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha
kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan
perlihatkan
kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah
mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur”
Surah Adh Dhuha: 11
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul
Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah
mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman. Wali jenis ini
mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir
dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun
mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang
bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari
jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah. Di antaranya pula ada jenis wali yang
sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap
zaman. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut
terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani
Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah.
Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya. Mereka
selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir
mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih
sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal
Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali
tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan,
meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui
mereka akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah
orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai
hati seperti Nabi Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti
Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku
pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik (Damaskus)
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi.
Ertinya rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah
mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan
bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah
berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka
menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun
yang rahsia.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al
‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk
wali-wali tingkatan tinggi, hamper setiap saatnya mereka naik ke alam
malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal,
iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak
lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka
selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi
Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah
mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masa. Mereka selalu
mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap
mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa
menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya
mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun,
iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa.
Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat mereka seperti
wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran
mereka suka mengkaji firman-firman Allah.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah,
iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah
mereka hanya seorang dalam setiap masa. Yang termasuk kelompok ini
adalah Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan
mereka sangat ditakuti.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah,
iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun.
Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat
siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan
kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim
Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka
senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang
ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.
22. Rijalul Isytiqaq
Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq, iaitu
mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang
di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di
siang hari dan di malam hari.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka
tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah
Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan syariat
Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat. Tindak
tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah. Sudah
tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak
terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula
jumlah mereka berkurangan.
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’. Jumlah
mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas
mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan
Allah.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah
mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya pula
berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi
pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan
kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka
dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah. Pokoknya, ibadah
merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka mengasingkan diri di
gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai.
Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka
meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah
di malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini
adalah tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat. Abu Muslim Al
Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa
letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya
seraya berkata: “Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang
ternakanku”.
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka
termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka
mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun,
sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah. Sayyid
Muhyiddin berkata: “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari
wali tingkatan ini”.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli ibadah di
masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu
hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya
berkata kepadanya: “Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan
pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah
tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab
Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, sebab
mengapa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan
makananmu dari harta yang haram?” Mendengar jawaban Syeikh Abdullah
seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kepada
Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi untuk mengabdikan
diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga beliau berkata: “Mintalah doa
kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya ia adalah seorang penguasa dan
seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak
dapat melaksanakannya”.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i.
Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir
laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka
mengasingkan diri.
Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir
sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: “Apakah ada di antara
hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?” Tiba-tiba ada seorang
yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada, wahai Abu Saud. Di
antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku
termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja
keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri
Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: “Ternyata
tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi.”
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka
termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh
Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani. Mereka
ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan mereka terlalu tinggi.
Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan
ada kalanya pula berkurangan.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ artinya
orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah
Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw:
“Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara
umat ini”. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia,
kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’. Mereka
ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini termasuk
orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran. Dan
mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk
di antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu
orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya
meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai tingkatan ini
disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta
kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang
berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka,
mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun,
iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits
Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah. Maka Umar
Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu
Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di
antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”.
Para wali yang tergolong dalam golongan ini senantiasa mendapat
bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril,
Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus
alam arwah atau alam malakut.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’. Mereka
adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka
lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak
terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’. Erti kata
As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas.
Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan Allah,
sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu
mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama,
pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar
beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka
mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi
kecintaannya kepada Allah.
CERITA TENTANG WALI-WALI ALLAH
Kisah Wali Allah yang Solat Di Atas Air
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli
perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas
kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan
diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki
yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terumbangambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di
atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu
melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali
Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak
memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil
lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.
Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil
berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini? “Wali itu berkata,
“Dekatkan dirimu kepada Allah.” Para penumpang itu berkata, “Apa yang
mesti kami buat?” Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu,
jiwamu akan selamat.” Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka.
Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah,
kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan
membaca Bismillah.”
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air
dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air
sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi
muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah
kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para
penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air
sambil melihat kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada peniaga
itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?” Wali Allah itu
berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.” Peniaga itu berkata lagi, “Wahai
wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat
harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah
kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?” Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali
Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada
Allah swt agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.Tidak
berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga
terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang
ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.
Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu
terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua
fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
KARAMAH
Karamah merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas ulama atau
wali Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal soleh,
ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan
mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat
menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa
memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat
kepadaNya. Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari
ini. Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah
atau kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu,
kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan
kasih sayang mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga
akhirnya mereka memperoleh darjat yang tinggi.
PENGERTIAN KARAMAH
Karamah berasal dari kata Ikraam yang mempunyai erti penghargaan dan
pemberian. Allah mengurniakan wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa
atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai
rahmat dari Allah dan bukan kerana hak mereka. Karamah biasa disebut
sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada
hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya.
Karamah itu diberikan sebagai suatu pembekalan ilmu atau sebagai ujian
bagi seorang wali. Dan karamah boleh terjadi tanpa sebab dan tanpa
adanya tentangan dari orang lain.
PENJELASAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN LUAR BIASA
Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara
luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia.
Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4
perkara yang dipuji dan 4 perkara yang dikeji dan menyalahi ajaran
Islam.
Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang
konsep dan perbezaan perkaraperkara tersebut, kadang-kala masyarakat
tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi
menjelaskan kekeliruan itu maka dijelaskan serba ringkas tentang
perkara-perkara tersebut, agar kita semua dapat membuat penilaian dengan
sebaik-baiknya.
Mukjizat
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi atau rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya.
Karamah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang hamba yang salih atau
wali, dan ia tidak mengaku sebagai seorang nabi atau rasul.
Ma’unah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan.
Ihaanah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang pembohong yang mengaku
sebagai nabi, seperti yang pernah diberikan kepada Musailamah Al
Kadzab. Ia pernah meludah di sebuah sumur dengan harapan agar airnya
bertambah banyak, tetapi pada kenyataannya airnya mengering, dan ia
pernah meludah pada mata seorang yang juling, agar matanya sembuh,
tetapi pada kenyataannya mata orang itu menjadi buta.
Istidraj
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku
sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan
kebohongannya.Menurut Ijma’, biasanya seorang yang mengaku sebagai nabi,
maka ia tidak akan diberi kejadian luar biasa.
Irhaas
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi meskipun ia belum
diutus, seperti adanya naungan awan bagi Rasulullah saw di masa
kecilnya.
Sihir
Suatu cara yang dapat menampilkan berbagai perbuatan yang aneh bagi yang
tidak mengerti seluk beluknya, tetapi seluk beluknya itu dapat
dipelajari.
Sya’wazah
Kejadian luar biasa yang biasa timbul di tangan seseorang, sehingga
menimbulkan pesona bagi yang melihatnya meskipun kejadian itu tidak
terjadi.
PERBEZAAN ANTARA KARAMAH DAN ISTIDRAJ
Seseorang yang menginginkan sesuatu, kemudian Allah memberinya, maka
pemberian itu tidak menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedudukan
mulia di sisi Allah, baik pemberian itu bersifat biasa ataupun tidak.
Kemungkinan pemberian itu merupakan anugerah dari Allah, tetapi
kemungkinan pula merupakan istidraj, iaitu pemberian sebagai ujian.
Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:
1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin
bertambah ingkar dan sesat dan pada akhirnya ia akan dimatikan dalam
keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.
Surah Al-Qalam :44
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”.
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan”
Surah Al-‘Araf: 99
Surah Ali ‘Imran: 54
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka”
Allah berfirman: “Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman,
padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak
merasakannya”.
Surah An-Nisaa’:142
Surah Al-Baqarah: 9
4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah: “Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa
pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi
hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya”
Surah Ali ‘Imran: 178
5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman: “Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang
diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang
mendadak”
Allah berfirman: “Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di
permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa
mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala
tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut”
Surah Al-‘Anam: 44
Surah Al-Qisas: 33
Dari ayat-ayat di atas, dapat kami simpulkan bahwa antara karamah dan
istidraj ada perbezaan. Seorang yang diberi karamah tidak pernah merasa
senang atas pemberian itu, bahkan ia makin bertambah takut kepada Allah,
sebab ia takut kalau pemberian karamah itu merupakan ujian atau
merupakan istidraj. Lain halnya dengan seorang yang diberi istidraj. Ia
makin maharajalela, kerana ia mendapat anugerah dan ia pun tidak takut
disiksa. Adapun kalau seseorang bergembira ketika ia diberi karamah,
maka ia termasuk orang yang melanggar. Ini disebabkan oleh beberapa
perkara antaranya :-
• Jika seorang diberi karamah, lalu ia bergembira, maka ia termasuk
orang yang menyimpang, kerana ia merasa berhak untuk mendapatkan
anugerah semacam itu disebabkan amal kebajikannya.
• Karamah adalah sesuatu yang di luar kebiasaan Sunnatullah. Seorang
yang diberi karamah, kemudian ia terlalu bangga dengan karamah yang
diperolehinya, bererti ia telah melanggar dan telah menyimpang dari
kebenaran.
• Seseorang yang berkeyakinan, bahwa ia berhak mendapat karamah kerana
amal kebajikannya, maka boleh dikatakan bahawa ia seorang yang bodoh.
Seharusnya ia merasa bahawa semua amal ibadah yang ia kerjakan merupakan
kewajipan baginya terhadap hak Allah. Seharusnya ia selalu merasa
kurang pengabdiannya kepada Tuhannya, tetapi kalau ia merasa puas, maka
ia termasuk orang yang bodoh.
• Seseorang yang diberi karamah, seharusnya ia merasa bahwa karamah yang
diberikan kepadanya hanya untuk menundukkan dirinya makin rendah
dihadapan Allah. Bila seseorang berlaku sebaliknya, maka sudah jelas
orang itu mirip dengan Iblis yang merasa sombong atas kemuliaan yang
diberikan kepada dirinya.
• Karamah itu adakalanya tidak menyebabkan seseorang menjadi mulia.
Seseorang yang bangga ketika mendapat karamah, maka ia terlalu
membesarkan sesuatu yang
biasa. Seseorang yang membesarkan sesuatu yang biasa, maka ia sama
dengan berbuat sesuatu yang sia-sia. Demikian pula, seorang wali yang
bangga dengan karamah, maka ia termasuk seorang yang rendah
kedudukannya.
• Seseorang yang sombong diri kerana kedudukannya, ia sama seperti Iblis
dan Firaun. Nabi saw bersabda: “Ada tiga perkara yang menyebabkan
kebinasaan seseorang. Yang terakhir adalah seorang yang membanggakan
kedudukan peribadinya”.
• Allah berfirman: “Maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu dan
jadilah engkau orang-orang yang berterima kasih. Dan sembahlah Tuhanmu
sampai engkau didatangi kematian”. Berdasarkan ayat di atas, seseorang
yang mendapat kurnia dari Allah, hendaknya ia selalu rajin menyembah
Allah dan mensyukuri semua nikmat yang ia terima, bukannya makin
bertambah ingkar.
• Ketika Nabi saw diberi pilihan untuk memilih, apakah beliau ingin
dijadikan sebagai seorang penguasa dan seorang Nabi, ataukah beliau
ingin dijadikan seorang
hamba dan seorang Nabi, maka beliau memilih pilihan yang kedua. Kerana
itu nama beliau selalu disebut di dalam tasyahud setiap muslim dalam
ucapan: “Wa asyhadu anna Muhammadan abduhu war rasuluh”.
• Seseorang yang selalu bergaul akrab dengan makhluk, maka ia tidak terlalu akrab bergaul dengan Khaliknya.
• Seseorang yang tidak takut dan tidak bertawakkal kepada Allah sudah
tentu ia tidak akan menjadi wali, apa lagi kalau ia selalu menyandarkan
hidupnya kepada dirinya atau kepada orang lain. Jika seseorang dapat
mendatangkan satu perbuatan atau kejadian yang luar biasa, pasti ia akan
mengikutinya dengan pengakuan bagi dirinya, tetapi ada juga yang tidak.
Bagi mereka yang dapat mengikuti dengan pengakuan bagi dirinya dan
dapat mendatangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang luar biasa,
adakalanya ia mengaku sebagai Tuhan, atau sebagai Nabi, atau sebagai
wali, atau sebagai ahli sihir. Dalam perkara ini dapat kita bahagikan
kepada empat bahagian :-
a. Ada yang mengaku sebagai Tuhan:
Ada kalanya orang yang dapat mendatangkan suatu perbuatan atau kejadian
yang luar biasa, maka ia mengaku sebagai Tuhan, seperti yang dilakukan
oleh
Firaun dan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Dalam keadaan seperti, ini sudah jelas, bahawa perbuatan orang itu adalah batil.
b. Ada pula yang mengaku sebagai Nabi:
Ini boleh berlaku pada dua kemungkinan, iaitu adakalanya pengakuannya
itu benar, tetapi adakalanya pengakuannya itu bohong. Jika pengakuannya
itu memang benar dan ia benar-benar nabi, maka ia harus mampu untuk
menunjukkan bukti kenabiannya, tetapi jika ia tidak mampu menunjukkan
buktinya, maka ia adalah seorang pembohong.
c. Ada yang mengaku sebagai seorang wali:
Dalam keadaan seperti ini ada yang boleh melakukannya, tetapi ada pula yang tidak mampu.
d. Ada yang mengaku sebagai ahli sihir:
Dalam situasi seperti ini ada kalanya orang-orangnya dapat membuktikan
kepandaiannya, tetapi kaum Mutazilah menolak pendapat ini. Seseorang
yang dapat mendatangkan perbuatan atau kejadian yang luar biasa tanpa
pengakuan bagi dirinya, adakalanya ia seorang wali yang diredhai oleh
Allah, tetapi adakalanya pula ia seorang fasik yang banyak dosanya. Ada
pula yang dapat mendatangkan berbagai kejadian luar biasa, tetapi ia
tidak termasuk orang yang taat kepada Allah, bahkan orang itu selalu
berbuat dosa dan maksiat. Kejadian luar biasa yang ia datangkan itu
disebutIstidraj, iaitu kelebihan yang diberikan kepadanya, agar dosanya
dan kejahatannya makin bertambah dan terus menerus, seperti yang
diberikan kepada Iblis dan syaitan.
TUJUAN KARAMAH
1. Dapat menambah keyakinan kepada Allah.
2. Untuk menguatkan kepercayaan masyarakat kepada seorang wali, seperti
yang terjadi pada masa-masa terdahulu. Berbeza halnya dengan masa-masa
terakhir. Kaum salaf salih tidak pernah memerlukan karamah sedikit pun.
3. Adanya karamah merupakan bukti anugerah atau pangkat yang diberikan
Allah kepada seorang wali, agar pengabdiannya tetap istiqamah.
DALIL-DALIL WUJUDNYA KARAMAH
Andaikata Allah swt tidak mahu memperlihatkan karamah bagi seorang
mukmin, mungkin kerana Allah swt memang tidak ingin melakukannya, atau
mungkin juga seorang mukmin itu memang belum pantas mendapatkan karamah.
Adapun kemungkinan pertama, dapat memberi penilaian yang tidak baik
terhadap takdir Allah swt, tentunya hal itu dapat menyebabkan ingkar
kepada Dzat Allah. Sedangkan kemungkinan yang kedua adalah tak mungkin,
sebab hal itu termasuk hal yang batil. Mengetahui Dzat Allah,
sifat-sifatNya, perbuatan-perbuatanNya, hukumhukumNya, nama-namaNya,
mencintaiNya, mentaatiNya dan senantiasa menyebutNya dan memujiNya,
tentunya hal itu lebih mulia dari sekedar memberi se-potong roti,
menundukkan seekor ular atau seekor singa.
Dalil dari Al-Quran
“Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati
makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu
memperoleh makanan ini?”. Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi
Allah”. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendakiNya tanpa perhitungan”
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makanlah, minumlah
dan bersenang hatilah kamu”
Siti Maryam bukanlah seorang nabi. Tentunya yang terjadi padanya,
seperti yang tertera pada ayat di atas, bukanlah suatu mukjizat, tetapi
suatu karamah.
“ Ashif Ibnu Barkhiya berkata: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.”
Seorang hamba yang salih yang bernama Ashif Ibnu Barkhiya mampu membawa
singgasana Ratu Balqis dari Yaman ke Syam hanya dalam waktu sekelip
mata. Padahal ia bukan seorang Nabi. Tentunya kemampuan luar biasa yang
dimilikinya adalah karamah.
Surah Al Imran: 37
Surah Maryam : 25-26
Surah An Naml: 40
“Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain
Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu
akan melimpahkan sebagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu
yang berguna bagimu dalam urusan kamu. Dan kamu akan melihat matahari
ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila
matahari terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada
dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari
tanda-tanda kebesaran Allah”
“Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan sembilan tahun”
Pemuda Ashabul Kahfi seramai tujuh orang berasal dari Syam. Mereka hidup
setelah masa Nabi Isa. Kerana mereka takut kehilangan imannya, maka
mereka bersembunyi di sebuah gua untuk sesaat, tetapi mereka ditidurkan
oleh Allah selama 300 tahun. Setelah itu mereka dibangunkan kembali.
Anehnya tubuh mereka tidak binasa dimakan masa, kerana itu para ulama
berpendapat bahwa mereka adalah para wali bukan para nabi.
Surah Al Kahfi: 16-17
Surah Al Kahfi: 25
“Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di
laut dan aku bertujuan merusaknya bahtera itu, kerana di hadapan mereka
ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”Dan adapun anak itu,
maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir
bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan
kekafiran.”
Surah Al Kahfi: 79
Dari Hadis Antara Karamah Umat Yang Terdahulu
Hadis Pertama
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a, beliau berkata :
“Rasulullah saw pernah bersabda: “Ada tiga lelaki tergolong di antara
orang-orang terdahulu. Pada suatu hari, ketika mereka berjalan di suatu
hutan, maka mereka bermalam di suatu gua. Setelah mereka masuk ke dalam
gua, tiba-tiba sebuah batu besar jatuh tepat di permukaan gua itu dan
menutupinya, sehingga mereka tidak dapat keluar. Kata salah seorang
daripada mereka: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu, kecuali jika
kamu berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan perbuatan baik kamu.
Salah seorang di antara mereka berkata: “Dahulu aku mempunyai ibu bapa
yang telah lanjut usia, dan aku tidak pernah makan malam sebelum mereka
makan. Pada suatu hari, keduanya sudah tidur ketika aku datang membawa
segelas air susu. Aku tidak ingin membangunka mereka. Aku menjaga
keduanya semalaman tanpa makan dan minum, dan aku tetap memegang gelas
susu itu hingga pagi. Ketika keduanya bangun, barulah kuberikan air susu
itu. Ya Allah, jika amalan salihku yang satu itu benar-benar ikhlas
untukMu, maka bebaskan kami dari batu besar ini”.
Dengan izin Allah, batu itu bergeser sedikit dari mulut gua,tetapi
mereka masih belum dapat keluar. Selanjutnya, orang yang kedua berkata:
“Dahulu, anak saudaraku termasuk orang yang paling aku cintai, aku
selalu menggodanya, agar ia cinta kepadaku, tetapi ia selalu menolak.
Pada suatu ketika, ia datang kepadaku dan minta bantuan wang. Aku ingin
membantunya, asalkan ia ingin bercinta denganku. Ia bersetuju dengan
permintaanku kerana terpaksa. Ketika aku hendak memperkosanya, maka ia
berkata: “Sebenarnya engkau tidak boleh memecahkan keperawananku,
kecuali dengan cara yang sah”. Maka aku segera meninggalkannya dan aku
tidak minta kembali wangku. Ya Allah, jika Engkau tahu, bahwa
perbuatanku itu keranaMu, maka selamatkanlah kami dari batu besar ini”.
Dengan izin Allah batu besar itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum
dapat keluar.
Selanjutnya orang yang ketiga berkata: “Dahulu aku mempunyai banyak
pegawai, aku selalu memberi upah mereka tepat pada waktunya, dan aku
tidak pernah merugikan mereka. Pada suatu kali salah seorang pegawaiku
meninggalkan tempatku tanpa meminta upahnya. Selanjutnya, upah itu aku
kembangkan dan aku belikan binatang ternak serta lembu abdi. Setelah
beberapa waktu binatang ternak itu berkembang menjadi besar. Sampai pada
suatu waktu ia datang kepadaku untuk meminta upahnya. Kataku: “Semua
binatang ternak dan lembu abdi yang kau lihat di lembah itu adalah
upahmu”. Kata lelaki itu: “Wahai hamba Allah, apakah engkau
mempermainkan aku”. Kataku: “Aku tidak mempermainkan kamu”. Maka ia
membawa pergi semua binatang ternak dan para abdi itu. Ya Allah, jika
perbuatanku benar-benar ikhlas keranaMu, maka bebaskanlah kami dari
himpitan batu besar ini”.
Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak, sehingga ketiga orang itu dapat keluar dengan selamat.
Hadis Hasan Sahih, Muttafaqun Alaih
Hadis Kedua
Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw. Pernah bersabda :
“Tidak ada seorang bayi yang dapat berbicara ketika masih dibuaian
ibunya, kecuali tiga orang, iaitu Isa putra Maryam as, seorang bayi di
masa Juraij An Nasik, dan seorang bayi lainnya. Tentang Isa putra
Maryam, kamu telah mengetahui kisahnya.
Tentang Juraij, ia adalah seorang ahli ibadah dari kalangan Bani Israil.
Ia mempunyai seorang ibu. Juraij gemar ibadah. Ketika ibunya rindu
kepadanya, maka ia memanggil nama Juraij. Tetapi Juraij tidak memenuhi
panggilan ibunya, ia hanya berkata: “Ya Allah, apakah sebaiknya aku
memenuhi panggilan ibuku, ataukah aku meneruskan ibadahku?” Ibunya
memanggilkannya sampai tiga kali, tetapi Juraij masih meneruskan
ibadahnya tanpa memenuhi panggilannya. Maka ibunya kecewa, sehingga ia
berdoa :
“Ya Allah, jangan Engkau matikan putraku itu sampai setelah Engkau
menemukannya dengan seorang wanita pelacur”. Kebetulan di tempat itu,
ada seorang wanita pelacur. Ia berkata: “Aku akan merayu Juraij sampai
ia berbuat zina denganku”. Maka ia mendatangi Juraij dan merayunya,
tetapi Juraij tidak mempedulikannya. Akhirnya wanita pelacur itu merayu
seorang petani yang kebetulan bermalam di samping tempat ibadah Juraij,
sampai ia hamil dari petani itu.
Selanjutnya ia mendatangi Juraij sambil membawa anak haramnya dari si
petani. Kemudian ia berkata kepada orang banyak: “Bayiku ini adalah dari
hasil hubungan gelapku dengan Juraij”. Mendengar ucapan wanita pelacur
itu, maka Bani Israil mendatangi tempat ibadah Juraij, kemudian mereka
menhancurkannya dan merejam Juraij secara beramai-ramai. Maka Juraij
melakukan solat dan ia berdoa. Kemudian ia menyentuh tubuh bayi itu
dengan jari telunjuknya seraya berkata:
“Wahai anak bayi, siapa ayahmu?” Anak bayi itu berkata: “Ayahku adalah
seorang petani”. Maka masyarakat Bani Israil menyesali perbuatannya
terhadap Juraij dan mereka minta maaf kepadanya. Mereka berkata: “Kalau
engkau mahu, kami akan membangun kembali tempat ibadahmu dari emas atau
perak, tetapi tawaran mereka ditolak, sehingga mereka membangunnya
kembali seperti semula. Itulah kisah bayi yang dapat berbicara di masa
Juraij.
Adapun kisah bayi yang lain, ada seorang wanita yang tengah menyusui
anak bayinya. Ketika ada seorang pemuda tampan lewat di depannya, maka
ibunya berkata: “Ya Allah, jadikan putraku ini seperti pemuda itu.” Maka
dengan spontan bayinya berkata: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku
seperti pemuda itu.” Selanjutnya ketika ada seorang wanita yang
tertuduh mencuri dan berzina sedang lewat di depan ibunya, maka ia
berkata: “Ya Allah, jangan Engkau jadikan putraku ini seperti wanita
itu”. Maka bayinya berkata: “Ya Allah, jadikan aku sepertinya”. Maka
ibunya bertanya: “Mengapa engkau berdoa seperti itu?” Bayinya berkata:
“Pemuda tampan yang lewat di sini tadi adalah seorang yang bengis dan
kejam dan aku tidak ingin menjadi sepertinya. Adapun si wanita yang
dituduh sebagai pencuri dan pelacur, sebenarnya ia bukan pencuri mahupun
pelacur, dan ia hanya berkata: “Aku hanya pasrahkan diriku kepada
Allah”.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
ANTARA KARAMAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
Pertama
Dari Abu Saeed Al-Khudri, beliau berkata : “Pada suatu malam ketika
Usaid ibnu Khudhair sedang membaca Al Qur’an di pekarangan rumahnya,
tiba-tiba kudanya melonjak-lonjak, sampai ia menghentikan bacaannya.
Kemudian ketika ia melanjutkan bacaannya lagi, anehnya, kudanya
melonjak-lonjak lagi, sampai ia menghentikan bacaannya. Kata Usaid:
“Maka aku takut kalau kudaku menginjak Yahya, putraku. Ketika aku
berdiri, tiba-tiba aku lihat di atas kepalaku ada naungan cahaya dan ia
membumbung ke atas lambat-lambat sampai menghilang dari pandanganku.
Kedua
Dari Aisyah r.a, beliau berkata :
“Abu Bakar Ash Shiddiq pernah memiliki dua puluh gantang buah kurma yang
diberikan kepadaku. Ketika saat kematiannya tiba, maka ia berkata;
“Wahai putriku, tidak seorang pun yang lebih kucintai dan lebih aku
takuti kesusahannya darimu, dulu aku pernah berikan kepadamu dua puluh
gantang buah kurma, kalau dulu telah engkau pakai, tentunya aku tak akan
mempersoalkannya, tetapi pada hari ini harta itu akan jadi harta waris
setelah aku tiada. Harta itu boleh engkau bagi dengan kedua saudara
lelakimu dan kedua saudara perempuanmu, bagilah harta waris itu menurut
hukum Kitabullah.” Kata Aisyah: “Maka aku berkata: “Wahai ayah, kami
tidak keberatan untuk membaginya, tetapi putrimu hanya Asma dan aku,
maka siapakah putrimu yang lain?” Kata Abubakar: “Kini ia masih dalam
perut ibunya, yaitu Habibah binti Kharijah ibnu Zaid, kulihat, ia adalah
perempuan.”
Setelah ia wafat, memang benar yang lahir adalah anak perempuan, ia diberi nama Ummu Kaltsum binti Abubakar.
Hadis riwayat Malik dalam kitab Al-Muwatha’
BAGAIMANA TERJADINYA KARAMAH
Tingginya kemahuan seorang wali untuk mengabdikan dirinya kepada Allah,
adakalanya menyebabkannya diberi karamah oleh Allah. Tetapi adakalanya
juga tidak. Adapun pemberian karamah adalah agar seorang wali semakin
menjaga dirinya, agar ia tidak salah langkah dan sikap terhadap Allah.
Jiwa manusia, meskipun ia tetap satu, tetapi berbeza dalam
pengkhususannya. Setiap jiwa mempunyai pengkhususan tersendiri yang
tidak dimiliki oleh lainnya. Jadi pengkhususan masing-masingnya adalah
fitrah. Jiwa para nabi mempunyai pengkhususan tersendiri yang mampu
mengenal Allah dengan sepenuhnya dan mampu berbicara dengan para
malaikat, kerana telah mendapat keizinan dari Allah. Pokoknya kemampuan
mereka adalah kurniaan Ilahi dan bantuan Rabbani.
Dalam hal ini, Ibnu Khaldun pernah berkata: “Jiwa para auliya’ mempunyai
pengaruh yang erat dengan alam semesta dan hal itu merupakan bantuan
dari Allah yang disesuaikan dengan kejernihan jiwa, kekuatan iman,
keteguhan mereka dengan agama Allah, sehingga seorang wali tidak akan
berbuat apapun, kecuali setelah mendapat perintah atau restu dari Allah.
Kalau ada di antara mereka yang berbuat sesuatu tanpa izin dari Allah,
maka karamahnya segera ditarik oleh Allah.”
Mukaddimah Ibnu Khaldun, jilid III hal 1148
Mukaddimah Ibnu Khaldun jilid III hal 1148
JENIS-JENIS KARAMAH
1. Pemberian
Karamah jenis ini, termasuk karamah yang tertinggi, sebab terjadinya
kerana pemberian Allah kepada seorang tanpa diminta lebih dulu.
2. Usaha Sendiri
Karamah jenis ini termasuk karamah yang diusahakan, misalnya terkabulnya sebuah doa seorang wali.
PEMBAHAGIAN KARAMAH
Pertama : Karamah Hissiyyah
Iaitu karamah yang dapat dirasa dan dilihat dengan mata, seperti dapat berjalan di atas air atau dapat terbang di udara.
Kedua : Karamah Ma’nawiyyah
Iaitu Istiqamahnya seseorang untuk mengabdi kepada Tuhannya, baik secara
zahir maupun batin. Karamah macam ini banyak diharapkan para wali-wali
Allah. Kata mereka: “Istiqamah lebih baik dari seribu karamah.”
Syeikh Abul Abbas Al Mursi pernah berkata: “Seorang wali besar, bukanlah
seorang yang dapat memperdekatkan jarak yang jauh. Yang termasuk wali
besar adalah seorang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya di hadapan
Tuhannya.”
Jika seorang wali hanya berharap mendapat karamah, maka wali itu tidak
termasuk wali yang berperingkat tinggi. Ibnu Athaillah pernah
berkata:“Kemahuan yang tinggi tidak sampai menembusi tembok-tembok
takdir.”
Maksud ucapan itu adalah karamah tidak akan bertentangan dengan
ketetapan takdir. Sebab, semua yang terjadi di alam semesta, baik yang
biasa mahupun yang luar biasa sumbernya dari takdir Allah swt. Pada
umumnya, kemahuan seorang wali tidak akan bertentangan dengan takdir
Allah.
Abu Hurairah menyebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Adakalanya
seorang hina yang biasa ditolak bila mengetuk pintu orang, namun jika ia
berdoa, pasti terkabul.”
Lathaiful Minan
Syarah Al Hikam
Hadis riwayat Muslim
Di lain kesempatan Rasulullah saw bersabda:
“Takutlah kamu dengan firasat seorang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Thabrani, Ibnu Adi dan An Najar di dalam kitab At Tarikh
CONTOH-CONTOH KARAMAH
1. Dapat Menghidupkan Mayat
Imam Taajus Subki memberi contoh karamah Abi Ubaid Al Busri. Beliau
pernah berdoa kepada Allah agar kudanya yang mati ditengah medan perang
dihidupkan kembali. Doa beliau terkabul dan kuda Abi Ubaid akhirnya
hidup kembali.
Pernah Mifraj Ad Damamini berkata kepada anak burung yang telah
dipanggang: “Terbanglah wahai burung dengan izin Allah”. Ucapan beliau
terkabul dan burung itu hidup kemudian terbang.
Syeikh Ahdal pernah memanggil kucing yang telah mati. Akhirnya kucing itu hidup dan datang kepada Syeikh Ahdal.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata kepada seekor ayam yang
baru di makan dagingnya: “Hai ayam hiduplah kau dengan izin Zat yang
dapat menghidupkan tulang belulang”.
Dengan izin Allah, tulang belulang tersebut berubah wujudnya menjadi ayam kembali.
Pernah Abi Yusuf Dahmani berkata kepada seorang mayat:
“Hai fulan, hiduplah dengan izin Allah”. Ucapan beliau terkabul sehingga mayat itu hidup kembali selama beberapa waktu.
Imam Subki pernah bercerita: “Aku pernah dengar kisah Syeikh Zainuddin
Al Faruqy Asy Syafi’i, bahawa pada suatu hari ada seorang anak kecil
jatuh dari atap rumahnya lalu mati. Ketika Syeikh Zainuddin melihat
kejadian itu, beliau berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah, anak
kecil yang mati itu hidup kembali.
Selanjutnya Imam Subki berkata: “Sesungguhnya kejadian semacam itu tidak
terhitung banyaknya. Dan aku yakin benar adanya karamah seperti itu.
Hanya saja yang belum pernah kudengar adanya seorang wali yang dapat
menghidupkan orang Mati yang telah lama atau yang sudah menjadi tulang
belulang. Yang kami dengar hanyalah pada diri sebagian Nabi di zaman
dulu.Dan itu pun merupakan suatu mukjizat baginya. Bukan termasuk jenis
karamah. Yang mungkin terjadi pada diri seorang Nabi terdahulu adalah
menghidupkan suatu kaum yang telah mati beberapa abad, kemudian mereka
dihidupkan.
Dengan izin Allah kaum itu hidup selama beberapa waktu. Yang tidak
mungkin terjadi dimasa ini adalah adanya seorang wali yang menghidupkan
Imam Syafi’i atau Abu Hanifah, kemudian keduanya dapat hidup lama dan
bergaul dengan masyarakat seperti pada waktu sebelumnya.
2. Berbicara Dengan Orang Mati
Jenis karamah seperti ini lebih banyak dari jenis karamah di atas.
Tentang hal ini Imam Subki memberi contoh karamah Syeikh Abu Said Al
Kharaz dan karamahnya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Dan kisah karamah
ayahnya, Syeikh Taqiuddin As Subki.
3. Berubahnya Sesuatu Menjadi Bentuk Yang Lain
Jenis karamah ini pernah terjadi pada diri Syeikh Isa Al Hataar Al
Yamani. Disebutkan bahawa ada seorang ingin menguji karamah Syeikh Isa
Al Hattar. Ia menyuruh pelayannya membawa dua botol minuman keras kepada
beliau. Setelah kedua botol itu diterima oleh Syeikh Isa, maka ia
menuang isi kedua botol itu seraya berkata kepada sebilangan orang yang
ada di sisinya: “Minumlah minyak samin ini”. Maka minuman keras yang ada
di kedua botol itu berubah menjadi minyak samin yang rasanyaamat lazat.
Kisah karamah jenis ini sering terjadi.
4. Jarak Jauh Menjadi Dekat:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri seorang wali yang berada di
Masjid kota Tursus (Turki). Wali tersebut pernahtergerak dalam hatinya
ingin pergi ke Masjidil Haram, kemudian beliau memasukkan kepalanya
dikantungnya lalu mengeluarkannya kembali. Maka dengan izin Allah, wali
itu telah berada di Masjidil Haram . Kisah semacam ini pada umumnya
dikisahkan secara berurutan dari orang-orang yang dapat dipercaya.
6. Berbicara Dengan Benda Dan Binatang:
Karamah seperti ini tidak dapat diragukan kewujudannya. Karamah ini
pernah terjadi pada diri seorang Sufi yang bernama Ibrahim Bin Adham.
Beliau pernah mendengar suara dari pohon delima yang minta dimakan.
Ketika Ibrahim Bin Adham makan buahnya, tiba-tiba pohon itu bertambah
tinggi dan buahnya yang masam berubah jadi manis, serta dapat
menghasilkan dua kali setiap tahun.
7. Dapat Menyembuhkan Penyakit:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada Syeikh Sirri As-Saqathi. Seorang
pernah menemuinya ketika beliau sedang menyembuhkan orang yang sakit
kusta dan buta. Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata kepada seorang
anak yang sakit lumpuh, buta dan kusta: “Berdirilah engkau dengan izin
Allah”. Dengan izin Allah, maka anak tersebut segera bangun tanpa suatu
cacat pun.
8. Ditakuti binatang
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri Abu Said ibnu Abil Khair Al
Maihani. Singa dan binatang yang lain takut kepadanya. Ada pula
sebahagian wali yang dipatuhi segala benda seperti yang terjadi pada
diri Syeikhul Islam Izzudin Ibnu Abdis Salam beliau pernah berkata
kepada angin di waktu peperangan antara kaum Muslimin dan umat Nasrani:
“Hai angin terbangkan musuh-musuh kami”. Dengan izin Allah kaum Nasrani
diterbangkan angin dan dilempar ke tanah sampai binasa.
9. Waktu lebih cepat dan waktu lebih panjang
Karamah seperti ini sukar diterangkan kepada orang awam hanya saja orang
terdahulu semuanya mempercayai akan terjadinya panjangan dan singkatnya
waktu. Karamah seperti ini banyak terjadi.
11. Terkabulnya Segala Doa.
12. Dapat Menahan Lisan Seseorang Yang Sedang Berbicara.
13. Diberitahu Tentang Sesuatu Yang Akan Terjadi Dan Diperlihatkan Sesuatu Yang Tersembunyi.
15. Dapat Menahan Lapar dan Minum Dalam Waktu Yang Panjang.
16. Dapat Menjalankan Sesuatu Dengan Kehendaknya.
Karamah seperti ini banyak di alami oleh para wali. Diriwayatkan bahawa
sebahagian wali ada yang diikuti oleh hujan. Salah seorang dari mereka
bernama Syeikh Abul Abbas As Syatir, ia sering menjual hujan dengan
harga beberapa dirham. Kisah semacam ini banyak terjadi, sehingga sukar
untuk dimungkiri kewujudannya.
17. Mampu Untuk Makan Banyak
18. Terjaga Dari Makanan Yang Haram
Karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang bernama Al
Haritsul Muhasibi, iaitu ketika beliau mendengar suara dari makanan yang
hendak dimakannya, bahawa makanan itu diperolehi dengan cara yang
haram. Setelah beliau mengerti bahawa makanan itu adalah makanan haram,
maka segera beliau meninggalkan makanan itu.
19. Dapat Melihat Dari Belakang Hijab:
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang bernama
Abu Ishak As-Syirazi. Beliau dapat melihat Ka’bah sedangkan beliau
berada di kota Baghdad.
20. Diberi Kehebatan Dan Kebesaran Peribadi
Adakalanya seorang wali diberi kehebatan peribadi yang dapat menyebabkan
kematian orang tertentu ketika ia melihat diri wali tersebut. Hal ini
pernah terjadi pada seorang pembesar yang mati ketika berhadapan dengan
Abu Yazid Al Busthami. Adakalanya seorang yang berhadapan dengan seorang
wali seperti ini, maka ia akan tunduk, bahkan akan mengakui apa sahaja
yang tersembunyi dalam hatinya. Kejadian seperti ini banyak terjadi.
21. Diberi Perlindungan
Mendapat perlindungan Allah dari segala kejahatan yang akan menimpa.
Bahkan kejahatan yang semula direncanakan itu akan berbalik jadi
kebaikan. Hal ini terjadi pada diri Imam Syafi’I apabila beliau akan
dihukum oleh khalifah Harun Rasyid, tetapi akhirnya dengan izin Allah
beliau dibebaskan.
22. Dapat Berubah Bentuk
Karamah seperti ini dikenali di kalangan ahli Sufi dengan “Alamul
Mithsal, iaitu antara alam yang nyata dan alam arwah. Orang yang yang
mendapat karamah seperti ini dapat berubah bentuk dan berpindah tempat
dengan bebas. Karamah seperti jenis ini pernah di alami oleh seorang
wali yang bernama Qadhibul Bani. Orang yang tidak mengenal beliau akan
menyangkanya tidak pernah melakukan solat dan ia membencinya.
Pada suatu hari, ketika beliau dicela oleh seorang yang menyangkanya
tidak pernah melakukan solat, di saat itu Allah memperlihatkan
karamahnya, sehingga beliau dapat berubah dalam beberapa bentuk yang
menunjukkan bahawa beliau sedang melakukan solat. Beliau bertanya :
“Dalam gambaran atau bentuk manakah yang kamu lihat aku tidak solat?”
Perkara serupa ini pernah terjadi pula pada seorang wali yang pernah
dilihat oleh seorang ketika beliau sedang berwudhu di Masjid Sayufiah di
Cairo. Orang itu menegur: “Hai orang tua, nampaknya cara kamu berwudhu
itu tidak tertib”. Jawab si wali: “Aku tidak pernah berwudhu dengan cara
yang tidak tertib. Hanya saja anda tidak dapat melihatku, kalau anda
dapat melihat, pasti kamu akan melihat ini”. Beliau berkata demikian
sambil memegang tangan orang itu, sampai ia dapat melihat Ka’bah,
kemudian beliau membawanya ke Mekkah dan menetap di sana selama beberapa
tahun.
23. Dibukakan Segala Sumber Kekayaan Bumi
Jenis karamah seperti ini pernah dialami oleh Abu Turab, ketika beliau
menghentakkan kakinya ke bumi, maka Allah mengeluarkan air dari tanah
itu. Kata Imam Subki: “Di antara jenis karamah seperti ini ialah
terpancarnya sumber mata air di musim kemarau dan bumi tunduk pada
seorang yang memukulkan kakinya ke bumi”. Pernah diceritakan bahawa ada
seorang yang berjalan ke kota Mekkah untuk berhaji. Dalam perjalanan itu
ia merasa haus sekali. Namun ia tidak mendapat seteguk air pun.
Kemudian ia menemui seorang fakir yang bertongkat. Tepat di tempat itu
terpancarlah sumber mata air yang dapat memberikan minuman kepada para
jemaah haji yang sedang lewat di tempat itu. Semua jemaah haji yang
lewat di tempat itu membekali dirinya dengan air yang terpancar di bawah
tongkat si fakir.
24. Diberikan Kemampuan Untuk Mengarang Berpuluh-Puluh Karangan Dalam Masa yang Singkat
Biasanya pekerjaan seberat itu tidak mungkin dilaksanakan oleh seorang
yang banyak disibukkan dalam pembahasan berbagai macam ilmu pengetahuan.
Adakalanya untuk menulis sebuah karangan sahaja seorang akan
menghabiskan seluruh umurnya. Apalagi akan menulis berpuluh-puluh buah
karangan dalam waktu yang sangat singkat. Karamah semacam ini termasuk
jenis karamah waktu dapat menjadi panjang. Jenis karamah ini pernah
dialami oleh Imam Syafi’I Rahimullah. Beliau mampu mengarang
berpuluh-puluh kitab, padahal sebenarnya waktunya tidak akan cukup untuk
melakukan hal itu, disebabkan kesibukan beliau sehari-harinya untuk
mengkhatamkan Al Qur’an setiap harinya dengan bacaan yang penuh oleh
tadabbur dan di bulan Ramadhan pun beliau dapat mengkhatamkannya dua
kali setiap harinya.
Di samping itu, beliau juga disi-bukkan oleh banyaknya memperdalami ilmu
pengetahuan, memberikan pelajaran, berzikir dan banyaknya penyakit yang
dialaminya. Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau menderita tiga
puluh macam penyakit. Karamah semacam ini dialami juga oleh Imamul
Haramain Abul Ma’ali Al Juwaini. Dengan umur yang tidak panjang, beliau
mampu mengarang beberapa buah kitab. Sebenarnya umur yang sependek itu
tidak akan cukup untuk mengarang berpuluh-puluh kitab disebabkan
kesibukan beliau dalam belajar dan mengajar serta berzikir.
Jenis karamah seperti ini diberikan juga kepada seorang wali yang mampu
mengkhatamkan Al Quran sebanyak lapan kali dalam sehari. Imam Nawawi
juga diberi Allah kemampuan untuk mengarang berpuluh-puluh kitab dalam
waktu singkat. Sebenarnya umur beliau yang sedemikian itu tidak cukup
untuk mengarang kitab sebanyak itu. Ditambah lagi dengan berbagai macam
ibadah yang beliau lakukan setiap harinya. Karamah seperti ini diberikan
juga kepada Imam Taqiuddin As Subki. Beliau mampu menulis
berpuluh-puluh kitab. Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup
untuk menulis kitab sebanyak itu disebabkan beliau sangat sibuk memberi
pengajaran, tekun beribadat, banyak membaca Al Quran dan berzikir.
Sebenarnya jika kita hitung pekerjaan besar yang dikerjakannya dengan
umurnya yang singkat, pasti tidak cukup untuk memenuhi sepertiganya,
namun Allah memberinya barakah dalam umur, sehingga beliau dapat
merampungkan segala tugas besar dipikulnya.
25. Terhindar Dari Terkena Racun
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang diancam
oleh seorang raja zalim. Raja zalim itu berkata: “Tunjukkanlah padaku
bukti kebenaranmu, jika tidak, aku akan hukum kamu”. Pada waktu itu si
wali melihat dekatnya kotoran unta. Maka ia berkata: “Lihatlah itu”.
Tiba-tiba kotoran unta itu jadi sebungkal emas. Kemudian ia melihat
sebuah tempat air yang tidak ada airnya. Si wali itu melemparkan tempat
air yang kosong itu ke udara. Ketika tempat air itu jatuh tiba-tiba
telah berisi air penuh dan tempat air itu terjungkir. Namun air yang di
dalamnya tidak tertumpah setitik pun. Melihat kejadian tersebut raja itu
hanya berkata: “Ini hanyalah perbuatan sihir belaka”.
Kemudian raja memerintahkan untuk melemparkan si wali ke dalam api yang
bernyala-nyala. Tidak lama si wali tersebut segera keluar dan menarik
putera raja yang masih kecil ke tengah api yang sedang menyala. Melihat
kejadian ini raja hampir jadi gila, kerana putera satu-satunya diseret
ke tengah api yang sedang menyala. Setelah beberapa saat, si wali keluar
bersama putera raja itu dari api, sedang ditangan kanan putera raja itu
memegang buah apel dan dikirinya memegang buah delima. Raja bertanya
pada puteranya: “Wahai puteraku, dari mana kamu tadi?” Jawab si putra:
“Aku dapat dari sebuah kebun”.Mendengar keterangan putera raja itu para
pembesar kerajaan hanya berkata: “Itu hanyalah suatu sihir belaka”.
Kemudian raja berkata kepada si wali: “Jika kamu dapat minum racun ini,
aku akan percaya padamu”. Setelah itu, si wali minum racun itu. Namun ia
tidak mati hanya bajunya sahaja yang koyak. Kemudian ditambah lagi
meminum racun. Setiap kali minum racun ia tetap hidup hanya bajunya saja
yang koyak-koyak. Pada terakhir kali ketika ia diberi minuman racun
lagi bajunya tidak koyak dan ia pun selamat.
Di antaranya pula ada yang dibukakan baginya alam ghaib di hadapan
pandangan matanya, sehingga ia dapat melihat apa saja yang terselubung
di sebalik dinding, bahkan ia dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh
orang dirumahnya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah kasyaf.
Misalnya jika seorang wali mendatangi rumah seorang yang telah berbuat
zina atau mabuk atau mencuri atau berbuat maksiat, maka wali itu dapat
mengetahuinya, seperti yang terjadi pada Syeikh Ibnu Arabi. Mukasyafah
semacam ini dikhususkan bagi mereka yang hidup secara wara’. Di
antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui gerak geri
orang, misalnya seorang wali bergerak hatinya ingin bertemu dengan
gurunya, maka gurunya segera hadir di hadapannya.
Ada pula jenis karamah berupa didatangkannya sebuah pohon kepada seorang
wali, kemudian wali itu menikmati buah dari pohon yang hadir di
hadapannya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui
segala jenis batu-batu mulia dan logam-logam mulia yang ada di perut
bumi, meskipun demikian, seorang wali yang diberi karamah jenis ini
tidak memperdulikan sedikit pun tentang harta kekayaan yang terpendam
itu.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa ilmu yang dapat
memahami segala ucapan benda-benda yang mati, sehingga seorang wali yang
diberi karamah seperti ini, ia dapat mendengar ucapan tasbih
benda-benda yang mati. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat
mengetahui segala rahsia benda-benda yang hidup. Di antaranya pula ada
yang diberi karamah segala macam ilmu pengetahuan, baik yang berupa
ilmu-ilmu zahir mahupun ilmu-ilmu bathin. Seorang yang diberi karamah
berupa ini, ia akan dapat memahami berbagai macam persoalan dunia dan
akhirat. Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa
tingkatantingkatan Al Quthbiyah. Di antaranya pula ada yang diberi
karamah pengetahuan dan kasyaf, sehingga dapat membezakan mana-mana
pendapat mazhab-mazhab yang benar.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melihat dan mendengar
hal-hal yang ghaib, sehingga antara yang terang dan yang terselubung
tidak ada beza baginya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat
berbicara dengan makhluk alam malakut dan dapat mendengar guratanguratan
pena di Lauh Mahfuz. Di antaranya pula ada yang diberi karamah tidak
tersentuh makanan, minuman dan pakaian yang berasal dari hasil syubhat,
apa lagi yang haram. Jenis karamah ini, biasanya si wali diberi tanda
tertentu oleh Allah jika ada makanan, minuman dan pakaian dari hasil
syubhat yang menyentuh dirinya. Di antara yang mendapat karamah macam
ini adalah ibunya Abu Yazid Al Bustami. Setiap kali ia mendapat makanan
atau minuman yang syubhat, maka tangannya berpeluh dan gementar,
sehingga ia harus menjauhi makanan dan minumannya.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa makanan atau minuman
sedikit yang dihidangkan dapat menjadi banyak. Karamah ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abu Abdullah At Tawudi ketika ia menyuruh
kawannya ke tukang jahit, maka ia mengeluarkan sepotong kain yang sempit
dari balik bajunya, kemudian ia menyuruh kawannya untuk membawanya ke
tukang jahit seraya berkata: “Dari kain yang sempit ini buatlah pakaian
yang cukup untuk beberapa orang”. Nyatanya kain yang sedemikian sempit
itu dapat mencukupi pakaian untuk beberapa orang.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat menjadikan air masin
atau payau menjadi air tawar dan segar. Karamah seperti ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abdullah Ibnul Ustad Al Marwazi sahabat Syeikh
Abu Madyan. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat berjalan di
atas udara seperti ketika ia berjalan di atas bumi. Di antaranya pula
ada yang diberi karamah dapat berkata-kata dengan makhluk alam arwah,
sehingga ia dapat mengetahui keadaan mereka yang sudah wafat, walaupun
telah wafat bertahuntahun. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
dapat melenyapkan dirinya dari alam wujud ke alam ghaib, sehingga ia
dapat menghilang dari suatu majlis tanpa pengetahuan mereka yang hadir.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melangkahi bumi yang
luas hanya dengan satu langkah atau hanya dengan sekejap mata, sehingga
ia dapat solat Zuhur di Mekkah, kemudian solat Asar di tanah
kelahirannya.
Inilah beberapa contoh karamah yang diberikan oleh Allah kepada para
wali Allah untuk membuktikan kekuasaan Allah pada para makhluk Allah
yang tidak percaya akan wujudnya karamah
MENGAPAKAH KITA MESTI MENGENALI WALI ALLAH DAN KARAMAH MEREKA?
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.’
(Yusuf : 111)
Kandungan Al-Quran berkisar mengenai keseluruhan aspek kehidupan
termasuk hukum, peradaban, perekonomian, kisah-kisah dan banyak lagi.
Antara isi yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan kisah-kisah
kehidupan para Nabi-Nabi, kehidupan ummat-ummat terdahulu serta
pengajaran-pengajaran yang terdapat didalam kisah mereka.
Apabila kita membahaskan tentang kewalian serta karamah mereka, tidak
mungkin kita mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan Rasul
serta Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi Musa
serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita
Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran
perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman a.s. Kisah Nabi
Khidhir dan cara beliau menuntun Nabi Musa menjadi iktibar kepada kita.
Maka tentu sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita
berkunjung pula kepada kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan
Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan kelebihan serta karomah mereka.
Kisah Siti Mariam serta makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi
dan tidur mereka yang lama dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika
Al-Quran telah mengisikan kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi
kewajiban kitalah mengenali orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai
mereka yang soleh yang dikasihi Allah s.w.t.
Maksud ini, membuktikan kepentingan mengenali para kekasih Allah serta
keperibadian dan kelebihan mereka. Ajakan Nabi Muhammad s.a.w. kepada
Saidina Umar dan Saidina Ali untuk mencari Uwais Al-Qarni menguatkan
kepentingan mengenali mereka yang dekat dengan Allah. Imam Al-Ghazali,
Hujjatul Islam sendiri, menggalakkan berteman dengan mereka yang dekat
dengan Allah serta mengikuti peribadi mereka. Kehidupan para ulama
termasyhur seperti Syekh Abdul Qadir Jailani, Imam As-Syafi’e dan
lain-lain membuktikan kepada kita kepentingan mengenali orang-orang
soleh serta karamah mereka yang merupakan pemberian murni dari Allah
s.w.t. disebabkan kesolehan, keperibadian dan perjuangan mereka.
KESIMPULAN
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereika itu adalah
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”
Terceduklah sudah sedikit dari khazanah Allah s.w.t. didalam kita
membicarakan kehidupan para wali Allah serta karamah mereka. Mungkin
kini, selepas ilmunya dapat kita ceduk, marilah kita bertafakkur,
berusaha serta menghulurkan tangan kita kepada Allah s.w.t. supaya kita
ini tergolong dalam golongan mereka yang mengenali wali-wali Allah dan
mendapatkan inayah Allah mendekati diri kepada Allah s.w.t.