Jumlah karomah yang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani banyak sekali:
Syaikh Abil Abbas Ahmad ibn Muhammadd ibn Ahmad al-Urasyi al-Jily: berkata
Pada suatu hari, aku telah menghadiri majlis asy-Sayikh Abdul Qodir
al-Jilani berserta murid-muridnya yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor
ular besar di pangkuan asy-Syaikh. Maka orang ramai yang hadir di majlis
itu pun berlari tunggang langgang, ketakutan. Tetapi asy-Syaikh
al-Jilani hanya duduk dengan tenang saja. Kemudian ular itu pun masuk ke
dalam baju asy-Syaikh dan telah merayap-rayap di badannya. Setelah itu,
ular itu telah naik pula ke lehernya. Namun, asy-Syaikh masih tetap
tenang dan tidak berubah keadaan duduknya.
Setelah beberapa waktu berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh
dan ia telah seperti bicara dengan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani .
Setelah itu, ular itu pun ghaib.
Kami pun bertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani tentang apa
yang telah dipertuturkan oleh ular itu. Menurut beliau ular itu telah
berkata bahwa dia telah menguji wali-wali Allah yang lain, tetapi dia
tidak pernah bertemu dengan seorang pun yang setenang dan sehebat
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani .
Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh sedang mengajar murid-muridnya di
dalam sebuah majlis, seekor burung telah terbang di udara di atas majlis
itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang telah mengganggu majlis itu.
Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun berkata, “Wahai angin, ambil
kepala burung itu.” Seketika itu juga, burung itu telah jatuh ke atas
majlis itu, dalam keadaan kepalanya telah terputus dari badannya.
Setelah melihat keadaan burung itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun
turun dari kursi tingginya dan mengambil badan burung itu, lalu
disambungkan kepala burung itu ke badannya. Kemudian asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jilani telah berkata, “Bismillaahirrahmaanirrahim.” Dengan
serta-merta burung itu telah hidup kembali dan terus terbang dari tangan
asy-Syaikh.
Maka takjublah para hadirin di majlis itu karena melihat kebesaran Allah yang telah ditunjukkanNya melalui tangan asy-Syaikh.
Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah, seorang lelaki dari kota
Baghdad (dikatakan oleh sesetengah perawi bahawa lelaki itu bernama Abu
Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Baghdadi) telah
datang bertemu dengan asy-Syaikh Jilani, berkata, bahwa dia mempunyai
seorang anak dara cantik berumur enam belas tahun bernama Fatimah. Anak
daranya itu telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh
seorang jin.
Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun menyuruh lelaki itu pergi pada
malam hari itu, ke suatu tempat bekas rumah roboh, di satu kawasan lama
di kota Baghdad bernama al-Karkh.
“Carilah bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan
satu bulatan sekelilingmu di atas tanah. Kala engkau membuat garisan,
ucapkanlah “Bismillah, dan di atas niat asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
” Apabila malam telah gelap, engkau akan didatangi oleh beberapa
kumpulan jin, dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk. Janganlah engkau
takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula raja jin
dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanya hajatmu. Katakan
kepadanya yang aku telah menyuruh engkau datang bertemu dengannya.
Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah menimpa anak
perempuanmu itu.”
Lelaki itu pun pergi ke tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani itu. Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin
yang cuba menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa
untuk melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telah datang
bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya,
datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah
disertai oleh satu angkatan yang besar dan hebat rupanya.
Raja jin itu telah memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan
telah bertanya kepada lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?”
Lelaki itu telah menjawab, “Aku telah disuruh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani untuk bertemu denganmu.”
Begitu mendengar nama asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani diucapkan oleh
lelaki itu, raja jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup
bumi. Kemudian raja jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan
seluruh anggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu telah
bertanyakan masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak
daranya yang telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita
lelaki itu, raja jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang
bersalah itu. Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin
itu, seorang jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara
manusia yang telah diculiknya.
Raja jin itu telah bertanya, “Kenapakah engkau sambar anak dara manusia
ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan al-Quthb
?”
Jin lelaki dari negara Cina itu telah mengatakan yang dia telah jatuh
berahi dengan anak dara manusia itu. Raja jin itu pula telah
memerintahkan agar dipulangkan perawan itu kepada bapanya, dan jin dari
negara Cina itu pula telah dikenakan hukuman pancung kepala.
Lelaki itu pun mengatakan rasa takjubnya dengan segala perbuatan raja
jin itu, yang sangat patuh kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.
Raja jin itu berkata pula, “Sudah tentu, karena asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat.
Dan mereka semua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi,
karena telah lari dari sebab kehebatannya. Allah Ta’ala telah menjadikan
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani bukan saja al-Qutb bagi umat manusia,
bahkan juga ke atas seluruh bangsa jin.”
Telah bercerita asy-Syaikh Abi ‘Umar ‘Uthman dan asy-Syaikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq al-Huraimy:
Pada 3 hari bulan Safar, kami berada di sisi asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani Pada waktu itu, asy-Syaikh sedang mengambil wudu dan memakai
sepasang terompah. Setelah selesai menunaikan solat dua rakaat, dia
telah bertempik dengan tiba-tiba, dan telah melemparkan salah satu dari
terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sampai tak nampak lagi oleh
mata. Selepas itu, dia telah bertempik sekali lagi, lalu melemparkan
terompah yang satu lagi. Kami yang berada di situ, telah melihat dengan
ketakjubannya, tetapi tidak ada seorang pun yang telah berani menanyakan
maksud semua itu.
Dua puluh tiga hari kemudian, sebuah kafilah telah datang untuk
menziarahi asy-Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilany. Mereka (yakni para anggota
kafilah itu) telah membawa hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas
dan perak. Dan yang anehnya, termasuk juga sepasang terompah. Apabila
kami amat-amati, kami lihat terompah-terompah itu adalah
terompah-terompah yang pernah dipakai oleh asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani pada satu masa dahulu. Kami pun bertanya kepada ahli-ahli
kafilah itu, dari manakah datangnya sepasang terompah itu. Inilah cerita
mereka:
Pada 3 haribulan Safar yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu
perjalanan, kami telah diserang oleh satu kumpulan perompak. Mereka
telah merampas kesemua barang-barang kami dan telah membawa
barang-barang yang mereka rampas itu ke satu lembah untuk dibagi-bagikan
di antara mereka.
Kami pun berbincang sesama sendiri dan telah mencapai satu keputusan.
Kami lalu menyeru asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani agar menolong kami.
Kami juga telah bernazar apabila kami sudah selamat, kami akan
memberinya beberapa hadiah.
Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan yang amat kuat, sehingga
menggegarkan lembah itu dan kami lihat di udara ada satu benda yang
sedang melayang dengan sangat laju sekali. Beberapa waktu kemudian,
terdengar satu lagi bunyi yang sama dan kami lihat satu lagi benda
seumpama tadi yang sedang melayang ke arah yang sama.
Selepas itu, kami telah melihat perompak-perompak itu berlari
lintang-pukang dari tempat mereka sedang membagi-bagikan harta rampasan
itu dan telah meminta kami mengambil balik harta kami, karena mereka
telah ditimpa satu kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat itu. Kami lihat
kedua orang pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi mereka pula, ada
sepasang terompah. Inilah terompah-terompah itu.
Telah bercerita asy-Syaikh Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada mulanya aku memang tidak suka kepada asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani. Walaupun aku merupakan seorang saudagar yang paling kaya di
kota Baghdad waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas
hati.
Pada suatu hari, aku telah pergi menunaikan solat Jum’at. Ketika itu,
aku tidak mempercayai tentang cerita-cerita karomah yang dikaitkan pada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Sesampainya aku di masjid itu, aku
dapati beliau telah ramai dengan jamaah. Aku mencari tempat yang tidak
terlalu ramai, dan kudapati betul-betul di hadapan mimbar.
Di kala itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani baru saja mulai untuk
khutbah Jumaat. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jilani yang telah menyinggung perasaanku. Tiba-tiba, aku
terasa hendak buang air besar. Untuk keluar dari masjid itu memang sukar
dan agak mustahil. Dan aku dihantui perasaan gelisah dan malu,
takut-takut aku buang air besar di sana di depan orang banyak. Dan
kemarahanku terhadap asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun bertambah dan
memuncak.
Pada saat itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah turun dari atas
mimbar itu dan telah berdiri di hadapanku. Sambil beliau terus
memberikan khutbah, beliau telah menutup tubuhku dengan jubahnya.
Tiba-tiba aku sedang berada di satu tempat yang lain, yakni di satu
lembah hijau yang sangat indah. Aku lihat sebuah anak sungai sedang
mengalir perlahan di situ dan keadaan sekelilingnya sunyi sepi, tanpa
kehadiran seorang manusia.
Aku pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku mengambil wudlu.
Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, dan tiba-tiba diriku
telah berada ditempat semula di bawah jubah asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani. Dia telah mengangkat jubahnya dan menaiki kembali tangga
mimbar itu.
Aku sungguh-sungguh merasa terkejut. Bukan karena perutku sudah merasa
lega, tetapi juga keadaan hatiku. Segala perasaan marah, ketidakpuasan
hati, dan perasaan-perasaan jahat yang lain, semuanya telah hilang.
Selepas sembahyang Jum’at berakhir, aku pun pulang ke rumah. Di dalam
perjalanan, aku menyadari bahwa kunci rumahku telah hilang. Dan aku
kembali ke masjid untuk mencarinya. Begitu lama aku mencari, tetapi
tidak aku temukan, terpaksa aku menyuruh tukang kunci untuk membuat
kunci yang baru.
Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad dengan rombonganku
karena urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah melewati satu
lembah yang sangat indah. Seolah-olah ada satu kuasa ajaib yang telah
menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku teringat bahwa
aku pernah pergi ke sana untuk buang air besar, beberapa hari sebelum
itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang mengambil jubahku,
aku telah temukan kembali kunciku, yang rupa-rupanya telah tertinggal
dan telah tersangkut pada sebatang dahan di situ.
Setelah aku sampai di Baghdad, aku menemui asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani dan menjadi anak muridnya.
Apakah Hizib itu?
Hizib yang mengandung fadhilah dan khasiat yang luar biasa ini adalah
kumpulan ayat-ayat Alqur'an, dzikir dan doa yang dipilih dan disusun
oleh ulama salafush shalih yang termasyhur sebagai waliyullah (Kekasih
Allah), hanya saja yang membedakan setiap hizib antara lain asrar yang
terkandung dalam setiap rangkaian ayat, doa, atau kutipan hadits, yang
sesuai dengan karakter Wali sang penyusun.
Sementara, kandungan dalam hizib terdapat banyak sirr (rahasia) yang
tidak mudah dipahami oleh orang awam, seperti kutipan ayat yang isinya
terkadang seperti tidak terkait dengan rangkaian doa sebelumnya
padahal yang terkait adalah asbabun nuzul-nya. Hizib juga biasanya
mengandung lebih banyak ismul a'zham (asma Allah yang agung) yaitu nama
Allah seperti yang terkandung diantara "KAf dan NUN".
Dengan kata lain, hijib yang terbentuk bukan saja atas keinginan para
wali saja namun yang diterima dari Rasululloh langsung dan diterima dari
Ilham Allah SWT.
Oleh para Awliya hizib disusun dan dirancang ada yang untuk konsumsi
umum sehingga semua orang boleh mengamalkannya untuk memperkuat
benteng diri dan sebagainya. Ada juga yang dirancang untuk kalangan
tertentu yang dianggap memiliki kemampuan lebih dari yang lain.
Mengamalkan suatu hizib tidak terlepas dari cobaan atau ujian (ada efek
negatif), biasanya cobaannya itu ada yang berbentuk kedigjayaan atau
kesaktian berbukti (menonjol), kemarahannya berlebihan atau rezekinya
seret dan sebagainya. Semua cobaan itu akan membuat kita sombong atau
minder. Makanya ketika kita memulai mengamalkan hizib harus lebih ikhlas
dan sepenuhnya berserah diri pada Allah agar kita mampu menghadapi
semua cobaan yang datang.
Berikut ini saya menukilkan sebuah hizib yang disusun oleh Syekh Abdul
Qadir jailani yang memiliki khasiat antara lain sebagai berikut:
Dikasihi dan dicintai makhluk
Diberikan ketentraman dalam rumah tangga
Disenangi dalam pergaulan
Mendapatkan kesaktian/kedigjayaan
Diberikan Allah rezeki yang berlimpah
Mendapat perlindungan harta bendanya
Mendapat kecukupan barokah, karomah, fadhal.
Senantiasa mendapat pertolongan dari Allah SWT
Wasilah Hizib jailani:
1. Ilaa hadhratin nabiyyil mushthafaa muhammadin shallallaahu 'alaihi wasallama, Al-faatihah...(baca surat al-fatihah 1x)..
2. Wa-ilaa hadhratisy syaikh Muhyiddiin abdil Qaadiril jailaanil baghdaadii, Al-faatihah...(baca surat al-fatihah 1x)...
3. Wa-ilaa ruuhi man ajaazanii, Al-fatihah...(baca surat alfatihah 1x)...
بسم الله الرّحمن الرّحيم
ربّ انّى مغلوب فانتصر, واجبرقلبي المنكسر, واجمع شملي المندثر, انّك انت
الرّحمن المقتدر, اكفنى ياكافى واناالعبدالمفتقر, وكفى بالله وليّا وكفى
بالله نصيرا, انّ الشّرك لظلم عظيم, وماالله يريدظلماللعباد, فقطع
دابرالقوم الّدين ظلموا, والحمد الله ربّ العالمين
“Wahai Tuhanku sungguh aku telah kalah (oleh hawa nafsuku), maka
bahagiakanlah hati yang telah musnah ini (dengan rasa syukur atas nikmat
yang sedang dan akan terjadi), maka padukanlah kemuliaan yang
terselubung. Cukupilah segala kebutuhanku, dan aku adalah hamba yang
membutuhkan bantuan-Mu. Dan cukuplah Allah saja sebagai yang diandalkan
dan cukup Allah saja sebagai penolong. Sesungguhnya syirik kepada-Mu
adalah kejahatan yang besar, dan tidaklah menginginkan Allah kejahatan
dan kegelapan bagi hamba-hambanya (sebaliknya Allah menginginkan
hamba-hambanya menjadi khalifah di muka bumi ini dengan sukses). Maka
putuslah tipu daya kaum jahat. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam”
Caranya:
Puasa 3 hari dimulai pada hari selasa, rabu dan kamis.
Selama puasa hizib jailani dibaca sebanyak 70x
Pada malam jum'at setelah buka puasa tidak boleh tidur semalaman.
Sesudah tammat puasa, hizib diwirid setelah sholat maghrib dan isya dibaca sebanyak 7x
Doa diatas mungkin bagi sebagian orang tidaklah asing, minimal pernah
mendengar, terlebih bagi orang yang pernah ‘mondok’ di
pesantren-pesantren salafiyah atau pesantren yang lebih dikenal
pesantren tradisional yang pembelajaranya menggunakan ‘kitab kuning’.
Walaupun begitu tidak semua santri-santri diberi ‘ijazahkan’ doa/hizib
ini, hanya santri-santri yang sudah dewasa dan sebentar lagi akan terjun
ke masyarakat untuk menjadi panutan bagi masyarakatlah yang diberi
bekal doa/hizib ini. Doa/hizib diatas sering disebut Hizib Jailani atau
Hizib Syekh Abdul Qodir Jailani Al-Baghdady.
Hizib Jailani adalah salah satu doa yang dipanjatkan kepada Allah Yang
Maha Kuasa dengan perantara(washilah) kepada pengarangnya, yaitu
Sayyidina Syekh Abdul Qadir Jailani Al-Baghdady. Berdoa dengan cara
bertawasul seperti ini telah dicotohkan nabi, sahabat, dan orang-orang
shaleh pada zaman dahulu. Banyak sekali dalil-dalil, baik dari Al-Quran
maupun hadis, yang memperbolehkan berdoa dengan cara bertawasul.
Dalam tulisan ini, saya ingin sedikin Share kepada para pembaca tulisan
ini yang mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat dunia akhirat. Tulisan ini
bersumber dari pengetahuan saya yang sangat bodoh ini, pengalaman
pribadi saya dan dari buku-buku yang pernah saya baca. Tujuan dari
tulisan ini tidak lain hanya sebagai curhatan saya dan self-motivation
aza…
Oke, kita kembali kepada Judul yang penulis buat. Setelah menerangkan
secara ringkas mengenai pengertian hizib, sekarang bagian kata ilmiyah.
Katailmiyah kalau disederhanakan mah boleh dibilang masuk akal, bisa
diukur, dan berlaku secara umum. Di zaman sekarang yang serba canggih,
masalah-masalah yang bisa dibilang ajaib sudah di teliti oleh beberapa
peneliti, termasuk masalah spiritualitas yang akan kita bahas. Titik
temu antara spiritual dengan keilmiyahan adalah dalam hal ‘kesadaran’.
Menurut Amit Goswami P.hD bahwa “ilmu pengetahuan modern akhirnya
sepakat dengan pandangan spiritual bahwa kesadaran (yang tidak tampak)
adalah penyebab dari semua ciptaan (yang tampak)”. “Keajaiban bukanlah
sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam, tetapi sesuatu yang
bertentangan dengan pemahaman kita tentang hukum alam itu”, begitulah
pendapat dari St. Augustine.
Kita mulai pembahasannya yuk, tapi seblumnya bukalah hati anda dan
fikiran kita, ini adalah masalah logika hati dan logika fikiran. Masalah
logika hati vs logika fikiran saya gak akan bahas disini (ngayayay
teuing) tapi saya akan mengutip pernyataan dari ilmuwan terkenal yaitu
Blaise Pascal, katanya hati memiliki logika yang tidak mampu dipahami
oleh akal fikiran.
Dalam buku Quantum Ikhlas karya Erbe Sentanu, dijelaskan bahwa rahasia
doa agar efektif harus memenuhi tiga tahapan, tapi ketiga tahapan itu
dilakukan secara bersamaan ketika kita berdoa. Tahapan DOA itu adalah
Direction, Obedience, dan Acceptance. Dalam berdoa dengan tawasul
menggunakan Hizib Jailany juga tahap-tahap ini perlu diterapkan.
1. Direction (Meminta dengan niat yang jelas)
“… Aku dekat…. Aku mengabulkan permohonan yang berdoa, apabila ia memohon kepada-Ku”
Pernyataan diatas bukan pernyataan sembarang lho, itu pernyataan dari
Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Serba Maha, yaitu Allah SWT. Itu adalah
jaminan dari Allah sendiri sedangkan Allah tidak akan mengingkari
janjinya. Coba bayangkan dokter mana yang dapat menjamin kesembuhan
pasiennya, atau dukun mana yang bisa menjamin keinginan tamu-tamunya,
gak ada kan.. tapi hanya Allah lah yang berani menjamin hal tersebut,
oleh karena itu serahkanlah semua urusan dan permintaan kita kepada
Allah Yang Maha Kuasa, seperti penyerahan dalam Hizib jailany diatas,
kaffa billahi waliyya wakafabilllahi nashiro(cukuplah Allah saja sebagai
yang diandalkan dan cukuplah Allah sebagai sebagai penolongku).
Keikhlasan (menyerahkan semua urusan kepada Allah) dalam tahap Direction
ini bertujuan agar semua getaran negatif yang menghambat doa kita dapat
terkikis. Ketika kita ikhlas maka alam vibrasi melalui mekanisme
kuantum akan berkolaborasi membantu mewujudkan niat-niat Anda. Hal ini
sesuai dengan kenyataan pada level kuantum menyatakan bawasemakin dalam,
semakin halus, maka semakin dahsyat. Analoginya dalam fisika kuantum
misalnya energi nuklir yang lebih halus berjuta-juta kali lebih powerful
daripada energi kimia, energi otot lebih kuat dari energi fikiran.
Sehingga energi ikhlas yang sangat halus yang berada dihati terdalam pun
akan lebih dahsyat daripada energi emosi atau energi fikiran.
Selain itu, dalam tahap Direction ini juga permintaan kita harus FOKUS.
Coba lihat lagi firman Allah diatas, Allah mengabulkan hanya orang orang
yang HANYA meminta dengan fokus kepadanya. Banyak orang yang bertanya,
kenapa harus repot-repot fokus kepada apa yang kita inginkan, toh Allah
Maha Tahu segala permasalahan kita?? Emmm oke saya jawab, memang Allah
itu Maha Tahu, yang jadi permasalahan apakah kita tahu apa yang kita
inginkan tidak heuhh. Allah itu maha pemberi bukan Maha Pemaksa. Allah
hanya mengabulkan doa-doa yang kita minta, jadi mintalah dengan fokus
sesuai keinginan kita.
Fokuslah kepada apa yang kita inginkan, bukan berfokus kepada apa yang
kita TIDAK inginkan. Jika kita ingin kaya, maka fokuslah kepada
keberlimpahan..
Jika kita ingin bahagia, fokuslah kepada kebahagiaan..
Jika anda ingin sehat fokuslah kepada kesehatan…
Jika kita ingin jodoh , maka fokuslah kepada…………. (hahaaydeuhh..)
2. Obdience (Meyakini hati bahwa doa sudah terkabul)
Meyakini hati bawa doa sudah/akan dikabulkan berkorelasi positif dengan
pengabulan doa tersebut.“Allah seperti perasangka hamba-hambanya”,
begitulah Allah berfirman dalam hadis qudsi, jika seorang hamba meyakini
bahwa doanya dikabulkan fainsyaallah doanya dikabulkan, akan tetapi
jika hamba meyakini bahwa doanya ditolak maka Allah akan bertindak
seperti perasangka hamba tersebut.
Allah SELALU mengabulkan doa setiap manusia yang ada di HATInya, bukan
hanya yang terucap oleh lisannya saja. Jika ada konflik antara lisan dan
hati, maka yang menang adalah yang ada di hati. Sebagai contoh jika
seorang yang miskin berdo meminta agar menjadi kaya, secara lisan ia
memohon agar menjadi kaya tetapi dalam hatinya ia tidak yakin bisa
menjadi kaya, maka hasilnya adalah ia akan SELALU miskin.
Jika dilihat dari doa yang kita panjatkan yaitu berupa Hizib jailany,
doa ini telah masyhur di kalangan para ulama, kiyai, ustadz, maupun ahli
spiritual, bahwa doa ini sangat dahsyat dalam mencapai suatu hajat
kebutuhan. Doa ini menggunakan tawasul kepada pengarangnya yaitu seorang
waliyullah bahkan menurut sebagian para ulama rajanya para wali, yaitu
Sayyidina Syekh Abdul Qadir Jailani Al-Baghdady, yang mempunyai banyak
karomah dan derajatnya dekat dengan Allah Yang Maha Kuasa. Hal ini bisa
menjadi sarana kita untuk meyakinkan hati bahwa dengan pertolongan Allah
kita bisa mendapatkan apa yang kita butuhkan/inginkan.
Keyakinan adalah salah satu kunci dari spiritualitas dan kunci dari
segala kesuksesan. Setiap orang yang sukses di dunia ini pasti diawali
dengan sebuah keyakinan sehingga mereka lebih optimis dan termotivasi
dalam bekerja. Jika kita telah meyakini sesuatu hal, pasti kita akan
mendukung keyakinan tersebut, dan jika keyakinan kita itu benar terjadi,
keyakinan kita akan semakin kuat. Kekuatan keyakinan yang pasti
berpengaruh pada hasil akhir ini dapat saya gambarkan sebagai berikut;
KEYAKINAN
POTENSI
TINDAKAN TERILHAMI
HASIL
Sebagai contoh, jika kita diminta untuk berpidato di depan khalayak
umum, maka langkah pertama kita harus yakin bahwa sudah memiliki
berbagai informasi mengenai topik yang akan kita bawakan. Hal tersebut
akan memantapkan keyakinan kita pada kemampuan diri sendiri untuk
memberikan pidato yang bagus, dan itu pasti akan mengeluarkan potensi
terbaik kita sehingga merangsang tindakan kita untuk menampilkan yang
terbaik, dan otomatis hasilnya pun akan baik dan akan menambah keyakinan
kita untuk berpidato kembali dengan baik. Siklus ini selalu berputar
terus menerus secara otomatis. Jika keyakinan awal kita tinggi, hal ini
akan menjadi sebuah ‘Mata Rantai Kesuksesan’.
3. Acceptance (Menerima perasaan dan tindakan terkabulnya doa)
Tahap terakhir ini merupakan tahap yang paling dahsyat, tahap ini adalah
tahap yang mudah sekaligus paling sulit dilakukan, khususnya bagi
mereka yang terlalu rasional dan analitis (dominan otak kiri. Red).
Dalam tahap ini kita merasa bersyukur dan bahagia kita membayangkan
bahwa doa kita sudah atau sedang dikabulkan oleh Allah. Dengan kata
lain, kita seolah-olah benar melihat, mendengar, dan merasakan sepenuh
hati bahwa wujud yang kita inginkan telah terwujud. Ini sangat
menyenangkan sekali, seperti kita sudah melunasi pembayaran (Syukur) di
muka, meskipun (doa) kita belum terkabul. Selain itu lakukan “Tindakan”
yang perlu kita lakukan untuk membangun perasaan menerimanya pada saat
sekarang, dan ingat-ingat perasaan itu.
Secara ilmiyah, ternyata semua benda adalah 99,9999999% merupakan cahaya
stabil yang memadat pada titik nol, cahaya tersebut memiliki energi
yang bergetar disebut frekuensi. Pengertian ini adalah kunci untuk
mencapai apapun yang kita inginkan. Kita adalah sebuah medan energi yang
beroperasi di medan energi yang lebih besar, dan energi yang kita
butuhkan ada di Medan Titik Nol di sekeliling kita saat ini juga. Fisika
Kuantum mengatakan kepada kita bahwa segala sesuatu datang diri medan
titik nol. Satu-satunya perbedaan antara tubuh kita dan Uang, rumah,
orang, dan sebagainya adalah frekuensi getarannya. Jadi KUNCInya adalah:
Jika kita Ingin menarik hasil baru dibidang apapun, Anda adalah hasil
baru tersebut!, yang harus kita lakukan adalah bertindak menjadi selaras
atau harmonis dengannya.
Tindakan adalah kata yang bagi sebagian orang berarti “kerja”, tetapi
tindakan yang terilhami sama sekali tidak akan terasa sebagai pekerjaan.
Tindakan terilhami adalah ketika kita bertindak untuk menerima, jika
kita bertindak untuk berusaha dan membuatnya terwujud maka kita sudah
tergelincir ke belakang. Tindakan yang terilhami akan ringan dan terasa
menyenangkan karena kita berada dalam frekuensi menerima.
Tindakan terilhami ini bukan berarti kita pasrah tanpa gairah hidup,
justru tindakan terilhami ini merupakan bertindak dengan berperasangka
baik kepada Allah bahwa Allah sedang mencurahkan “ilhamnya” kepada kita
untuk mewujudkan doa dalam dunia nyata sehingga kita bersyukur dan
“tersenyum” optimis. Kadang-kadang kita bahkan tidak menyadari bahwa
kita telah menggunakan “tindakan” karena terasa menyenangkan. Pada saat
itu Anda akan menengok ke belakang melihat keajaiban bagaimana Allah
telah ‘menggendong’ kita menuju impian… wowwww dan ucapkanlah
Alhamdulilllah.
Dalam sebuah tindakan juga faktor “Fikiran Bawah Sadar”, yang
mengendalikan semua gerak kita baik yang sadar maupun yang tidak sadar,
sangatlah penting. Fikiran bawah sadar berperan penting dalam membentuk
karakter, kepribadian, dan citra diri seorang manusia, sehingga dengan
memanfaatkan fungsi ini kita bisa menambah energi kita dalam aktivitas
sehari-hari. Dalam memrogram fikiran bawah sadar, kita bisa melakukan
tahap-tahap seperti diatas, serta melakukan tindakan yang bersesuaian
dengan niat kita.