بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْن وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى
أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْـمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. فِي كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا
وَسِعَهُ عِلْمُ الله . أَمَّا بَعْدُ
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah ـ kerana dengan taufiq dan
inayahNya saya telah diberi kekuatan menulis sebuah kerja khusus,yang
memaparkan serba sedikit tentang Sayyid Ahmad ibn Idris Alhasany
Saya memilih untuk mengkaji tentang kerana beliau merupakan pengasas
Tariqat Ahmadiah yang dahulunya pernah menggegarkan dunia semasa di bawa
oleh anak muridnya yang paling dikasihi beliau,Sayyid Muhammad ibn Ali
al Sanusi .Sebuah kerajaan telah di bina di bumi Libya yang menjadikan
al Quran dan al Sunnah sebagai pegangan utama perlembagaan mereka.
Khalifah-khalifah mereka tergolong daripada ulama-ulama muhaddisin dan
mufassirin yang terunggul pada zaman mereka.
Moga-moga apa yang telah saya kaji ini membawa manfaat kepada yang
membaca. Sekalipun saya bukanlah orang yang layak dalam bidang ini namun
di atas dasar kerja khusus dan semangat ingin mencuba saya
mempersembahkan hasil kajian saya.
Saya akur,berkemungkinan terdapat terjemahan yang tersasar dari maknanya
yang sebenar dan perkataan-perkataan yang kurang tepat serta salah
ejaan.Justeru saya memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan dan
bersedia menerima sebarang teguran yang membina.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Syeikh al Masyaikh Sayyid Ahmad ibn Idris dilahirkan pada 21 Rejab 1163
Hijrah bersamaan 1750 Masihi di sebuah kampung terletak di
Maisur,berdekatan dengan ibu kota Fas,di tepi laut Morocco.Beliau
berasal dai keturunan yang mulia di Fas.
Nama beliau ialah Ahmad ibn Idris ibn Muhammad ibn Ali ibn Ahmad ibn
Muhammad ibn Abdullah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn Abdul Jabbar
ibn Muhammad ibn Yamluh ibn Masyish ibn Abu Bakar ibn Ali ibn Hurmah
ibn Isa ibn Salam ibn Marwan ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al
Asghar ibn Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna
ibn Sayyidina Hasan ibn Sayyidina Ali dan Fatimah al Zahra binti
Muhammad Rasulullah SAW.
Beliau tidak pernah bermegah-megah kerana beliau merupakan daripada
keturunan yang mulia iaitu nasab beliau yang sampai kepada Rasulullah
ص.Ketika anak murid beliau,Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi meminta
beliau menulis tentang nasabnya,beliau dengan tegas bekata:
نَسَبِي الْكِتَابُ وَالسُّنَةُ،أُنْظُرْ إِلَيَّ، فَإِنْ وَجَدْتَنِي
عَلَى الْكِتَابِ وَالسُّنَةِ ،فَقُلْ :أَحْمَدُ بْنِ إِدْرِيسَ عَلَى
الْكِتَابِ وَالسُّنَةِ ،فَهَذَا نَسَبِي ،يَقُولُوا اللهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى :الْيَومَ أَضَعُ أَنْسَابَكُمْ ،وَأَرْفَعُ نَسَبِي ،أَلَا
وَهُوَ التَّقْوَى.
Nasabku adalah Kitab dan Sunnah.Lihatlah kepadaku,jika kamu dapati aku
berada di atas landasan Kitab dan Sunnah,maka katakanlah:Ahmad ibn Idris
berada di atas landasan Kitab dan Sunnah.Maka inilah nasabku. Allah
berfirman: Pada hari ini,Aku merendahkan nasab-nasab kamu dan
meninggikan nasabKu,iaitu Taqwa.
Semenjak kecil lagi,beliau telah ditarbiah dan diasuh dengan didikan
agama yang mantap.Pada awalnya,beliau telah menghafaz al Quran dan
sebahagian matan-matan ilmu.Beliau mempelajari asas-asas ilmu secara
talaqqi sewaktu dipelihara oleh saudaranya yang mulia, Sayyid Muhammad
ibn Idris dan Sayyid Abdullah ibn Idris.
Di kota Fas,beliau belajar dengan ramai ulama’ secara talaqqi di Masjid
al Qarawiyyin selama 30 tahun. Beliau begitu tekun dan
bersungguh-sungguh melazimi pengajian ahli-ahli ilmu sehingga sanggup
mengharungi pelbagai keperitan dan kepayahan untuk mendapatkan ilmu-ilmu
dan sanad-sanad yang begitu besar manfaatnya.
Melihat kepada latar belakang pendidikan Sayyid Ahmad ibn Idris,
ternyata beliau mempunyai sanad yang meangkumi semua bidang ilmu. Beliau
juga banyak meriwayatkan Hadis Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali
sehingga mendapat pengiktirafan daripada Syeikh Muhammad Ali al
Syaukani, pengarang kitab Nail al Autar yang masyhur kerana mempunyai
sanad yang ‘Aali pada zamannya. Sebagai contoh, di antara Sayyid Ahmad
ibn Idris dan Imam al Bukhari, hanya mempunyai 9 perantaraan.
Di antara tokoh ulama’ besar yang menjadi gurunya ialah:
1.Syeikh Muhaqqiq Sayyid Muhammad al Tawudi ibn Saudah al Murri
2.Syeikh Muhammad Abdul Karim ibn Ali al Zahabi
3.Al ‘Allamah Abu Muhammad Abdul Qadir ibn Syaqrun
4.Al ‘Allamah al Lughawi al Ustaz Muhammad al Majidiri al Syanqiti
5.Al Qutb al Mu’ammar Sayyid Abdul Wahab al Tazi al Hasani
6.Syeikh Abu al Qasim al Fasi
7.Sayyid Muhammad ibn Abu Bakar al Syili al ‘Alawi
Murid murid Sayid Achmad Bin Idris Alhasany
1.Sayyid al Toyyib ibn Muhammad ibn Idris
-Merupakan anak saudaranya.
2. Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani
-Merupakan seorang ‘allamah yang mursyid.
3.Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi
-Merupakan Al Hafiz dalam bidang hadis dan menguasai 50 bidang ilmu.
4.Sayyid Abdur Rahman ibn Sulaiman al Ahdali
-merupakan seorang yang alim dan hujjah al Islam.
5.Syeikh Zaidan ibn Muhammad
-merupakan salah seorang daripada keluarga al Qadhi.
6.Syeikh Ibrahim al Rasyid ibn al Qadhi Soleh
-merupakan seorang yang sentiasa menyampaikan sanad beliau selepas kewafatannya.
7.Syeikh Ali Abdul Haq al Qusi
8.Qadhi al Hasan ibn Ahmad al Dhamdi
9.Al Allamah Ahmad ibn Muhammad al Sowi al Misri al Khalwati al Maliki
10.Sayyid Syeikh Muhammad al Madani Zofir
11.Syeikh Muhammad al Majzub al Sawakini
-merupakan seoraang ulama’ Sudan yang masyhur dengan kasyaf,sodiq,karamah dan perkara yang mencarik adat.
12.Syeikh Muhammad ‘Abid ibn Ahmad ibn Ali al Sindi al Ansari al Madani al Hanafi
-Seorang Muhaddith dan musnid di Hijjaz serta seorang yang faqih dalam mazhab Hanafi.
Apabila kita meneliti senarai nama anak-anak muridnya,kita mendapati
mereka semua adalah ulama’ besar pada zaman tersebut. Ini secara tidak
langsung menunjukkan kehebatan Sayyid Ahmad ibn Idris dalam arena ilmu
pengetahuan dan pentarbiahan. Oleh kerana itulah beliau layak dinobatkan
sebagai Syeik al Masyaikh ataupun Ustaz al Asatizah (guru bagi segala
guru) sepertimana yang disebut oleh Syeikh Soleh ibn Muhammad al
Ja’fari.
Sayyid Ahmad ibn Idris س mempunyai kitab karangan yang banyak. Ada di
antara kitabnya dibawa oleh anak-anak muridnya yang ditugaskan untuk
berdakwah di tempat-tempat lain di serata dunia islam. Ada yang telah
terbakar ketika berlaku kebakaran di dalam biliknya selepas kewafatannya
dan yang masih tinggal hanyalah beberapa buah kitab yang dikumpulkan.
Sebahagian daripadanya telah dicetak, manakala sebahagian yang lain
masih kekal dalam bentuk tulisan tangan.
Di antara kitab karangannya yang masih tinggal dalam bentuk cetakan dan tulisan tangan ialah:
1.Tafsir Basmalah
2.Tafsir Surah al Fatihah
3.Tafsir Hizib yang pertama daripada surah al Baqarah
4.Tafsir ayat ‘inna al muslimin wa al muslimat’
5.al ‘iz al Masun fi Tafsir Surah al Tin wa al Zaitun
6.Tafsir Surah al Dhuha dan al Insyirah
7.Tafsir Surah al Kauthar
8.Tafsir potongan ayat-ayat al Quran
9.al Nafahaat al Rabbaniyah fi Syarh Hadith al Sunnah al Muhammadiyah ‘al Ma’rifah Ra’su Mali’
10.al Nafahaat al Kubra
11.Risalah Kaimiya’ al Yaqin
12.Syarh ‘Aqidah Imam al Syafi’i
13.Syarh Husul al Haqiqah bi Nuzm Usul al Toriqah li al Arif Billah Salman ibn Abi al Qasim al Ahdali
14.Risalah al Asas
15.Risalah al Qawaid
16.Risalah Perbincangan Sayyid Ahmad ibn Idris dengan Fuqaha’ Najd
17.Risalah mengenai Khalwat
18.Syarah Hadith ‘Solli Solata al Muwaddi’
19.Syarah Empat buah hadith iaitu:
a)al Din al Nasihah
b)Innama al a’malu bi al niat
c)al Halal al Bayyin wa al Haram al Bayyin
d)Min Husni al Islami al Mar’I tarkuhu ma la ya’nih
20.Syarah Qasidah Imam Junaid al Baghdadi di dalam ilmu tasawuf
21.al ‘iqd
al Nafis fi Nuzum Jawahir al Tadris (kitab yang mengandungi
jawapan-jawapan yang dijawab oleh Sayyid Ahmad ibn Idris di dalam majlis
pengajiannya)
22.Risalah Mengenai Zikir
23.Risalah penolakan terhadap orang yang menggunakan pendapat akal semata-mata
24.Khutbah Nikah
25.Khutbah Dua hari raya dan Minta hujan
26.Risalah mengenai Tasawuf dan suluk
27.Ruh al Sunnah (Kitab ini mengandungi hadith-hadith pilihannya)
Ini merupakan kitab-kitab Sayyid Ahmad ibn Idris sebagaimana yang dinyatakan oleh cicitnya Sayyid Ahmad Mustafa.
Dakwah beliau adalah dengan menyebarkan tariqat beliau yang mulia, al
Muhammadiah al Ahmadiah dan paling masyhur disebut al Ahmadiah al
Idrisiah. Tariqat ini didirikan atas dasar ketaqwaan kepada Allah ـ,
penghayatan terhadap makna-makna Kitab Allah dan beramal dengan Sunnah
Rasulullah. Oleh kerana itu, beliau menegaskan :Tariqatku ialah al Quran
dan Sunnah.
Tariqatnya telah tersebar luas pada zamannya dan dikenali di kebanyakan
negara islam yang pernah di masuli oleh Sayyid Ahmad ibn Idris dan
kader-kader yang diutuskannya. Dari tariqah ini, tertubuhnya banyak
tariqat yang masyhur pada hari ini, seperti:
1.Tariqah al Sanusiah di Libya:Diasaskan oleh Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi
2.Tariqah al Khatmiah di Sudan:Diasaskan oleh Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani
3.Tariqah al Madaniah di Morocco:Diasaskan oleh Sayyid Syeikh Muhammad Hasan Zofir al Madani.
Sayyid Ahmad ibn Idris menggariskan manhaj yang tertentu di dalam
menjayakan kelangsungan dakwahnya menyeru kepada jalan Allah
ـ.Manhaj-manhaj tersebut sentiasa diserapkan di dalam seluruh madrasah
sufinya. Secara ringkasnya, manhaj da’wahnya terdiri daripada 8 prinsip
utama:
Konsep Islah Ummah (Memperbaiki Umat) yang diagendakan oleh Sayyid Ahmad
ibn Idris menjangkau ke seluruh dunia islam. Dalam program tersebut,
beliau mengembalikan umat Islam kepada sumber perundangan Islam yang
utama iaitu al Quran dan al Sunnah serta mengajak mereka bermujahadah
untuk memperbaiki zahir dan batin. Beliau pernah berkata kepada
muridnya: Saya suka apabila sesuatu kebaikan itu dikecapi oleh setiap
manusia. Mendengarnya, muridnya Syeikh Ibrahim al Rasyid bertanya
kehairanan: Adakah sehingga kepada orang kafir? Kata Sayyid Ahmad ibn
Idris: Ya!Saya suka sekiranya Allah ـ juga memberikan hidayahNya kepada
mereka.
Sesungguhnya, gagasan inilah yang telah berjaya meroboh dan menembus
tembok perkauman yang begitu menular dan menebal pada masa itu.
Beliau pandai dalam memilih anak muridnya yang sesuai sebagai kader
untuk dihantar ke tempat-tempat lain bagi menyambung tugas
dakwahnya.Malahan, beliau tidak lupa untuk terus memberikan perhatian
dan mengikuti pekembangan mereka dengan menulis surat untuk memberikan
suntikan semangat dan kata-kata nasihat dalam urusan dakwah.
Selain itu, cara terpenting yang dilakukannya ialah beliau sendiri
berusaha menyampaikan pengajian dan dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia
Islam yang dilaluinya ataupun yang disinggahinya selama beberapa hari.
Sayyid ahmad ibn Idris س amat menekankan dari segi amalan (sikap-sikap
yang baik) di dalam pentarbiahan beliau. Ia terbahagi kepada beberapa
bahagian, seperti yang telah diterangkan oleh beliau sendiri di dalam
risalah karangan beliau yang bertajuk al Qawaid (Kaedah-kaedah) yang
telah dicetak beberapa kali.
Di antara kaedah-kaedah yang diperbicarakan adalah:
a) Muhasabah
-apabila kita hendak melakukan atau memperkatakan sesuatu hendaklah
berfikir dahulu natijah daripada perkara tersebut samada ia baik ataupun
buruk supaya apabila berada di padang Mahsyar kelak ,ketika Allah ـ
menyoal akan perbuatan kita tersebut,kita boleh menjawabnya dengan
yakin.
b) Mendapat keredhaan Allah ـ
-melakukan setiap perkara hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah ـ.
Maka,dengan sikap sebegini setiap perbuatannya akan dilakukan dengan
berhati-hati dan tekun. Lantas, terbitlah ikhlas di dalam segala
amalannya.
c) Rahmat
-memandang setiap muslimin itu dengan kasih sayang tanpa mengira darjatnya ataupun bangsanya.
d) Kemuliaan Akhlak
-apa sahaja perkara baik yang kita inginkan terjadi pada diri kita,
perlulah dibuat pada setiap makhluk Allah yang lain. Sesungguhnya Allah ـ
akan memberi balasan kepada hambaNya mengikut sikap dan akhlak
pergaulannya terhadap manusia yang lain.
Zaman Sayyid Ahmad ibn Idris merupakan zaman kebangkitan penyebaran
Islam yang bertembung dengan penyebaran Agama Kristian. Di sinilah
letaknya rahsia di sebalik tujuan penghantaran anak muridnya al Mirgahni
ke kawasan Timur Sudan dan Euthopia, untuk menyeru manusia kepada Islam
yang pada waktu itu berlaku perlawanan yang hebat di antara penganut
Agama Kristian dengan Islam.
Dengan usaha yang dilakukan oleh al Mirgahni, maka beribu-ribu penganut
ajaran penyembah berhala telah memeluk Islam dan terselamat daripada
menjadi penganut Agama Kristian.
Sayyid Ahmad ibn Idris dan anak-anak muridnya juga memasuki kawasan
perkampungan dan pedalaman di samping mengambil berat tentang keperluan
dan kemudahan kehidupan mereka. Dengan cara mendekati kehidupan mereka
ini, maka senanglah bagi Sayyid Ahmad ibn Idris untuk mengubah kehidupan
mereka, seterusnya menerima dakwah yang diusahakannya.
Pendekatan ini lebih kerap dilakukan oleh Sayyid Ahmad ibn Idris pada
peringkat terakhir kehidupannya.Beliau sendiri pergi memasuki kawasan
selatan Mesir dan berpindah dari satu kampung ke satu kampung selama
lima tahun dan akhirnya beliau mengakhiri hidupnya di daerah Asir sebuah
kawasan berbukit-bukau yang didiami oleh orang-orang Badawi.
Sayyid Ahmad ibn Idris membina pusat pembangunan Islam untuk pelbagai
kegunaan seperti tugas-tugas dakwah, pengajaran, penghidupan dan jihad.
Usaha ini telah diteruskan oleh anak-anak muridnya. Mereka menyebarkan
dakwah dengan membina tempat-tempat untuk dijadikan sebagai markaz
penyebaran ilmu di kebanyakan tempat di dunia islam.
Beliau tidak pernah menggunakan senjata sebagai suatu alternatif untuk berdakwah melainkan dengan jalan aman dan berhikmah.
Di antara kata-kata yang pernah diungkapkan kepada anak-anak muridnya:
Sekiranya kamu mampu untuk tidak luput walau satu nafas dari nafas-nafas kamu melainkan mengingati Allah ـ,maka lakukanlah.
Sumbangan beliau di dalam bidang dakwah amatlah besar kerana melalui
methode dakwah beliau, berjuta-juta manusia memasuki Islam, ramai anak
murid beliau menjadi ulama’ besar di zaman mereka, banyak pergolakan di
sesetengah negara Islam dapat dileraikan serta banyak lagi impak yang
berlaku melalui dakwah beliau.
Segalanya adalah kerana asbab tariqat yang di bawa oleh beliau serta
strategi dakwahnya yang amat efisyen pada zaman tersebut. Jadi dapat
disimpulkan bahawa sumbangan besar beliau adalah berdasarkan jalan
sufiyyah yang menekankan aspek pentarbiahan rohani, makrifah dan ilmu.
Asal-usul Tariqat Ahmadiah (Idrisiyah)
Sayyid Ahmad ibn Idris pada asalnya tidak mengambil sebarang tariqat
sehinggalah beliau mendapat kepercayaan dan keizinan mengajar daripada
gurunya-gurunya. Ini membuktikan bahawa sebelum beliau mengambil
tariqah, beliau sudah menjadi seorang yang alim dan pakar dalam ilmu
agama.
Beliau telah menerima banyak tariqat,antaranya adalah:
1) al Khidiriah al ‘Aziziah yang diterima daripada Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasani
2) al Syazuliah yang diterima daripada Sayyid Abu al Qasim al Wazir al Ghazi
3) al Khalwatiah yang diterima daripada al Arif billah Syeikh Hasan Bik al Qinaei
Sebelum beliau belajar dengan Sayyid Abdul Wahhab al Tazi, beliau
belajar dengan Sayyid Muhammad al Majidiri. Beliau merupakan ulama’ yang
masyhur di Syanqit dan sering ulang alik ke Fas. Sayyid Ahmad ibn Idris
mengambil peluang tersebut untuk belajar dengan beliau. Sayyid Ahmad
ibn Idris juga telah mempelajari beberapa kitab hadis dan kitab-kitab
lain serta menerima ijazah Hizb al Saifi dan Tariqah al Syazuliah.
Kemudian beliau belajar pula dengan Sayyid Abdul Wahhab al Tazi yang
merupakan guru kepada Sayyid Muhammad al Majidiri.Tergolong dalam
golongan mu’ammarin (Orang yang mempunyai usia yang panjang) kerana
usianya menjangkau hampir 130 tahun. Selepas kewafatannya,Sayyid Ahmad
ibn Idris ingin berguru dengan sahabat Sayyid Abdul Wahhab al Tazi,
Sayyid Abdullah yang merupakan seorang arifin yang tinggi darjatnya.
Beliau pun bermunajat dan beristikharah kepada Allah ـ agar diberikan
petunjuk. Akhirnya, beliau tidak ditaqdirkan oleh Allah ـ untuk berguru
dengan Sayyid Abdullah tetapi berguru dengan Sayyid Abu al Qasim al
Ghazi yang merupakan seorang wali Allah. Semasa belajar dengan beliau,
Sayyid Ahmad ibn Idrisس mendapat pengetahuan yang luas tentang tariqat.
Selepas kewafatan Sayyid Abu al Qasim, beliau berdoa kepada Allah ـ,
agar ditunjukkan kepadanya seorang syeikh murabbi sama ada di timur atau
pun dibarat. Beliau berkata:berkhidmat kepada guru-guru bagi saya
adalah satu keuntungan yang besar. Saya menyangka bahawa saya tidak akan
berhenti daripada berguru dengan seorang guru demi seorang guru, tetapi
Allah ـ telah mengilhamkan kepada saya bahawa tiada lagi guru yang
boleh memberikan manfaat kepada saya selepas ini melainkan al Quran.
Maka selepas itu, saya pun menghabiskan masa selama beberapa tahun
dengan hanya membaca al Quran dan mengkaji serta meneliti isi
kandungannya. Selepas itu, Rasulullah ص mempersaudarakan saya dengan al
Quran dan memerintahkan saya supaya mengajar apa sahaja ilmu-ilmu dan
rahsia-rahsia yang saya perolehi.”
Oleh yang demikian, apabila Sayyid Ahmad ibn Idris ditanya tentang
sesuatu daripada ayat al quran, maka beliau akan menerangkan tentang
hakikat-hakikat dan kehalusan makna-makna al Quran dengan penerangan
yang melebihi tahap tahap pemikiran seorang manusia dan tidak dapat
ditandingi oleh ulama’ yang lain.
Setelah itu, Sayyid Ahmad ibn Idris dipertemukan dengan Rasulullah SAW
secara jaga yang menjadi detik permulaan beliau menisbahkan nama
tariqatnya kepada namanya sendiri, iaitu Tariqat al Ahmadiah al
Muhammadiah.
Sayyid Ahmad ibn Idris wafat pada 21 Rejab 1253 Hijrah bersamaan 1837
Masihi pada malam Sabtu di antara Maghrib dan Isyak .Ada pendapat
mengatakan beliau wafat di atas riba anak muridnya, Sayyid Ibrahim al
Rasyid. Sayyid al Soleh al Syeikh Ahmad Uthman al ‘Uqaili dilantik untuk
memandikan jenazahnya. Al Allamah al Wali Sayyid Yahya ibn Muhsin al
Ni’ami al Husaini menyembahyangkan jenazahnya di atas permintaan
anakandanya Sayyid Muhammad ibn Ahmad ibn Idris. Beliau dikebumikan di
Sabya yang merupakan Tanah Yaman (Sekarang di bawah kuasa kerajaan
Saudi).
Semenjak dari dulu lagi, kebanyakan ahli masyarakat memandang status
ulama’ Tasawwuf hanya sebagai ahli ibadah dan mendidik anak-anak murid
hanya untuk beribadah. Keilmuan mereka juga dibataskan hanya dalam ruang
lingkup ibadah yang tidak berdasarkan dalil yang sohih, malah banyak
menjurus kepada ilham dan mimpi serta meninggalkan medan perjuangan.
Mereka sebenarnya tidak nampak dan masih kabur terhadap realiti yang
sebenarnya. Menyingkap kepada faktor sejarah Islam yang makin disepikan,
ramai di kalangan ulama’ tasawuf merupakan pejuang dan pendakwah yang
hebat. Malahan lebih hebat daripada itu, mereka membenamkan diri dalam
arena perjuangan menegakkan kesucian kalimah Allah ـ dengan mengajak
umat kearah kebenaran dan kedamaian.
Sayyid Ahmad ibn Idris sendiri mengakhiri riwayat kehidupannya di Yaman
ketika sedang berdakwah di sana, sedangkan beliau berasal dari kota Fas,
Morocco.
Ramai dari kalangan ulama’ Tasawuf mempunyai kehebatan yang tinggi dalam
bidang keilmuan ahl Feqah yang tidak membidangi ilmu Tasawuf pada
zamannya.
Dan salah satu peninggalan beliau adalah Sholawat 'adhimiyah. Yang masyhur dikalangan para habaib dan muhibbin
Berikut ini Sholawat 'adhimiyah
صلوات عظمية لسيد أحمد بن إدريس رضي الله تعالى عنه
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ, الَّذِى
مَلأَ أَرْكَانِ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ, أنْ تُصَلِّيَ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ ذِى الْقَدْرِ
الْعَظِيْمِ, وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ, بِقَدْرِ عَظَمَةِ
ذَاتِ اللهِ الْعَظِيْمِ, فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِى
عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ, صَلاَةً
دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ, تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ
يَامَوْلاَنَا يَا مُحَمَّد يا أحمد يا ابوالقاسم يَاذَا الْخُلُقِ
الْعَظِيْمِ, وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ
مِثْلَ ذَلِكَ, وَاجْمَعْ بَيْنِى وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ
الرُّوحِ وَالنَّفْسِ, ظَاهِرًا وَبَاطِنًا, يَقْظَةً وَمَنَامًا,
وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاتِى
مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ اْلآخِرَةِ يَاعَظِيْمُ.
Alloohumma innii as-aluka binuuri wajhillaahil ‘azhiim, alladzii mala`a
arkaana ‘arsyillaahil ‘azhiim, waqaamat bihii ‘awaalimulloohil ‘azhiim,
an tushalliya ‘alaa sayyidinaa muham-madin dzil qadril ‘azhiim, wa ‘alaa
aali nabiyyillaahil ‘azhiim biqadri ‘azhamati dzaa-tillaahil ‘azhiim,
fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa fii ‘ilmillaahil ‘azhiim.
Shalaatan daa-imatan bidawaamillaahil ‘azhiim, ta’zhiiman lihaqqika yaa
maulaanaa, yaa muhammad, yaa dzal khuluqil ‘azhiim, wasallim ‘alaihi wa
‘alaa aalihii mitsla dzaalik. Wajma’ bainii wabainahuu kamaa jama’ta
bainar-ruuhi wan-nafsi zhaa-hiran wabaathinan, yaqzhatan wamanaaman.
Waj’alhu yaa rabbi ruuhan lidzaatii min jamii’ail wujuuhi fiddunyaa
qablal aakhirati yaa ‘azhiim.
Artinya : Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan perantaraan Nur ‘Wajah’
Allah yang Agung, yang memenuhi tiang-tiang penyanggah ‘arasy Allah
Yang Maha Agung; yang dengan (perantaraan Nur Allah tersebut)
terciptalah seluruh alam semesta Allah Yang Maha Agung. Kiranya Engkau
melimpahkan rahmat ta’zhim kepada junjungan kita Nabi Muhammad yang
memiliki kedudukan yang agung, dan juga kepada keluarga Nabi Allah yang
besar, berkat kedudukan Keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung. Shalawat
yang terus menerus berkat Keabadian Alah Yang Maha Agung, sebagai
Pengagungan terhadap Hak-hak-Mu, wahai Tuhan kami. Wahai Muhammad! Wahai
Pemilik budi pekerti yang agung! Dan limpahkan salam sejahtera kepada
beliau dan keluarganya seperti itu. Kumpulkanlah antara aku dan beliau,
sebagaimana Engkau kumpulkan antara ruh dan jiwa, zhahir dan bathin,
bangun dan tidur. Serta jadikanlah beliau, wahai Tuhanku, sebagai ruh
bagi jasadku dari seluruh segi di dunia sebelum akhirat, Wahai Yang
Maha Agung
Beberapa riwayat tentang Sholawat 'Adzimiyah
Sayyid Habib Al-Haddar Muhammad Al-Haddar mengatakan : " Barang siapa
membaca shalawat Azhimiyyah 3 kali, maka dia akan mimpi bertemu nabi SAW
".
Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki berkata : "
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali
sebelum waktu shubuh, maka ia dapat berguna untuk mimpi bertemu Nabi SAW".
Habib Ahmad bin Hasan Ra. berkata: " Aku
memberi salah seorang sadah (keturunan ahlul bait) ijazah untuk membaca
sholawat ini, setelah beliau meninggal dunia, aku mimpi bertemu
dengannya, ia berkata kepadaku : 'ketika jasadku diletakkan di kubur,
datang makhluk yang menakutkan dari alam barzakh. Sholawat Agung
(Azhimiyyah) ini melindungiku hingga lenyaplah rasa takut dari hatiku".
Ada sebuah peristiwa menakjubkan sehubungan dengan shalawat ini .
Al-Arif billah Habib Abu Bakar bin Abdullah 'Atthas memperoleh shalawat
ini dari sayyid Ahmad bin Idris secara langsung .
beliau lalu menulis shalawat ini dan menyimpannya dalam tas pakaian. sewaktu
berlayar dilaut , seorang darwis ahli sir batin dan kasyaf melihat
cahaya keluar dari tas Habib Abu Bakar hingga ke langit. Ia lalu
memberitahukan apa yang dilihatnya kepada Habib Au Bakar.
habib abu Bakar berkata kepadanya, " Tas ku ini hanya berisi pakaian dan
shalawat". habib Abu Bakar lalu menunjukan sholawat itu kepada si
Darwisy.
Sayid Ahmad Syarif as-Sanusi Ra. meriwayatkan
bahwa Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi Ra. suatu ketika menerangkan
keutamaan membaca shalawat ‘Azhimiyyah, bahwa sesungguhnya membaca
Shalawat ‘Azhimiyyah sekali menandingi bacaan Kitab Shalawat Dala-ilul
khairat sebanyak 33.333 kali. Ditanyakan mengapa demikian? Karena
keutamaan Shalawat Azhimiyyah itu disebabkan keutamaan para Guru-guru
Ra. (yang meriwayatkannya).